9

231 13 0
                                    

"Mai, kalau aku bagitahu kau jangan marah eh" kata Sumayyah membuka cerita.

"Hm apa?" jawab Maisarah sambil tekun melihat bil barangan yang baru dibelinya tadi.

"Aku terbagi nombor telefon dekat sorang mamat ni. Kau rasa selamat tak?" tanya Maisarah yang serba salah.

"Kau kenal ke dia? Kalau kenal takpelah" balas Maisarah pula dengan nada acuh tak acuh. Malas mahu layan.

'Aduhhhh macam mana nak bagitahu pasal tadi eh?'

'Mampus lah aku kalau dia mengamuk dekat sini'

'Alamakkk nak cakap apa ni?'

"Errr.. Tapii.. Aku terrrrbagi nombor kau" kata Sumayyah perlahan.

"Kau nak mati ke?" tanya Maisarah serius. Mujur sahaja mereka berada di tempat awam, kalau di rumah, sudah bergusti agaknya.

"Amm Emm So.. Sorryy la Mai.. Hmm Akk..Akkuu tak sengaja" jawab Sumayyah terketar-ketar.

Sumayyah tahu Maisarah marah benar kerana sahabatnya sangat tidak suka maklumat dirinya didedahkan kepada orang lain tanpa kebenarannya. Tetapi Sumayyah betul-betul kelam kabut ketika menulis nombor telefon itu. Sebab itu Sumayyah berpatah balik bagi mendapatkan semula kertas tersebut, tetapi berasa tidak sopan pula.

"Dah lah aku malas layan kau! Apa-apa jadi aku salahkan kau eh" balas Maisarah kemudian berlalu pergi.

'Aduhhh macam mana ni?'

-

"Mai.. Kalau ye pun marah aku, tak payahlah potong bawang macam tu sekali. Bahaya tau tak" tegur Sumayyah apabila berasa gerun melihat Maisarah yang rakus semasa menghiris bawang besar itu.

Maisarah hanya diam. Dia sengaja berbuat demikian sebagai tanda protes dan ingin meluahkan segala perasaan amarahnya secara tidak langsung. Maisarah memang seorang yang agak panas baran. Sumayyah kadang terpaksa mengawal tutur katanya agar Maisarah tidak naik angin lagi. Kalau tidak, tidak tahu apa akan jadi.

"Hmm sorry la. Takpe nanti kalau nombor pelik ada call kau ke apa, kau bagitahu aku. Tapi aku rasa dia tak akan buat macam tu" kata Sumayyah menyedapkan hati rakannya.

"Habis takkan dia minta nombor untuk tujuan simpan dalam note book je. Fikir la sikit" balas Maisarah dingin. Sedikit pun tidak memandang wajah Sumayyah.

"Err dia tak minta pun, aku yang bagi" jawab Sumayyah pula.

"Kenapa nombor aku yang jadi mangsa?!" marah Maisarah sambil menghentakkan pisau ke atas table top di dapur itu. Dia memang sejak awal lagi tak boleh terima alasan yang Sumayyah berikan.

"Hm relax la Mai." Sumayyah cuba untuk menenangkan Maisarah dari jauh. Takut juga apa-apa jadi kalau Sumayyah cuba mendekati.

"Okay sebenarnya aku nervous bila dia halang aku daripada pergi. Aku pun spontan la pergi ambil kertas dengan pen dekat kedai tu lepastu terrrtulis nombor kau." terang Sumayyah dengan menekankan perkataan 'ter' bermaksud tidak sengaja.

"Ha lepastu aku patah balik tau bila aku tersedar aku bagi nombor kau, tapi kalau aku ambil kertas tu balik, buruk siku pulak kan? Jadi aku biarkan jelah" jelas Sumayyah lagi berterus-terang.

"Kau ni! Ntah mamat creepy mana kau jumpa, lepastu babitkan aku" balas Maisarah sakit hati.

"Eh tak tak. Aku pernah jumpa dia before this. Dua kali dah pun. Dia orang Malaysia jugak. Budak Johor" balas Sumayyah pula untuk meyakinkan.

"Hm ye la tu" Maisarah masih sangsi tetapi kelihatan sudah tenang sedikit.

