6

259 13 0
                                    

"Nobody sir. You may have it" pelawa Sumayyah lantas mengeluarkan telefon bimbitnya sekadar mahu acah-acah busy supaya lelaki di sebelahnya itu tidak mengganggu dirinya.

Tiba-tiba telefon bimbit Sumayyah berbunyi. Hampir tercampak juga kerana terkejut. Skrin telefon dilihat. Tertera nama Maisarah.

"Hello" jawab Sumayyah membuka kata.

"Aku kat luar lagi ni"

"Japgi aku balik la"

"Kau kat rumah aku ke tu?"

"Iyee aku ingat"

"Okay nanti aku tapau"

Panggilan dimatikan.

Lakonannya bermain telefon dimulakan semula.

"Sorang ke?" tegur lelaki tadi.

Sekali lagi Sumayyah terkejut.

"Err Malaysian?" tanya Sumayyah pula.

"Ofcourseee. You too right? Sorry, i dengar your previous conversation. Slang macam orang KL gitewww" balas lelaki itu mesra.

"Eh hehehe haah i orang KL. You?" tanya Sumayyah sambil menyimpan telefon bimbitnya kembali ke dalam poket.

"I stay Johor. Btw, nama I Adam Mikael. Panggil je Adam. you?" tanya lelaki itu lagi.

"Nur Sumayyah. May" jawab Sumayyah sambil tersenyum.

"Oh i see. Btw you sekolah mana eh dulu? Kakak I mengajar area KL juga manatahu kenal" kata Adam.

"SMK Bukit Sentosa. Eh salah, SMK Taman Bestari" jawab Maisarah laju.

"Eh bukit sentosa???" tanya Adam ingin tahu.

'Aduh macam mana boleh tersasul pasal SMKBS pulak ni. Aku dah lama lupakan sekolah tu'

'Yang mamat ni pun dah kenapa tanya pasal sekolah tu. Ish tak sukanyaa'

"SMK Taman Bestari. Bukit Sentosa tu dapat rasa sekejap je lepastu pindah" jelas Sumayyah.

"Eh okaylah, kawan saya dah datang tu. Bye" sambung Sumayyah lagi ingin melarikan diri.

'Alamak kesiannya mamat tu. Mesti dia ingat aku ni sombong'

'Kenapa aku salah mention tadi. Aishh mulut ni kan!'

'Dah lama aku tak sebut sekolah tu, depan orang lain jugak nak keluar'

'Si Bad ni mana pulak. Lama betul'

Sumayyah merungut seorang diri menyalahkan dirinya sedari tadi. Habis satu kawasan market itu dia jelajahi kerana mahu hilangkan nervous di hati. Juga mahu sibukkan diri daripada teringatkan cinta hati. Cinta terhadap cikgu Ayuni ni memang boleh buat mati!

-

"Sumayyah, sorry kalau aku buat kau tertunggu-tunggu semalam" tegur Bad yang duduk di belakang Sumayyah.

"Takpe. Aku okay je" balas Sumayyah perlahan kerana takut disedari lecturer mereka.

Dia tahu Bad pasti serba salah kerana Sumayyah terus menghilang semalam. Pasti Bad ingat dia terlalu lama berkaraoke sehinggakan Sumayyah pergi begitu sahaja. Padahal Sumayyah yang sepatutnya rasa bersalah kerana dia pergi begitu sahaja tanpa apa-apa pesan. Bukan tidak mahu, tapi nota kecil berisi nombor telefon Bad tu lupa dibawa bersama.

Sumayyah bukan sengaja untuk terus menghilang, tapi kehadiran lelaki semalam yang membangkitkan isu 'asal mana?' 'sekolah mana?' membuatkan dirinya tidak tentu arah. Kenangan lama mengusik kembali. Ada satu manusia yang dia rindu sekali.

"Kau pergi mana malam tadi? Aku cari tak jumpa." tanya Bad lagi.

"Jap lagi la aku story. Nanti lecturer nampak, tak pepasal kena attack" balas Sumayyah berbisik.

Bukan tidak mahu layan si Bad itu, tetapi lecturer kali ini tidak boleh dibuat main. Tak pasal-pasal kena repeat paper pula nanti. Memang orang selalu kata lecturer di universiti sangat berbeza dengan sekolah. Lecturer tak akan peduli student nak belajar atau tidak, yang penting mereka menyampaikan ilmu. Tapi TIPU! Miss Goh ni sumpah membuatkan Sumayyah teringat kisah lamanya di sekolah 'tettt' itu. Malas mahu mention.

"Janganlah macam ni Sumayyah. Pasal semalam tu, aku minta maaf" sambung Bad lagi minta perhatian.

"White scarf girl and boy with green sweatshirt, please go out from my class. You guys did not respect others who want to study" kata Miss Goh tiba-tiba.

Bad dan Sumayyah terdiam tetapi masing-masing masih duduk bersahaja acah-acah memberikan sepenuh perhatian kepada nota di skrin hadapan.

"I said get out!" kata Miss Goh sekali lagi dengan lebih tegas.

Lambat-lambat Sumayyah bangun minta simpati. Tetapi Miss Goh tetap dengan pendirian ni.

"Aku dah kata. Jangan cari pasal" kata Sumayyah yang berjalan keluar dengan Bad disisinya.

Sumayyah sudah masak benar dengan perangai lecturer yang seorang ni. Terlalu strict. Mungkin disebabkan Miss Goh yang sudah lama berkhidmat di negara Jepun yang berdisiplin sehinggakan dia berkelakuan sebegitu. Nasib sahaja pintu kuliah kali ini berada di bahagian belakang, tidaklah mereka malu dengan rakan sekelas yang lain walaupun tiada siapa kisah pun antara satu sama lain.

"Aku tak expect. Sorry wehh" kata Bad pula. Dia serba salah melihat Sumayyah tiba-tiba badmood.

"Dah lah. Aku nak study sendiri" balas Sumayyah dingin.

"Nanti aku belanja kau okay?" pujuk Bad lagi.

"Takpelah, susahkan kau pulak. Dah la Bad, aku tak marah pun. Bye" kata Sumayyah pula lalu terus berjalan laju kerana tidak mahu terus diganggu oleh Bad.

Memang Sumayyah agak marah juga kerana jarang-jarang dia ditegur sebegitu di dalam bilik kuliah. Selalu dia hanya memerhati sahaja rakan kelasnya dihalau keluar, tak sangka pula nasib itu terpalit kepada dirinya juga. Agak terkilan juga kerana Bad adalah puncanya. Jika dia sendiri yang cari masalah, pasti dia tidak kisah dimalukan sebegitu.

Sumayyah terus berjalan laju tanda protes. Niatnya mahu pergi ke perpustakaan untuk mengulangkaji topik yang sepatutnya dapat di-cover dalam kelas tadi. Tiba-tiba, sikap Sumayyah yang terburu-buru membuat dirinya terlanggar seseorang di penghujung simpang.

KALAU DAH JODOH (complete)Where stories live. Discover now