26

341 13 0
                                    

"Kak ngah i cakap you kak long kawasan dekat sekolah. Betul ke? hihi" gurau Adam semasa mereka on the way masuk ke dalam kawasan perkarangan rumah Adam.

Sumayyah dan Adam sudah selamat bernikah beberapa hari yang lepas. Cuma mereka sedang menanti hari persandingan bagi keluarga belah Adam kemudian disusuli dengan keluarga Sumayyah. Selepas sahaja diijabkabulkan, Sumayyah mengikut Adam pulang ke Johor untuk berjumpa dengan keluarga mertuanya bagi membantu dalam menyiapkan persiapan terakhir mereka.

"Wtf! Apa lagi dia cerita?" Sumayyah mula geram apabila mendapat tahu cikgu Ayuni bercerita pasal dirinya 7 tahun yang lalu.

"Hahaha relax-relax. Jangan bertukar jadi Hulk okay." Adam cuba menenangkan Sumayyah tetapi masih dalam keadaan gurau.

"Eeeeii!" Sumayyah laju sahaja mencubit perut Adam. Dah halal ni semua benda boleh sentuh. Nasiblah Adam, siapa suruh cari pasal.

"Aduhhh.. Sakitlah B.. Amboi dah berani eh." gurau Adam lagi.

"Jangan lah cerita pasal dulu. I tak suka!" Sumayyah mula merajuk.

"Okay la B.. Tapi i tak sangka lah you macam tu dulu. Sekarang nampak baik, pijak semut pun tak mati HahhahahA." sakat Adam lagi.

"Kalau you tahu i macam tu dulu, mesti you tak nak kawan dengan i kan?" Sumayyah mula berasa sedih.

"Eh eh mana ada. I tak judge orang berdasarkan masa silam dia okay. Biasa lah tu, i dulu pun nakal juga. Sebab tu i masuk asrama. Kalau tak ummi suruh i stay dengan kak ngah lepastu pergi sekolah dengan dia. Tapi kalau betul, mesti kita jadi classmate hehe.." jelas Adam pula.

"Wow nasib you tak ikut kak ngah you.. Kalau tak, mesti you dah kena ejek dengan i sbb ada kakak kekwat kat situ HahHaha.." giliran Sumayyay pula membahan.

"Ishhh jahatnyaa! Kenapa you panggil dia kekwat eh?" soal Adam ingin tahu. Enjin kereta dimatikan dan mula fokus dengan cerita Sumayyah.

"First day class, dia berlagak nak mampus. Lepastu classmate i tanya soalan macam-macam, satu pun dia tk jawab. So i cakap direct la yang dia kekwat apa semua sebab tak layan soalan-soalan student tu. Since that, dia macam tak puas hati dengan i lepastu suka attack i masa dalam kelas. Dah la dia ajar math, makin susah la i nak ponteng kelas math masa tu." rungut Sumayyah apabila mengingatkan kembali kisah pertemuan kali pertama dia dan cikgu Ayuni.

"HahHahahhHaha dia memang macam tu! Takpe nanti you kenal dia lagi dalam, confirm you tahu banyak lagi perangai dia. Tu yang sampai sekarang belum kahwin HahHaha.." Adam tergelak besar.

"Ish tak baiklah you ni. Dah, jom keluar." ajak Sumayyah.

Mereka berdua melangkah masuk ke ruang tamu rumah Adam itu yang keadaannya agak padat dengan barang-barang majlis perkahwinan. Adam dan Sumayyah terus menuju ke dapur bagi mendapatkan Ummi.

"Assalamualaikum Ummi. Abah mana?" ucap Adam kemudian menyalam tangan ibunya diikuti dengan Sumayyah.

"Abah keluar sekejap ke pejabat. Entahlah, sibuk-sibuk begini pun ada saja kerja yang dia nak siapkan. Ha Sumayyah, kak ngah kamu suruh kamu naik atas. Nak test baju untuk malam esok." Ummi berkata.

"Okay Ummi." balas Sumayyah.

'Aduhhhh baru sampai dah nak kena hadap muka dia ke?'

Sumayyah merungut sendirian.

Kakinya dipaksa melangkah naik ke tingkat atas. Mujur hanya terdapat satu bilik sahaja di atas, tidak perlulaj Sumayyah tercari-cari lagi. Pintu bilik diketuk sebelum dibuka.

Cikgu Ayuni sedia menunggu di dalam bilik.