Sumayyah melepaskan nafas lega apabila melihat Maisarah sudah boleh terima kebenarannya.

Tiba-tiba telefon Maisarah berbunyi tanda pesanan ringkas baru masuk.

From: unknown
I dah bayar sticky notes dengan pen tu. Thanks me later!

"Woi! Baik kau datang sini cepat" jerit Maisarah tiba-tiba.

Sumayyah yang baru sahaja berasa lega terus terkejut semula mendengar jeritan Maisarah yang bagaikan dirasuk semula. Berderau darah manis si Sumayyah. Takut-takut Sumayyah bangun menghadap Permaisuri Maisarah.

Maisarah kemudian menghulur telefon bimbitnya kepada Sumayyah. Terkejut beruk Sumayyah membaca barisan perkataan di skrin telefon milik Maisarah itu.

'Awal betul dia ni'

"Kau reply benda sebenar sekarang. Letak nombor kau sekali" kata Maisarah sambil memandang tepat ke dalam mata Sumayyah.

"Kalau aku ignore je boleh tak? Kau tahu jela kan, aku tak share no telefon" rayu Sumayyah.

"Takde-takde. Cepat reply. Kau dahh babitkan aku pastu taknak tanggungjawab." balas Maisarah tegas.

"Baiklah Maisarah cantik. Bak sini phone kau" kata Sumayyah ingin ambil hati. Kemudian mencapai telefon bimbit Maisarah dan dibawa ke balkoni rumah.

"Hey! Reply kat sini sudah. Depan aku." arah Maisarah bersahaja. Kalini dia saja mahu menyakat Sumayyah.

Sumayyah buat muka terpaksa. Maisarah hampir tergelak tetapi cepat-cepat berlagak garang kembali sebelum Sumayyah tersedar.

"Tak privacy betul!" mengadu Sumayyah perlahan.

"Jangan nak bebel eh" perli Maisarah dengan muka ketat.

Sumayyah tak tentu arah memikirkan apa yang patut dia balas. Maisarah yang tidak henti-henti memerhatikannya daripada tadi membuatkan dirinya lebih tak tentu arah.

"Apahal lambat sangat tu. Meh la sini aku taip" kata Maisarah lalu merampas kembali telefon bimbitnya.

"Apa nombor kau?" tanya Maisarah.

"Meh aku taip sendiri" jawab Sumayyah pula.

"Tak payah mengada. Jawab jelah" balas Maisarah sedikit marah.

"0157772312" jawab Sumayyah lagi.

"Okay siap. Sent" sambung Maisarah lagi selepas siap menaip.

"Bak sini" Sumayyah ambil kembali telefon bimbit Maisarah.

"Talian untuk mengorat tiada dalam rangkaian. Sila ke talian kosong sa.. Wehhhh apa niiiiiiii" marah Sumayyah apabila membaca teks yang Maisarah hantar kepada Adam itu.

Maisarah mula gelak terbahak-bahak selepas berjaya mengenakan sahabatnya itu. Dia kemudian segera menyambung semula aktiviti 'main masak-masak' nya itu.

Sumayyah pula menghidupkan semula telefon bimbit Maisarah kemudian menaip sesuatu.

"Kau nak mesej apa tu? Bayar la" sakat Maisarah lagi.

"Diamlah" jawab Sumayyah kebengangan.

"Lelaki mana tu? Bad ke? Yang ajak kau keluar malam haritu?" tanya Maisarah melulu.

"Haah" bohong Sumayyah.

Sengaja Sumayyah berkata begitu kerana tidak mahu Maisarah menyakat dirinya lagi. Sumayyah kemudian menaip sesuatu di telefon bimbit milik Maisarah.

To: unknown
Adam. Sorry aku salah bagi nombor tadi. Yang tadi tu kawan aku yang reply, so dekat situ ada nombor aku yang betul. Apa-apa roger eh. Bye and sorry.

Mesej dihantar kemudian dipadam. Malu sekiranya Maisarah membaca conversation mereka.

Tiba-tiba telefon Sumayyah pula berbunyi tanda pesanan baru masuk.

KALAU DAH JODOH (complete)Kde žijí příběhy. Začni objevovat