15

219 12 0
                                    

"Mai.. ambil aku boleh?" kata Sumayyah menerusi telefon bimbitnya.

"Nanti aku story. Aku tunggu kat pickup point gate D."

"Okay bye"

Sumayyah menunggu ketibaan Maisarah di hujung jalan. Sengaja mahu jauh daripada orang awam. Dadanya berasa semakin sesak kerana tangisan yang teresak-esak sedari tadi ditambah pula dengan rasa amarahnya terhadap Adam. Dia cuba untuk tenang tetapi tidak boleh.

Wajah Adam kerap muncul pada saat itu membuatkan Sumayyah semakin sebak. Di sudut hatinya, dia juga berasa bersalah dengan tindak-tanduknya yang menghamburkan kata-kata kesat tanpa berikan ruang untuk Adam membela diri.

'Aku kejam!'

'Aku tak sengaja Adam.'

'Tapi aku tak suka kau tanya pasal sekolah tu'

'Aku dah cuba sedaya upaya lupakan dia, kenapa kau biarkan dia menghantui aku lagi'.

'Aku penat tahu tak'

Sumayyah kemudian kembali menangis.

"Assalamualaikum.." ucap seseorang di telinga kanan Sumayyah.

Pantas Sumayyah mengelap air matanya apabila terlihat kelibat orang berada di sampingnya. Seorang perempuan yang agak berusia. Mungkin umurnya setanding ibu Sumayyah.

"Waalaikumsalam.. Ya kenapa makcik? Eh i mean, why are you here? Are you seeking for any help?" kata Sumayyah memperbaiki bahasa setelah menyedari dirinya bukan di Malaysia.

"Eh tak mengapa. Makcik cakap bahasa melayu. Anak kenapa ni? Makcik tengok macam ada masalah sahaja." soal Makcik itu.

Sumayyah diam. Dia tak tahu perlu atau tidak dia berkongsi masalah dengan wanita itu.

"Cerita sahajalah. InsyaAllah makcik bantu" tambah Makcik itu lagi.

"Kawan lelaki saya, dia suka tanya benda yang saya tak suka. Kenapa dia tak faham saya? Saya dah cakap banyak kali, tapi dia tetap tanya walaupun benda tu takda kena mengena sikit pun dengan dia." Sumayyah memulakan cerita.

Makcik itu cuma mengangguk dan nampak fokus sekali mendengar cerita Sumayyah.

"Tadi saya teremosi sikit, saya marah dia bila dia tanya pasal benda tu lagi. Saya tak boleh terima orang yang tak faham diri saya." Sumayyah kemudian kembali menangis apabila teringat semula situasi tegang tadi.

"Ohh begitu ceritanya.." Makcik itu berkata lalu tersenyum sahaja.

"Macam ini la nak.. Kadang bukan semua benda boleh puaskan hati kita. Dan kadang juga manusia boleh lupa akan sesuatu termasuklah janji-janji mereka. Jadi mungkin kawan kamu itu terlupa akan ketidaksenangan kamu berkenaan perkara itu. Mungkin dia bertindak begitu kerana perasaan ingin tahu yang terlalu tinggi. Setiap perkara pasti ada sebab nak.. Kamu perlu beri dia ruang penjelasan." kata Makcik itu panjang lebar. Kata-katanya itu sedikit sebanyak menenangkan juga perasaan amarah Sumayyah tadi. Sumayyah mula sedar.

"Terima kasih Makcik. Mungkin semua ini salah saya." balas Sumayyah merendah diri.

"Makcik doakan kamu berdua bahagia selamanya.. Aminn" kata Makcik itu lagi.

"Aminn" Sumayyah turut meng-amin-kan doa Makcik tersebut.

Mereka berdua kemudian tersenyum sesama sendiri.

"Saya minta dulu ya, kawan saya dah sampai. Err.. Nama makcik apa ya?" kata Sumayyah sebelum pergi.

"Panggil sahaja Makcik Fatimah" balas Makcik itu.

"Sedap nama itu. Macam nama ibu saya. Hehehe saya balik dulu. Assalamualaikum" kata Sumayyah kemudian berlalu mendapatkan Maisarah yang terpinga-pinga di hadapan pintu.

KALAU DAH JODOH (complete)Where stories live. Discover now