8

261 10 0
                                    

"Wait a minute pleaseee!" jerit Sumayyah sambil bergegas ke arah pintu rumahnya apabila terdengar ketukan yang bertalu-talu.

"Aduhh manusia mana gegar pintu pagi-pagi ni. Tak tahu ke ni hari minggu" bebel Sumayyah seorang diri.

"Kau apahal datang pepagi buta ni. Mengganggu betul la" marah Sumayyah yang masih mamai kerana tidurnya dikacau.

"Kau ajak aku tengok movie kan? Kau lupa ke?!" balas Maisarah pula yang sudah siap berpakaian casual.

"Ohhh yeke? Jap 5 minit" kata Sumayyah kemudian terus terlantar di atas sofa.

"Cepat May! Aku kira sampai 5." kata Maisarah.

"Lima"

"Empat"

"Kejap laaaaa" rengek Sumayyah seperti budak kecil.

"Tiga"

"Duaaaa"

"Satuu tett"

"Maiii pleasee" rayu Sumayyah lagi sambil menahan tangan Maisarah yang bersedia mahu mencubit pehanya tapi tak berjaya.

"Iyeelaaa aku bangun la ni.. Ishh sakit la." adu Sumayyah sendirian sambil berjalan ke arah biliknya dengan mata tertutup. Sebelum mencapai tualanya di hujung katil, sempat Sumayyah landing sebentar di atas katil pula.

"Lima"

"Empat"

"Iyee nak mandi la ni.. Ish garang macam mak tiri la!" bebel Sumayyah perlahan.

Kebiasaannya apabila Sumayyah ada perkara yang penting, memang dia paksa Maisarah tidur sahaja di rumahnya bagi menjadi 'tukang kejut' pada waktu pagi. Sumayyah bangun sahaja pada waktu subuh, kemudian tidur semula. Tetapi tidur semula itulah yang selalu buatnya malas bangun semula.

Jadi, Maisarah memang layak mendapat anugerah tukang kejut tersohor dan tergarang di dunia la. Selama Sumayyah hidup, tak pernah dia kasi chance seminit dua, apatah lagi lima minit. Pernah Sumayyah pura-pura tidur mati semasa dipaksa pergi program volunteer di fakulti, tapi si Maisarah punya cubitan tak nak mengalah langsung sampai Sumayyah betul-betul bangun dari  pembaringan.

Maisarah ni memang sangat tegas dan punctual (kadang-kadang mengada). Dia juga jenis senang terjaga dari tidur. Jadi, sukarlah Sumayyah mahu membalas dendam bila Maisarah terlajak tidur ke apa. Nak-nak pulak dia ni jenis guli sebiji jatuh pun dia boleh terjaga. Manusia jenis apa pun Sumayyah tak faham.

-

"Jom pergi Asean Market tu jap, nak beli barang sikit. Aku rasa nak main masak-masak la malam ni" ajak Maisarah tiba-tiba.

"Alaa take away jela mana-mana nanti" kata Sumayyah memberi cadangan. Sumayyah memang sejak kecil malas sungguh mahu masuk ke dalam. Itu sebablah dapur di rumahnya tidak pernah berasap kalau bukan kerana Maisarah. Housemate-nya pula jenis jaga badan, jadi dia ada 'food supplier' yang sediakan semuanya.

"Aku jemu betul la asyik makan benda yang sama je. Tak banyak pilihan pun. Jemu tahu tak?!" adu Maisarah yang tetap pendiriannya.

"Aku tiba-tiba rasa nak makan ayam masak lemak cili api, jadi ingat nak masak kat rumah kau je malam ni. Jomlah beli barang" kata Maisarah lantas menarik tangan Sumayyah masuk ke kedai.

Sumayyah hanya turutkan sahaja. Dah alang-alang Mai mahu masak, dapat juga isi perutnya malam ini. Walaupun di negara ini sangat susah untuk dapatkan makanan halal, tapi Sumayyah lebih rela makan makanan yang sama setiap hari berbanding mencemar duli untuk masuk ke dapur. Bukan minatnya katanya.

