25

307 14 0
                                    

'Apa hal pulak aku yang kena duduk sebelah dia ni? Aduhhh'

'Awkward gila nak mampus'

'Okay cool down Sumayyah. You can do it!'

'Kau kena sabar je. Dia tu memang suka cari pasal je'

'Tak sekarang ni kenapa aku berdebar sangat-sangat ni? Ahhhhhh malu!'

Sesekali wajah cikgu Ayuni dicuri pandang buat beberapa saat. Cantik. Masih tak berubah. Sama cantik seperti dahulu.

"Dah kenapa senyap sunyi macam lalu sebelah kubur ni?" soal cikgu Ayuni memecah kesunyian.

Sumayyah yang ralit mengawal perasaannya dan Adam yang tidak tahu mahu melebihkan mana-mana pihak turut sama-sama tersedar daripada lamunan sendiri.

"Jadi, since when korang kenal?" Adam mula teruja mahu mendengar cerita daripada pihak kakaknya pula.

Sumayyah memandang tepat ke arah Adam sambil menjegilkan mata.

Ops! Adam terlupa.

"Err.. Tak ada apa lah. Abaikan soalan tadi." kata Adam lagi.

"Kak, kita makan dulu la lepastu baru hantar Sumayyah." Adam memberi cadangan secara spontan. Tak tahu kenapa pilihan itu yag terlintas dalam kepalanya ketika itu. Tapi sebenarnya dia cuma sengaja mahu mengubah topik.

"Adam, tak payah lah. Tak apa lah cikgu, saya okay je." Sumayyah sedaya upaya cuba menolak.

"You tak lapar ke?" soal Adam.

"Tak." jawab Sumayyah pendek.

Cikgu Ayuni hanya menjadi pemerhati sahaja. Dia tahu Sumayyah tidak selesa dengan keberadaannya. Iyelah, bekas guru lama tiba-tiba menjadi bakal kakak ipar pula. Memang sangat mustahil.

"Saya pergi dulu. Terima kasih tolong hantar sampai sini. Ibu tak ada kat rumah ni, so tak dapat lah nak jamu apa-apa. Lain kali jemput datang la ya" ucap Sumayyah kemudian menyalam tangan cikgu Ayuni tanda hormat. Kalau ikutkan hati, memang dia tidak mahu bersentuhan lagi dengannya. Berdebar lagi macam!

Perlahan-lahan Sumayyah keluar daripada perut kereta menuju ke bahagian but. Adam mengekor daripada belakang untuk membantu manakala cikgu Ayuni hanya duduk sendiri di dalam kereta.

"You, nanti kita jumpa lagi tau. Jangan sombong pulak." seloroh Adam.

"Eii mana ada. I bukan macam kakak you." balas Sumayyah pula. Berani dia berkata begitu kerana cikgu Ayuni masih berada dalam kereta. Adam hanya mengiyakan sahaja, tidak tahu cerita yang sebenar.

"Okay byeeee!" Adam melambai Sumayyah sebelum kereta mereka memecut laju.

"Kenapa kak?" soal Adam tiba-tiba selepas masuk ke dalam perut kereta

"Kenapa apa?" cikgu Ayuni membalas. Memang tidak tahu perkara apa yang Adam sedang perkatakan. Dia lebih fokus terhadap jalan raya.

"You dengan Sumayyah? Macam ada something je. Dulu masa Adam hantar gambar dekat group, kenapa akak macam tak respon apa-apa pun pasal korang saling mengenali?." soal Adam. Dia berterus terang akan segala soalan yang membelenggu dirinya sedari kejadian di airport tadi.

"Hmmm.. Sebelum tu, Adam janji jangan judge apa-apa ya? Sebab akak tengok dia dah lain sangat sekarang. Way more better." jawab cikgu Ayuni sambil melepaskan keluhan berat.

Cikgu Ayuni memang sejak daripada mula memandu tadi sudah terfikir kisah mereka dahulu dan menyedari akan perubahan Sumayyah sendiri. Walaupun dia sedikit kecewa akan pemergiam Sumayyah dahulu, tetapi dia happy apabila melihat perangai Sumayyah sudah mula berubah.

