7

272 10 0
                                    

"Ops sorry." ucap seseorang yang melanggar Sumayyah itu.

Sumayyah yang sibuk mengemaskan failnya yang terjatuh itu langsung tidak mengangkat muka apatah lagi mengucapkan apa-apa. Dia memang benar-benar tiada mood ketika itu tetapi tidak pula menyalahkan manusia yang melanggar dirinya itu. Entah, dia tidak tahu apa yang dia rasa ketika itu.

"Excuse me, miss. I'm sorry" kata orang itu lagi sambil membantu mengemaskan isi perut fail yang berselerakan.

"Eh Sumayyah kan? Kalau tak silap" sambung orang itu lagi.

"Eh" spontan Sumayyah berkata. Dia baru perasan itu lelaki pemusnah moodnya malam tadi. Nasib sahaja dia kacak. Kalau tidak, memang tiada hati Sumayyah mahu terserempak dengannya lagi.

"Ya Allah Sumayyah. You okay?" Bad tiba-tiba datang membantu.

Adam terus sahaja bangun apabila Bad datang ke situ. Dia agak kekok.

"Err.. aku minta maaf terlanggar tadi. Aku pergi dulu" kata Adam kemudian berlalu pergi.

Sumayyah terkedu. Masa berlalu begitu pantas. Tidak sempat ucap maaf bagi pihaknya pula.

'Mesti dia ingat aku sombong lagi! Ish'

"Kau okay?" tanya Bad memecah kesunyian.

"Ha okay-okay. TQ tolong. Bye aku gerak dulu." balas Sumayyah kemudian berlalu pergi.

-

"Hye can i join?" tanya Bad dari arah belakang.

"Eh ingat sapa la tadi. Nasib tak hempuk dengan buku ni" gurau Sumayyah.

"Amboi garangnya cik Sumayyah ni. Amacam thesis? Banyak lagi ke?" tanya Bad lagi sambil membuka bungkusan sandwich tuna yang dibelinya tadi.

"Hmm so far so good. Silap aku la kot pilih tajuk complicated. Banyak benda nak kena research lagi ni" balas Sumayyah yang masih tekun menghadap laptop.

"Okaylah tu, at least kau tahu kau ada banyak benda nak tulis" tambah Bad pula.

"Macam Michell tu, tak tahu lah apa nak jadi hm" sambung Bad lagi. Saja berkongsi cerita tentang kawan sebiliknya itu.

Sejak akhir-akhir ini, Bad dan Sumayyah sering bersama. Tidak kiralah study mahupun bersiar-siar, pasti berdua. Seperti belangkas pula. Jadi, segala macam perkara sudah mereka kongsi bersama suka dan duka.

"Kenapa weh? Story la" tanya Sumayyah busy body.

"Amboiii nak membawang lah tu" sakat Bad pula.

"Ishhh mana ada!" jawab Sumayyah berserta pukulan manja di lengan Bad.

"Hahahahahahaha mengaku jelah Sumayyah oiii.. Aku bukan kenal kau sehari dua" balas Bad dengan gelak yang kuat.

"By the way kan, aku tetiba teringat first time kita kenal. Kau bapak sombong do. Tahu la budak scholarship, spm banyak A, pastu tak nak kawan budak-budak cikai macam aku ni" tambah Bad lagi.

"Mana ada dooo aku baik hahahahahahahaha" giliran Sumayyah pula berdekah.

Sumayyah memang sudah banyak kali terima first impression macam tu, tapi dia bukanlah sombong, cuma tak friendly sikit la hehe. Malas nak bersosial pun ada sebenarnya!

Mereka kemudian berbual perihal zaman mereka freshie dahulu. Lawan ego siapa paling tinggi untuk tegur sesama sendiri. Alangkah tidak matang sungguh diri mereka yang dahulu. Masing-masing bergelak sakan sampai tidak sedar yang sebenarnya ada mata-mata yang memerhati.