"Kau usha la apa yang patut. Aku pergi belakang sana jap" kata Maisarah.

Sumayyah hanya mengangguk. Dia kemudian membelek barang-barang di bahagian rak alat tulis. Sengaja mahu tambah koleksi pen warna-warninya itu.

Tiba-tiba bebola matanya tertumpu kepada suatu objek. Atau lebih tepat lagi sekujur badan manusia yang bernyawa sedang berlegar-legar di lorong-lorong kecil seperti mencari sesuatu.

'Nak tegur ke tak eh?'

'Aduhh segan la pulak'

'Tapi dah dua kali aku tak end conversation dengan baik. Nanti apa pulak fikir kalau bukan aku yang clarify betul-betul'

"Hye. You Adam kan?" tegur Sumayyah dari arah tepi.

"Ehh sekejap. Youuu... Emmm sorry aku susah ingat nama orang.. tapi tapi, i ingat you tau. Dekat bangku masa uptown fiesta tu kan?" Adam cuba menyakinkan Sumayyah akan memorinya.

"Sumayyah" balas Sumayyah pendek. Terasa segan pula apabila orang yang ditegur tidak mengenali langsung dirinya. Suasana menjadi kekok.

"Err you datang dengan siapa ni? Boyfriend you tu ke?" tanya Adam tiba-tiba.

"Ehh boyfriend? I dont have one" balas Sumayyah pelik.

'Aik dia tak ingat aku, tapi boleh claim aku ada boyfriend.'

"Ala yang that day masa kita terlanggar lepastu someone datang tolong. I think sebulan yang lepas" Adam memberikan klu.

Sumayyah terdiam. Cuba memproses memori jangka panjangnya dengan cepat supaya Adam tidak tertunggu-tunggu tapi gagal. Sebulan yang lepas itu tempoh yang agak mustahil untuk Sumayyah ingat kembal satu per satu.

"Thay guy yang always pakai sweater with jeans. Alahai macam mana eh nak describe? Takkan you tak ingat?" tambah Adam lagi yang seperti sudah hilang kata-kata.

'Bad?'

'Bad ke?'

'Ohh yaa Bad kan yang tolong angkat buku masa Adam ada sekali dekat situ'

"He's not my boyfriend. Kitorang classmate je, masatu baru balik dari kelas sama-sama" kata Sumayyah walaupun sebenarnya mereka 'dihalau' daripada kelas.

"Ohh i thought you guys couple. Match teruk" balas Adam sekadar berbasa-basi. Tetapi jauh disudut hatinya, dia ada menyimpan perasaan pada gadis di hadapannya itu.

"Err btw kawan i dah panggil tu nak pergi bayar, see you again. Bye Adam" kata Sumayyah pula dengan lagak tergesa-gesa. Padahal dia hanya kekok sahaja, jadi dia ingin segera melarikan diri.

"Eh sekejap" Adam menahan.

"Macam mana nak 'see you again' tu?" Adam bertanya.

Sumayyah sudah tidak tentu arah. Dia bingung. Tetapi laju sahaja dia mencapai sticky note di rak beserta pen berwarna pink terang.

"Ni nombor i, apa-apa roger okay" kata Sumayyah secara spontan kemudian berlalu.

Beberapa saat kemudian, Sumayyah tersedar akan keterlanjurannya. Disebabkan terlalu gemuruh, dia telah membuat keputusan yang berani mati dalam hidupnya.

Sumayyah lantas berpatah balik ke arah Adam kemudian memerhati kertas tersebut agak lama.

'Kalau aku rampas balik macam buruk siku pula'

'Hmm takpelah. Mungkin dia tak serius pun. Saja je nak hilangkan kekok kot.'

Muka Adam berubah kebingungan melihat Sumayyah yang berkelakuan pelik berdiri memandang kertas yang diberikan kepadanya tadi.

"Err jangan lupa bayar sticky notes tu dengan pen ya. Tak baik mencuri. TQ. Bye" balas Sumayyah dan berlalu pergi.

Adam bertambah pelik.

KALAU DAH JODOH (complete)Where stories live. Discover now