"Okay, Dami janji." balas Adam bersungguh-sungguh.

"By the way, masa Adam hantar gambar tu, akak terkejut sangat bila Adam kata tu pilihan Adam. And lagi terkejut bila akak dapat tahu yang Sumayyah study sana. Sebab tu masa Adam mention nama dia before hantar gambar, akak tak terfikir apa-apa walaupun dia sorang je Sumayyah yang akak kenal. Tapi bila Adam minta dia call akak, masa tu baru akak betul-betul yakin dia memang Sumayyah yang akak kenal. Akak memang tak lupa suara dia." jelas cikgu Ayuni.

"Kenapa akak terkejut pula? Akak tak tahu dia study oversea?" tanya Adam lagi.

"Nope! I am not even expecting it. Bukan nak kata akak underestimate dia, tapi ya she used to be lower grade student dulu plus dia nakal sikit zaman sekolah dulu. Nakal banyak sebenarnya. Tapi dia pindah after tu and get better result. Jadi mungkin daripada situ she try to push herself sampai berjaya macam tu. But she told me that she was studying at USM. Omg she lied!" kata cikgu Ayuni lagi.

"Macam mana akak tahu dia study USM? Kata dia pindah?" Adam mula pelik.

"Basically we are texting to each other for almost every single day tau! Dulu je lah. Sampai lah satu masa tu dia menghilang. I dont know why and how can it happened. And sekarang, nombor dia pun akak takda." jelas cikgu Ayuni sedikir kecewa.

"Wow it seems like you and her were very close. Okay tell me more!" Adam mula bersemangat.

"So macam akak cakap tadi, dia hilang tanpa penjelasan. Dua kali. Mula-mula dia pindah sekolah tanpa apa-apa berita. Akak as her class teacher rasa terkilan sikit la dia buat macam tu. Tapi takpelah everything get to normal bila we still in contact after dia habis PT3 walaupun dia sekolah dekat tempat lain sampai lah dia kata dia masuk USM. Lepastu hilang lagi." jelas cikgu Ayuni.

"Dulu, masa awal-awal akak masuk, dia tak suka akak. Hahaaha mungkin sebab akak garang sangat kot masa awal-awal tu. She even called me kekwat kau tahuuuu, siapa je tak mengamuk. Dah la dia memang macam kak long sekolah tapi versi junior sebab dia baru form 2 je masa tu. Memang set-set langgar peraturan sekolah, keluar masuk bilik disiplin, ponteng kelas, tak buat homework. Memang tahun tu dengan Sumayyah sorang je dah buat akak hilang sabar. Sebab tu la kot dia macam tak suka akak je tadi sebab akak selalu kantoikan dia buat jahat dulu. Hahhahah takpe biar je dia tu. Biasalah tu, masa tu budak-budak lagi, dia tak faham. Mungkin dia masih dendam lagi la tu." kata cikgu Ayuni lagi.

Adam melopong mendengar kisah zaman silam Sumayyah. Memang tak disangka.

"Dami tak payah nak terkejut sangat. Sekarang dia dah okay, akak boleh nampak. Dami sendiri pun boleh nampak kan? Dia dah tahu matlamat hidup dia, cita-cita dia, tanggungjawab dia, cuma mungkin dia tak boleh terima yang cikgu kekwat dia dulu ni akan jadi kakak ipar dia secara official beberapa minggu je lagi hahahahah.. Tapi akak harap hubungan korang tak akan terjejas la sebabkan akak. Itu kisah lama kami, takda apa-apa kaitan dengan sekarang. Akak sendiri dah lupa. Niat akak dulu cuma nak bagi pengajaran je. Cuma ada lah dulu saja-saja nak kenakan dia ahhahaha eiii geram!" cikgu Ayuni tiba-tiba terasa bahagia sehingga tersenyum lebar. Sumayyah ni memang menghiburkan walaupun keras kepala dia memang takda siapa boleh lawan.

Adam hanya tersenyum sahaja melihatkan kakaknya itu bercerita. Dia dapat merasakan kakaknya itu pasti rindukan Sumayyah juga.

KALAU DAH JODOH (complete)Where stories live. Discover now