10

245 11 0
                                    

From: unknown
Sumayyah?

To:unknown
Adam?

From: unknown
Oh yes! Why salah number

To: Adam
Sorryyyyy, I kelam kabut tadi

To: Adam
Adam, you check me out dekat whatsapp jela eh, lagi senang.

ADAM
*online*

Sini

Ya
Sorry sangat pasal tadi
I tak sengaja

Its okay

'bapak awkward do conversation'

Sumayyah end conversation begitu sahaja kerana memang tidak ada apa yang penting untuk dikongsi. Dia juga tidak mahu mengganggu masa Adam kerana hari sudah lewat malam.

-

"Mai, kau nak lepak sini ke? Aku nak keluar jap" kata Sumayyah yang sedang menggosok tudung.

"Kau halau aku ke?" balas Maisarah.

"Eh bukanlah halau. Tanya je. Kalau kau stay, aku bawak kunci spare je." jawab Sumayyah pula.

"Nak pergi mana? Nak ikutttt" balas Maisarah teruja. Dia sudah berdiri kerana hendak bersiap.

"Ehhh orang nak dating lah. Sibuk je" jawab Sumayyah dengan gaya menjengkelkan.

Sudah sebulan juga Sumayyah mula rapat dengan Adam. Kebiasaannya mereka hanya berjumpa di kawasan fakulti sahaja, tetapi malam ini mereka bercadang untuk dinner bersama-sama.

"Alaaaa untunglah orang tu dah ada boyfriend. Dulu aku offer taknak. Pandai eh cari sendiri" perli Maisarah.

"Bad ke? Korang gi mana?" tambah Maisarah lagi.

"Iye.. Gi dinner je" balas Sumayyah serba salah.

Dia serba salah kerana hubungan dia bersama dengan Adam, belum sampai ke pengetahuan Maisarah lagi termasuk juga Bad. Bukan dia tidak mahu berterus terang, tetapi Sumayyah berasa belum tiba waktu yang sesuai untuk dia membuka cerita. Dia juga cuba menjauhkan diri daripada Bad kerana tidak mahu dia berharap, tetapi mungkin Bad sudah terlalu selesa berkawan dengan Sumayyah. Jadi, Sumayyah hanya diam sahaja.

"Okaylah aku pergi dulu. Kau hati-hati eh? Kalau housemate aku balik, kau kata je aku ada meeting ke apa hehe" kata Sumayyah sebelum keluar dari rumah.

Maisarah hanya mengangguk dan tersenyum apabila melihat Sumayyah sudah ceria kembali.

-

"Adam. Kita makan kat kedai situ la. Tuna sandwich kat situ sedap" ajak Sumayyah sewaktu mereka melintas kedai yang Sumayyah maksudkan itu.

"You kenyang ke makan sandwich je? Nanti I pulak kena bebel bila you lapar." jawab Adam memerli.

"Ishh you ni!!" balas Sumayyah sambil menampar lembut lengan Adam.

"Alololo iyelah. Kalau lapar, you boleh makan lagi. Suka gemuk kan?" sakat Adam lagi kemudian mendahului masuk ke restoran tersebut.

KALAU DAH JODOH (complete)Where stories live. Discover now