"Ha Sumayyah masuklah." kata cikgu Ayumi sambil tersenyum.

'Jangan senyum pleaseee.. Aku cair'

"Duduk sini, kita pakai inai dulu." kata cikgu Ayuni sambil sibuk menyediakan bahan-bahan untuk memakai inai.

Sumayyah hanya menurut. Perasaannya bercampur baur.

"So, dah bersedia?" soal cikgu Ayuni yang duduk bersimpuh di hadapan Sumayyah itu.

"Bersedia apa?" Sumayyah blur.

"Nak bersanding besok. It will be so tiring. Kawan ummi ramai tau. Ayah apatah lagi." kata cikgu Ayuni lagi.

"InsyaAllah okay je." Sumayyah masih positif.

"By the way kan, cikgu ada nombor Sofea tak? Ingat lagi tak Sofea? Ke dah lupa?" soal Sumayyah pula.

"Apa pulak panggil 'cikgu'? Kak Ayuni la hehe" jawab cikgu Ayuni sambil tersengih.

"Eeii taknak la! Macam pelik je. Cepatlah, ada nombor Sofea tak?" Sumayyah makin mendesak.

"Kalau awak panggil 'cikgu', maksudnya saya boleh treat awak macam student la kan?" cikgu Ayuni mula mengangkat-angkat keningnya tanda ada idea mahu kenakan Sumayyah lagi.

"Ishhhh.." Sumayyah menjeling.

"Nombor Sofea tak ada lah. Takkan awak tak ada kot? Bestfriend kan?" balas cikgu Ayuni.

"Tak ada. Saya tukar nombor, jadi semua hilang. Nanti la kot saya pergi rumah dia hantar kad jemputan." kata Sumayyah.

"Sooo kenapa dulu pindah tak inform? Study oversea pun tak bagitahu eh?" cikgu Ayuni mula menyoal.

"Saya ada sebab saya sendiri. Cikgu tak perlu tahu." Sumayyah mula dingin.

"Amboii pandai eh sekarang? Nak saya bawak pergi jumpa cikgu Kuntom?" sakat cikgu Ayuni.

"Boleh. For you information, saya memang rindu dia pun. Asyik terbayang-bayang je." Sumayyah membalas serius. Sengaja tidah mahu kalah.

"Eii dia ni kan" cikgu Ayuni geram. Peha kiri Sumayyah dicubit secara spontan.

"Aduhhh sakitlah cikgu!" adu Sumayyah.

"Heheehe sorry sorry. Reaksi spontan." cikgu Ayuni mengaku salah.

Sumayyah hanya memuncungkan bibirnya sahaja tanda tidak hati.

"Alololo sorry la. Saya tak sengaja. You know what, i miss you a lot tau!" cikgu Ayuni mula merangkul bahu Sumayyah.

"Saya dah takda orang nak buli since awak pindah. Saya tahu walaupun awak selalu buat hal dulu dekat sekolah, tapi saya nampak potensi awak. Awak pindah sekolah tu dah bagus dah, mungkin vibe sekolah lama tu tak bagus, jadi awak cuba ubah dengan keadaan sekolah yang baru. Cuma lain kali jangan la main pergu macam tu je. Kawan awak risau, cikgu pun risau." cikgu Ayuni berterus terang.

Sumayyah mula berasa terharu. Tetapi dia masih duduk tegak kerana masih tidak percaya dengan cikgu Ayuni yang memeluk dirinya dalam tempoh yang sangat lama. Dia terkesima sebentar.

"Hai buat apa tu?" Ummi menjenguk dari luar bilik.

"Hai B.. Dah siap ke?" Adam pula menegur.

Pelukan cikgu Ayuni segera dileraikan.

"Baru lepas pakai inai Ummi." balas cikgu Ayuni yang sudah kembali ke posisi asal.

"Sumayyah dah kenal-kenal ke dengan kak ngah? Nampak mesra je tadi.." kata Ummi.

"Kenal apanya Ummi. Dia student angah la." cikgu Ayuni membalas.

"Laaa ye ke.. Adam tahu tak?" Ummi mengajukan soalan kepada Adam.

"Tahu. Tapi baru je tahu. Eh kak, kau tepi sikit." Adam menolak cikgu Ayuni untuk dia duduk di sebelah isterinya itu.

KALAU DAH JODOH (complete)Where stories live. Discover now