13

217 11 0
                                    

"Eh pandai je kau eh.. Tak habis-habis nak libatkan aku." marah Maisarah dengan cadangan Sumayyah itu.

"Takda lah. Kau pun sunyi kan? Nanti kalau aku asyik date dengan Adam, siapa nak layan kau kan? Alololo sian dia" sakat Sumayyah lagi.

"Aku boleh cari hiburan sendiri. Tak payah sampai nak suruh aku bercinta pula." balas Maisarah sarkastik. Tetapi Maisarah memang agak sedikit fobia dengan manusia berjantina lelaki ini sebab sikap bapanya yang dayus itulah punca keluarga Maisarah berpecah belah.

"Eleh kau.. Tunggulah nanti seruan jodoh kau dah sampai, aku nak tengok iman kau tercabar ke tidak hehehe" balas Sumayyah lagi.

"Dah lah malas aku layan kau. Baik aku balik rumah lepastu tidur. Lagi berfaedah." kata Maisarah kemudian berlalu keluar dari rumah Sumayyah.

-

Maisarah terus sahaja membersihkan diri selepas pulang ke rumah. Dia kemudian membuka pintu peti sejuknya bagi mencari sesuatu yang boleh dipanaskan untuk dibuat makan malam.

'Makan maggi letak telur jela.'

Maisarah terus membuka suis pemanas air kemudian merendam mee di dalam mangkuk. Malas mahu memasak di atas dapur. Telur ayam yang dicapainya tadi pun diletakkan semula. Selesai memasukkan perencah dan sedikit bawang goreng sebagai penambah hidangan,
Maisarah menjamu selera di bawah putaran kipas syiling yang berbunyi. Sunyi rasa dirinya seorang diri. Lama-kelamaan Maisarah mula teringat kembali kes Sumayyah tadi.

'Apalah agaknya nasib si Bad tu'

'Dia nampak risau sangat bila May tak datang tadi'

'Dia betul-betul letak harapan tinggi ke dekat May'

'Hmm aku rasa aku kena bagitahu Bad juga'

BAD
*online*

Oit Bad
Aku nak jumpa kau besok

Kau siapa siot

Hek eleh
Kau serang aku pagi tadi takda intro apa-apa
Sekarang nak marah-marah aku pulak

Eh Mai ke?

Sukahati je panggil Mai Mai
Ingat aku kakak kau ke
Maisarah lah

Aduh jangan lah marah

Kau free pukul berapa besok?

Tak free

Kalau aku nampak muka kau besok
Siap kau

Iye laaaaaa
Aku free pukul 3

Jumpa aku dekat library
Pukul 3 tepat
Aku tak suka orang lambat

Baik cik Maisarah

-

"Bad, jom buat soalan tuto ni after class." ajak Sumayyah selepas pensyarah mereka memberikan tugasan berkumpulan yang baharu.

'Alamak Maisarah nak jumpa. Sumayyah nak ajak buat kerja. Mana satu nak pilih ni?????'

"Bad? Kau dengar tak?" tanya Sumayyah lagi.

"Err.. next time boleh? Aku ada meeting la pukul 3. Sorry" balas Bad serba salah dan sedikit terkilan.

Tiba-tiba telefon Bad berbunyi tanda pesanan baru masuk.

KALAU DAH JODOH (complete)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant