5

304 11 0
                                    

"Serius la dia ajak keluar?!"

"Peh hebat do kau"

"Aku baru bagi cadangan, kau terus kejar satu"

"Dapat lak tu"

Maisarah begitu terkejut bercampur gembira dengan rakannya itu yang akhirnya sudah ada teman pengganti. Dia bahagia.

"Dia yang ajak la. Lagipun dia classmate aku. Dah lama kitorang kenal." jelas Sumayyah cuba menafikan prasangka Maisarah yang salah itu.

"Jap eh aku tunjuk kau sesuatu" tanbah Sumayyah lalu pergi masuk ke dalam bilik untuk mencari sesuatu.

Sebuah buku setebal 5cm itu dibawa keluar untuk ditunjukkan kepada Maisarah. Helaian demi helaian diselak demi mencari sesuatu.

"Ni haa.. Dia bagi ni dekat aku. Nombor telefon" kata Sumayyah lagi.

"Fuyooo siap bagi contact number" balas Maisarah teruja sambil cuba merampas kertas kecil tersebut.

"Haip! Mana boleh ambil" Sumayyah menyimpan semula nota kecil tersebut dalam buku tadi.

"Relax la. Aku takkan kacau la boyfriend kau. Eiii dah mula jelous ke tu?? Elelele" kata Maisarah dengan tujuan mahu menyakat kawannya itu.

"Mana ada! Dah la aku nak mandi" jawab Sumayyah pula.

"Ha malamni pakai baju senonoh sikit okay! Jangan tshirt dengan jeans je. Come on la weh, date kot. HAHAHA" sakat Maisarah lagi.

"Ha ni satu lagi masalah" jawab Sumayyah dengan serius. Dia berpatah balik menuju ke arah Maisarah.

"Aku macam tak nak pergi la malam ni. Awkward nanti macam mana? Pastu nanti menyusahkan dia. Aduhhh serba salah laaaa" sambung Sumayyah lagi.

"Tolong jangan kelam kabut boleh tak? Kau act normal je. Ala-ala pergi night market je" nasihat Maisarah.

"Kau jangan cancel last minute plak. Aku cekik kau nanti!" kata Maisarah memberi amaran.

Sumayyah yang daripada tadi tidak confident terus-terusan berasa rungsing.

'Bagaimana nak jalan berdua?'

'Ntah-ntah nanti dia bawak kawan-kawan dia sekali macam mana?'

'Ahhh lagi awkward'

'Pastu dia nak belanja pulak. Aduhh macam mana nak tolak'

'Kalau krik-krik nanti macam mana?'

'Aku kena cari topik ni. Biar senang nak borak apa malam nanti'

-

"Mai datang rumah aku jap" kata Sumayyah lalu terus mematikan panggilan telefon.

"Maiiiii okay tak baju ni?" tanya Sumayyah terus meluru ke arah Maisarah dengan soalan yang bertubi-tubi.

Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berasa begitu teruja tetapi dalam masa yang sama dia kekok. Takut. Malu. Dia seolah-olah dapat merasa ada sesuatu yang baik bakal berlaku nanti. Jadi dia cuba untuk positif dan percaya dengan kata hatinya itu.

"Amboi semangatnya. Dah lah call aku macam nak taknak je" kata Maisarah terasa hati.

"Alaa aku dah lambat ni. Nak layan kau punya bebel tu, sampai subuh pun belum tentu habis" jawab Sumayyah selamba.

"Cepatlah Mai. Okay tak?" tanya Sumayyah lagi.

*geleng*

"Alaaaa kenapaaaa.. Style apa?!" kata Sumayyah lagi.

"Itu pendapat aku. Tak nak terima takpa" Maisarah malas mahu memanjangkan cerita. Sumayyah memang selalu sahaja mahu menang. Dia cuma bagitahu yang betul sahaja.

Sumayyah terus menyentap pergelangan tangan Maisarah dan menariknya ke dalam bilik. Mereka berdiri betul-betul depan almari baju kepunyaan Sumayyah.

"Pilih" kata Sumayyah sepatah.

"Kau jangan judge pulak eh kalau aku pilih" jawab Maisarah pula.

"Iyeee" gesa Sumayyah tidak mahu membazir masa.

"Ni" kata Maisarah sambil memegang sehelai tshirt putih bersama cardigan tebal dan panjang digandingkan dengan jeans straight cut.

"Serious ah?" tanya Sumayyah tak puas hati.

"Up to you. Aku bagi cadangan je" balas Maisarah lalu meletakkan kesemua pilihannya di atas katil Sumayyah.

Sumayyah tercengang.

Kedengaran pintu hadapan rumahnya ditutup perlahan.

'Aduhh minah ni pahal pelik betul malam ni, emo semacam'

-

"Awak okay tak ni?" tanya Bad.

"Eh maksud aku kau okay tak?" sambung Bad lagi.

"Err ha aku okay je. Jangan risau" balas Sumayyah kekok.

'Aduhhh awkwardnya weh'

'Nak sembang apa ni'

"Err amacam tuto tadi? Kau dah siap?" tanya Sumayyah sekadar memecah kesunyian.

"Ha?" Bad pelik.

'Aduhhh asal aku tanya pasal kerja pulak ni, tak sesuai betul'

'Cemana eh nak tukar topik'

"Eh sorry-sorry. Aku buat tuto lepas maghrib tadi pastu ada soalan tak faham. Tu yang tanya tu mana tahu kau dah try buat hehe" balas Sumayyah menutup malu.

"Ohhh belum buat lagi. Petang tadi aku ada aktiviti kelab. Balik lewat sikit." balas Bad.

"Laaa kenapa tak bagitahu. Kita boleh keluar hari lain. Kesian kau" kata Sumayyah pula.

"Eh takpe je. Aku okay" balas Bad bersungguh.

"Lagipun aku mana ada nombor telefon kau kan. hm" kata Bad lagi.

Sumayyah terus diam. Tak tahu nak respon bagaimana. Dia bukan senang-senang mahu bagi contact number kepada sebarangan orang.

"Jom pergi sana. Macam sedap pula donut chocolate tu" kata Sumayyah sengaja mahu mengubah topik.

Bad hanya mengikut dari belakang. Cubaannya untuk dapatkan nombor gadis pujaan hatinya itu gagal.

Mereka berdua sama-sama seronok malam itu walaupun dari segi komunikasi memang tidak produktif langsung. Masing-masing diam menyepi melayan perasaan sendiri.

Bad bahagia juga apabila dapat peluang bersama-sama gadis yang pernah mencuri hatinya sejak awal dia berada di negara ini. Gadis yang dianggap tidak friendly itu akhirnya menerima pelawaan dirinya. Bersyukur apa yang ada walaupun ia tidak berlaku seperti yang dijangka.

Sumayyah pula tidaklah berasa seronok malah terlalu kekok keluar berdua-duaan begini. Bad, rakan sekuliahnya yang dianggap ulat buku pada awalnya membuatkan dirinya terkejut dengan pelawaan berani mati itu.

Sumayyah juga agak pelik dengan dirinya kerana selalunya dia agak sukar untuk bergaul dengan mana-mana orang kecuali Maisarah, tetapi tidak pula dengan Bad. Dan malam itu, dia berasa tenang sekali. Memang sukar digambarkan.

"Aku nak join karaoke dekat sana jap. Kau boleh tunggu?" tanya Bad.

Mereka sedari tadi duduk berdua di bangku tepi deretan kedai memerhati kawasan sekeliling. Bad semakin lama menjadi tidak senang duduk lalu memilih untuk mengisi masa dengan berkaraoke. Sedangkan Sumayyah berasa tenang dibuai angin malam yang sejuk itu.

Sumayyah mengiyakan sahaja permintaan Bad. Takkan dia mahu halang pula. Lagipun Sumayyah sudah biasa bersendirian sebegitu di kawasan awam.

"Hye. Is this seat been reserved?" tanya seseorang.

Sumayyah terkejut.

KALAU DAH JODOH (complete)Where stories live. Discover now