2

475 19 0
                                    

"Aku rasa kau ni obsess la. Kau actually bukan sayang dia pun kan? Kau just obsess. O.B.S.E.S. Betul tak?" kata Maisarah.

"Ada beza ke? Aku rasa sama je. Ahhhh kau bukan tahu pun apa yang aku rasa" kata Sumayyah mulai berasa down.

"Sebabtu la kau kena cerita kat aku. Mana tahu aku boleh tolong?" provoke Maisarah lagi buat keberapa puluh kali mencuba mencungkil apa sebenarnya cerita di sebalik keresahan sahabatnya yang seorang ini.

"Ahhhh diam la! Kau apa tau!" marah Sumayyah.

'Senang-senang sahaja dia ingin nasihat aku. Ingat aku jadi macam ni sebab break dengan pakwe ke apa?! Hellooooo'

''Shhhh''

''SShhh shut up please''

''Sorry miss! This is library. Thankyou.''

Sumayyah termenung. Tak pasal-pasal semua dikeliling mereka marah kepadanya. Dia meraup wajahnya beberapa kali. Bila fikir pasal CK ni memang stress dibuatnya. Semenjak sekolah lagi, perihal CK sama ada baik atau tidak, memang sukar dan ambil masa yang lama untuk tangani. Nak rebut hatinya saja memakan masa berbulan-bulan. Apatah lagi mahu melupakan.

Dia cuba bertenang dengan memandang wajah innocent si Maisarah yang dimarahinya tadi. Sumayyah juga mula cuba fikir adakah perlu dia menceritakan aibnya sendiri. Baginya perasaannya itu merupakan aib bagi dirinya. Kerana ianya suatu yang sangat pelik dan complicated. Sumayyah takut Maisarah akan bersangka buruk kepadanya. Manusia memang lumrahnya begitu bukan.

Sumayyah terus diam dan membiarkan sahaja Maisarah terus tertanya-tanya seperti biasa.

'Lama-lama dia lupa la tu'

Sumayyah lantas bangun dan pergi ke suatu sudut yang lain. Kata-kata Maisarah tadi masih terngiang-ngiang dalam kepala otaknya. OBSES? Sumayyah mula menaip perkataan tersebut menerusi telefon pintarnya dan pelbagai jumpaan ditemuinya. Tetapi satu artikel menarik perhatiannya.

'BEZA SAYANG DAN OBSES'

'1) Si obsess sanggup melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian orang yang diobses

2) Si obsess mempunyai agenda tersendiri

3) Si obses menjadi benci kepada mana-mana kenalan yang turut menyukai orang yang diobses itu'

Sumayyah cuba reflect semula dengan kisah hidupnya. Kebanyakan pernyataan yang Sumayyah baca adalah benar. Dia sendiri terkedu dan cuba menafikan kebenaran yang dijumpainya itu.

'Obses ke aku ni? Tapi aku sayang dia jugakkkk.'

"Aku sayang laaaaaa mana ada obsess! Orang gila je obsess macamtu!" teriak Sumayyah yang tanpa sedar telah menarik perhatian orang sekelilingnya juga.

"Eh you okay tak ni Mai?" tanya seseorang.

"Ish aku May la. Bukan Mai." Marah Sumayyah bila orang kerap kali keliru antara dia dengan Mai. Bukan sama pun!

"Errrr sorry laaa.. aku gurau je hehE" balas orang itu lagi.

"Banyak la kau punya gurau. Eh kau ke Bad. Aku ingat siapalah tadi. Errrr"

"Iye akula.. Siapa lagi kan? Hehe.. btw, are u okay?" tanya Bad lagi buat kali kedua.

"Errr aku okay je. Takda apa la. K gerak dulu. Bye" balas Sumayyah tersipu-sipu dengan muka kemerahan. Mana tidaknya, dia malu sangat ditegur oleh kawan yang berkongsi tanah tumpah darah itu. Lain jantina pulak tu. Jatuh saham dia!

Bad yang masih disitu hanya menggeleng kepala sahaja melihat Sumayyah. Sumayyah memang begitu. Sukar sangat mahu diambil hatinya. Sudah lama Bad usha si Sumayyah ni. Sejak tahun pertama lagi. Tapi macam susah sahaja mahu mendapatkannya.

Sampai sahaja di rumah, Sumayyah menyambung kembali pencariannya di internet. Kali ini dia sudah tekad mahu melupakan kisah silamnya dengan cikgu Ayuni itu.

'LANGKAH-LANGKAH MELUPAKAN ORANG YANG KITA OBSES

1) Membuang perasaan obsess

- Bila teringatkan dia, cuba alih perhatian. Jangan ikutkan hati. Ingat niat kita nak ubah perasaan tu'

"Ohhh after this aku takboleh la asyik tengok gambar CK before tidur. Hmmmm tak bestnya!!"

'2) Jauhi barang-barang yang boleh membangkitkan ingatan kepada si dia

- Contohnya anak patung, barang perhiasan, atau cincin'

"Ahhhhhh mana boleh! Takkan aku nak buang semua diari aku tu! Kenangan kot."

"Ishhhh tak boleh-tak boleh.. Aku sayang gila semua karya-karya aku dalam tu. Walaupun 90% cerita pasal CK, tapi tetap aku tak akan buang"

"Ha! Kau buat apa tu cakap sorang-sorang?" sapa Mai.

"Eh jap! Aku rasa ni rumah aku kan" perli Sumayyah sambil tangannya cepat menyimpan telefon pintar ke bawah bantal. Kemudian pura-pura melihat sekeliling rumahnya konon-konon Maisarah sudah tersilap masuk rumah.

"Ish kau ni! Itu pun tak boleh. Rumah kau kan rumah aku jugaaa... hehehehe" balas Maisarah sambal merangkul tubuh Sumayyah. Dia tahu  Sumayyah gurau-gurau sahaja. Macam tidak biasa pula dirinya datang ke situ. Kadang-kadang tu memang Maisarah selalu je sleepover situ bila housemate-nya keluar bersama teman lelakinya.

"Ehhh dah dah. Rimas aku dengan perangan manja a.k.a gedik kau ni. Ha! Kau nak apa ni datang sini?" kata Sumayyah.

"Jom dinner!" ajak Maisarah sambil membuka muka comel dan mengebil-ngebilkan matanya dengan sengaja.

"Takmaulah! Aku diet. Pergi ajak Kelly sana." Tolak Sumayyah.

"Alalalallala... jomla teman aku. Aku teringin nasi arab kedai bawah tu ha!" pujuk Maisarah lagi.

"Alahai kau ni.. Aku tak tahan la dengan kau ni. Sebijik cam budak kecikk.. yelah-yelah.. Jap aku siap" kata Sumayyah acuh tak acuh.

"Yeayyyy sayang kau May!! Muah" balas Maisarah sengaja mahu buat Sumayyah sakit hati.

"Erghhh" rengus Sumayyah dengan kuat.

KALAU DAH JODOH (complete)Where stories live. Discover now