-

"Ambooii siap bertepuk tampar dekat kafe. Bahagia ke sis?" aju Maisarah tiba-tiba.

Sumayyah yang sedag menikmati segelas strawberry smoothie sambil melayan movie di komputer riba itu terus tersedak mendengar semburan kenyataan oleh Maisarah.

Air disedut kembali dan ditelan perlahan. Masih lagi terdiam dengan kata-kata Maisarah tadi.

"Asal diam? Dah taknak layan aku dah? Itulah orang dah ada boyfriend memang camtu" balas Maisarah dingin.

"Err we.. i mean aku dengan Bad tak declare anything lagi pun." balas Sumayyah.

"So we are not even boyfriend girlfriend thingy." jelas Sumayyah lagi.

"And helloooo, kau stalk aku ke apa???" giliran Sumayyah pula menyerang Maisarah.

"Hellooo.. Korang date dekat mana? Kafe kan? Terang-terang la aku perasan" balas Maisarah bersahaja.

'Betul jugak kan'

'Tapi we are not even dating!'

'Nak defend camne eh'

"Jap, siapa nama dia? Bad? Since when kenal? Tak bagitahu aku punnnnnn!" tambah Maisarah pura-pura merajuk.

"Weh kitorang kawan je. Serius!" jelas Sumayyah lagi.

"Eleh" Maisarah tidak puas hati.

"Betullll" jawab Sumayyah yang kini sudah bangun merapati Maisarah.

"Dia coursemate aku je. Kelas kitorang banyak sama. So ya, sebabtu selalu jumpa, buat assignments thesis sama-sama" terang Sumayyah bersungguh-sungguh.

"Habis yang kau pergi date dekat night market bulan lepas tu? Dah la balik tu terus badmood. Bukan nak story" kaya Maisarah yang masih tidak puas hati.

"Err malam tu ada prob sikit" jelas Sumayyah lambat-lambat kerana kepalanya mula teringatkan lelaki yang membangkitkan isu sekolah lamanya itu.

"Okay tak, basically the night was our starting point. Since dia ajak aku keluar tu, yes kitorang makin rapat. Tapi kitorang tak declare apa-apa lagi pun. Aku pun tak tahu dia tu single ke tak. Malas ah nak berharap sebab aku pun takda perasaan pun dekat dia" tambah Sumayyah panjang lebar.

Maisarah terdiam sekejap. Mungkin mahu menghadam ke semua ayat yang Sumayyah perkatakan tadi.

"Okay tu je. Puas?" tanya Sumayyah sarkastik.

"Huh!" Maisarah berdengus sambil menjeling Sumayyah.

Sumayyah malas mahu melayan lantas terus kembali baring di atas katil bagi menyambung tontonan yang tergendala sebentar tadi.

Beberapa minit berlalu tetapi fokus Sumayyah asyik teralih apabila memikirkan topik pertelingkahan dirinya bersama Maisarah tadi.

'Aku dengan Bad couple ke?'

'Hmm kitorang tak declare apa-apa pun. Anddd Bad pun tak pernah tanya anything.'

'Selama kitorang keluar sesama pun takda pulak isu hati kan?'

Sumayyah cuba membuat sedikit refleksi tentang hubungannya dengan Bad. Biasa sahaja.

'Bagaimana Maisarah boleh terfikir Bad tu boyfriend aku eh?'

'Oh ya mungkin dia rasa aku abaikan dia kot? Yela akhir-akhir ni pun aku selalu busy dengan thesis. Dah lama juga kot tak keluar makan jalan-jalan dengan dia'

Sumayyah mencapai planner di atas meja di sebelahnya bagi melihat perancangan pada hujung minggu ini. Yes!

"Mai! Weekend ni jom movie date? On tak on?" jerit Sumayyah ke arah ruang tamu di mana Maisarah berada.

Maisarah hanya memandang kosong kemudian meneruskan kembali tugasannya.

'OK FINE KALAU TAKNAK LAYAN AKU!'

KALAU DAH JODOH (complete)Where stories live. Discover now