22

244 16 3
                                    

"Nah cakap dengan ummi i" kata Adam sambil hulurkan telefon bimbitnya kepada Sumayyah.

Sumayyah mencapai. Nombor yang tertera nama 'Ummi' telah sedia didail. Cepat-cepat Sumayyah mematikan panggilan telefon.

"Apa you niiii?!! Tiba-tiba je" marah Sumayyah.

"Kenapa pula? Ummi i je kot" balas Adam.

"Hello ummi you je kot? Cuba kalau i call my dad lepastu bagi you cakap?" marah Sumayyah lagi.

"Okay. So bila you nak call? Ummi i nak sangat sembang dengan you." kata Adam lagi.

"Nanti dulu lah. I tak ready lagi" balas Sumayyah pula.

"Kalau dengan kakak i?" soal Adam pula.

"Kenapa dia pula?" tanya Sumayyah.

"Yela, about the preparation" jelas Adam.

"Its okay. Dia okay jela. Dia pun belum kahwin juga. So you can pretend like you guys is friend." cadang Adam.

"Alamak seram la" adu Sumayyah.

"Jap bagi i call ibu i dulu. I nak tanya update. Takut kalau dia dah beria nak buat macam-macam ke." kata Sumayyah lagi kemudian bangun menuju ke tasik. Jauh sedikit daripada Adam.

"Eh you nak pergi mana?" Adam bertanya.

"I on the phone dekat depan sana eh?"  balas Sumayyah.

"Cakap kat sini jela. Ish dah nak kahwin pun nak berahsia lagi." Adam mencebik. Dia tidak mahu Sumayyah berjauhan dengannya lagi.

"Ishh awkward la. Dah nak kahwin je, belum kahwin lagi." balas Sumayyah mengejek.

Adam membiarkan sahaja Sumayyah meneruskan panggilan dengan ibu. Dari jauh nampak serius sahaja perbualan mereka. Mungkin disebabkan hari pertunangan mereka yang semakin hampir. Di samping itu pula, kedua-dua mereka masih belum habis peperiksaan lagi, jadi aktiviti memilih pakaian dan barang-barang kelengkapan yang lain menjadi tergendala.

Berbaki 2 minggu sahaja lagi Adam dan Sumayyah di situ bagi menamatkan pembelajaran mereka kemudian mereka akan pulang ke tanah air bersama-sama. Seminggu selepas itu majlis pertunangan mereka akan berlangsung.

Adam mengambil telefon bimbitnya kemudian menghantar pesanan kepada Kak Ngah nya.

KAK NGAH
*online*

Oi angah
Sumayyah ada ni
Kalau nak call cepatlah

Peh tengah dating ke tu
Akak kat sekolah lagi la
Japgi ah

Okay
Kau jangan lama sangat
Dia tengah onz tu nak call

Iyee
Kau ni timing tak pernah betul
Kau nak akak call ke kau call

Kau la call
Jangan lama sangat

Video call ke

Call biasa sudah
Voice call

Alaaa kenapa
Dia kan nak tengok muka cantik akak ni

Perasan lah kau
Cepat tau
Bye


"Kejap eh ibu. Nah ibu i nak cakap dengan you." kata Sumayyah sambil menghulurkan telefon bimbitnya.

"Eeeii tak nak!!" Adam sudah kecut perut.

KALAU DAH JODOH (complete)Where stories live. Discover now