4

346 13 0
                                    

"Hello Assalamualaikum Ibu" ucap Sumayyah sejurus menjawab panggilan telefon.

"Waalaikumsalam. Sumayyah sihat ke dekat sana? Macam Mana study?" tanya Puan Fatimah.

"Alhamdulillah sihat je. Ibu sihat ke? Abah?" giliran Sumayyah pula bertanya khabar.

"Ibu abah pun sama-sama sihat. Alhamdulillah" jawab Puan Fatimah lembut.

"Alhamdulillah. Sekarang dah 3rd year bu. Busy sikit la nak siapkan thesis untuk semester depan. Kitorang start buat awal." balas Sumayyah.

"Ohhhh bagus la macam tu. Sumayyah belajar elok-elok ye. Ibu doakan kamu berjaya" tambah Puan Fatimah lagi.

Maisarah yang terdengar perbualan itu terus keluar berada di sisi Sumayyah. Lama benar tidak dengar khabar ibu Sumayyah.

"May loud speaker May. Nak dengar jugak" pujuk Maisarah.

"Eii sibuk la" balas Sumayyah.

"Eh siapa tu Su? Maisarah ke?" tanya Puan Fatimah ingin tahu.

"Iye bu. Sumayyah baru lepas makan malam dengan Maisarah tadi. Mai tidur sini malam ni." balas Sumayyah.

"Dia tak makan pun makcikkkk. Dia tipu. Arghhhh" sedikit terjerit Maisarah apabila Sumayyah mencubit pehanya yang gebu itu.

Sumayyah memberi isyarat supaya diam dan tidak buka cerita kepada ibunya. Bukan apa, dia tak mahu ibunya risau. Lagi-lagi pula mereka berjauhan.

"Mai cakap apa tu Sumayyah? Ibu kurang faham la" tanya ibu Sumayyah.

Sumayyah menghela nafas lega.

"Errr takda apa la. Kau tak cakap apa-apa kan Mai?" tanya Sumayyah sambil menjegilkan matanya tanda amaran kali kedua.

"Ye ye makcik. Saya takda cakap apa-apa pun hehe" balas Maisarah terpaksa.

Sumayyah kemudian bangun ke balkoni rumahnya kerana tidak mahu Maisarah mengganggu perbualannya dengan ibunya yang tercinta. Takut bermacam-macam cerita pula sampai ke pengetahuan ibunya.

Maisarah hanya memandang dari hujung mata sambil menggeleng kepala melihat perangai Sumayyah yang tidak suka ditegur.

-

"Hye May! Amacam?" tegur Maisarah di kafe.

"Ish kau ni. Nak makan pun tak senang" kata Sumayyah lantas berlalu pergi.

'Tak habis-habis dengan rancangan dia tu'

'Tengah makan borak pasal tu, tengah study borak pasal tu, nak tidur pun sempat call sebab nak borak pasal tu'

'Aku bukan baru lepas kena dump ke apa'

'Aku cuma rindu dia'

'Apa agaknya cikgu Ayuni buat dekat sekolah tu ya?'

"Oit! Kau mengelamun apa ni?" tegur satu suara.

"Ish kau ni asyik muncul je la Bad." balas Sumayyah.

Bad hanya tersengih seperti kerang busuk seorang diri. Sumayyah yang berasa kurang selesa dengan keberadaan Bad terus mengajukan soalan untuk ubah topik.

"Ha kau nak apa ni?" tanya Sumayyah.

"Takda apa. Dah alang-alang jumpa kau kat sini, jom la pergi kelas sama-sama. Perempuan tak elok jalan sorang-sorang hihi" kata Bad tersipu malu.

"Ish ada-ada jelah. Ha jom lah cepat." balas Sumayyah sambil mula melangkah.

Bad hanya ikut langkah pergerakan Sumayyah yang laju. Dia tiba-tiba kekok. Hilang kata-kata.

"Errr.. Su" kata Bad memulakan bicara.

"Eh, sejak bila kau panggil aku Su?" tanya Sumayyah kebingungan. Panggilan itu hanya biasa digunakan oleh keluarga dan kawan-kawannya semasa di sekolah dulu sahaja.

Sejak pindah ke sekolah baharu, Sumayyah mengubah panggilan diri daripada Su kepada May. Kerana memang tujuan dia berpindah sekolah adalah kerana mahu memulakan hidup baru. Jadi, perubahan nama memang menjadi sesuatu yang penting dalam usaha dia ke arah yang lebih baik.

Di sekolah baharu, dia cuba menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baharunya. Mujur sahaja dia ditempatkan di kelas paling hadapan, jadi dia dapat lebih fokus dan berdisiplin. Dia tidak lagi ponteng kelas, datang lewat mahupun melawan kata guru. Dia ibarat Sumayyah yang lain di sana.

Sumayyah juga mula tekun belajar dan bergaul dengan pelajar cemerlang di sekolah itu. Kesannya, dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PT3 kemudian berpeluang masuk ke SBP iaitu SM Sains Segamat.

Tetapi..

Sumayyah menolak tawaran tersebut. Kerana itu sekolah CK yang dulu. Dia tidak mahu asyik terfikirkan cikgu Ayuni lagi. Dia terpaksa membuat keputusan sebegitu walaupun peluang keemasan itu sangat berat untuk dia lepaskan.

"Err.. Kenapa? Tak boleh ke?" tanya Bad sekadar berbasa-basi.

"Takdelah. Aku guna panggilan tu untuk family je. Sorry" jelas Sumayyah.

"Ohhh maaf ye. Aku tak tahu" balas Bad serba salah.

"Okay takpe" jawab Sumayyah kekok.

"Ermmm malam ni kau free?" tanya Bad serius.

"Free agaknya. Kenapa?" kata Sumayyah.

"Jom turun tasik. Ada fiesta dekat sana malam ni." pelawa Bad bersungguh-sungguh.

Sumayyah terdiam. Kepalanya ligat berfikir. Belum pernah lagi dia keluar bersama mana-mana lelaki sebelum ini. Jadi, bagaimana?

"Jangan risau, aku belanja" tambah Bad lagi.

"Ehhh bukan macambtu. Takpe lah susah-susah je." jawab Sumayyah.

"Tak susah mana pun. Nah ni nombor aku. Pukul 9 aku tunggu depan blok okay? Bye" kata Bad kemudian berlalu ke tempat duduk selepas menyelit sekeping kertas dalam buku milik Sumayyah.

Sekali lagi Sumayyah terkaku. Apa jadi tadi? Sel-sel otaknya lambat pula nak berhubung kali ini.

'Alamakk dah terlambat ke untuk aku tolak?'

'Tapi takkan aku nak keluar dengan dia malam ni?'

'Oh no! Kena cari Maisarah niii'

Telefon bimbit di dalam poket di capai lalu meninggalkan pesanan ringkas untuk Maisarah.

MAI

*online*

Wehhhh
Tolong akuuuuu

Apahal

Pukul 5 datang rumah aku

Ehh sukahati je suruh2 orang

Sumayyah tidak membalas.

'Aku tahu Mai mesti datang'

KALAU DAH JODOH (complete)Where stories live. Discover now