16

220 13 0
                                    

"Eh apa masalah you ni eh? Datang tiba-tiba nak serang orang? Boleh tanya dulu kan? Tak malu ke dengan orang? I dengan Bad buat tugasan berkumpulan je. Bukan pergi jalan-jalan dekat taman ke apa. Lagipun kitorang duduk kafe, ramai orang lalu lalang. Tak salah pun!" balas Sumayyah yang panas apabila Adam tiba-tiba datang terus mahu melenting.

"Relax Sumayyah. Dah la tu" Maisarah menenangkan Sumayyah yang seperti sudah hilang sabar.

"Sabar bro.. Cuba duduk sama bawak berbincang. Tak nice la orang lain tengok macam ni" giliran Bad pula menenangkan Adam.

"Ah diamlah kau" Adam marah Bad yang cuba masuk campur.

"You kenapa tak reply whatsapp? I call kenapa tak angkat? Kalau ada masalah, kita boleh bincang kan? Tapi you asyik nak dengar cakap you je. I ask you banyak kali, tapi you alih topik. You tak respon. Kenapa? Kalau dah taknak i, janganlah diam macam ni." balas Adam dengan suara sedikit tinggi. Mungkin Adam juga sudah hilang sabar kerana perkara yang dia perkatakan itu umpama mengungkit kisah lama. Mungkin ada sesuatu yang dia dendamkan juga selama ini.

"Ah pergi mampus la! Serabut la macam ni" Sumayyah membentak kemudian terus mengemas barang-barangnya dan berlalu pergi. Air matanya mengalir tanpa sengaja. Bukan dia yang bersalah, tapi entah! Dia sendiri keliru.

Adam meraup muka berulang kali. Serabut dengan apa yang berlaku. Dirinya seolah-olah tidak terkawal.

"Kau slow talk dengan dia baik-baik. Jangan macam ni. Aku tak tahu apa yang kau rasa, apa yang kau alami, tapi aku tahu kau bukan orang macam ni." Maisarah membuka mulut setelah lama tergamam.

"Tapi buat masa sekarang, kau bagi Sumayyah ruang. Tunggu masa yang sesuai, baru kau buka buku baru bersama. Goodluck bro" tambah Maisarah lagi.

"Dah jom Bad. Kat sini macam panas pulak. Jom library?" ajak Maisarah tiba-tiba mengubah mood negatif yang tersebar luas tadi.

Bad hanya menurut. Dia sendiri sudah hilang kata-kata.

"I feel you bro. Tapi at least, kau still dapat dia. Stay strong" bisik Bad kepada Adam sebelum berjalan mengekori Maisarah.

Sementara itu, Sumayyah membawa diri bersendirian di bangku kosong belakang blok fakulti. Dia menangis semahu-mahunya.

"Assalamualaikum nak.. Kenapa ni?" tanya seseorang.

"Eh Makcik Fatimah.. Apa khabar?" balas Sumayyah sekadar berbasa-basi. Sumayyah mengelap saki baki air matanya itu.

"Alhamdulillah sihat.. Anak ni ada masalah ke?" tanya Makcik Fatimah.

"Hmm" jawab Sumayyah sambil mengangguk perlahan.

"Ceritalah.." kata Makcik itu.

"Saya tak tahu. Tapi hubungan kami ni sangat complicated. Maksud saya, saya dengan kawan lelaki saya. Adam nama dia. Kitorang selalu gaduh. Tapi senang nak baik balik. Tapi kali ni saya betul-betul tak boleh terima apa yang dia buat. Saya rasa macam dia dah berubah!" terang Sumayyah yang masih ada saki baki kemarahannya.

"Macam ni lah nak.. Setiap perkara yang baik pasti akan datangnya ujian. Ujian itu pula ketentuan Tuhan. Sekecil atau sebesar mana Dia nak kamu hadapi, pasti ada hikmah di sebaliknya. Dia Maha tahu mana yang baik dan mana yang tidak. Mungkin ini ujian untuk hubungan kamu berdua. Tuhan uji kepercayaan, keberanian, dan kesepakatan antara kamu berdua. InsyaAllah akan ada petunjuk sebagai penyelesaiannya nanti. Yang penting kamu perlu bijak membuat keputusan. Jangan sampai putus silaturrahim. Tuhan murka nak..." balas Makcik Fatimah bersungguh-sungguh.

Sumayyah bertambah sebak. Apa yang keluar daripada mulut Makcik Fatimah itu, semuanya Sumayyah setuju.

"Sudah lah tu nak.. Kamu balik, buat solat istikharah. Semoga membuka jalan petunjuk untuk kamu. Makcik doakan hubungan kamu berdua bahagia selamanya" kata Makcik itu lagi.

'Macam pernah dengar ayat terakhir tu'

'Hmmm hari dah lewat petang. Baik aku balik'

"Terima kasih atas nasihat Makcik. Saya balik dulu" Sumayyah mengundur diri.

-

"Sumayyah, kau okay? Jom lunch sini" tanya Maisarah yang sibuk menghidangkan makanan di atas meja makan.

Maisarah terlalu risaukan Sumayyah sejak petang semalam selepas kejadian tersebut berlaku. Tetapi, Sumayyah menghilang dan mendiamkan diri. Maisarah datang ke rumah malam tadi untuk memastikan keadaan Sumayyah, tetapi housemate Sumayyah memberitahu bahawa Sumayyah tidak mahu diganggu. Maisarah hanya akur sehinggalah Maisarah memaksa Sumayyah membenarkan dia masuk ke rumahnya untuk makan tengahari.

"Makan sikit Sumayyah. Nanti kau sakit" panggil Maisarah lagi selepas tiada respon yang diterima daripada Sumayyah.

Maisarah kemudian membawa sepinggan nasi ayam kepada Sumayyah. Sumayyah menggeleng. Maisarah enggan kalah. Dia memaksa Sumayyah makan kerana sedari petang semalam, Sumayyah tidak menjamah apa-apa makanan pun. Sudu dicapai kemudian Maisarah mula menyuapkan Sumayyah sedikit demi sedikit.

"Aku jumpa sorang makcik ni. Dah dua kali" Sumayyah membuka cerita.

"Siapa?" tanya Maisarah tapi masih menyuapkan Sumayyah makan.

"Siapaaaaaa" desak Maisarah lagi.

"Sabar la.. Aku tengah makan kan" marah Sumayyah.

"Aku tak tahu. Dia orang Malaysia jugak katanya. Nama dia Makcik Fatimah. Kebetulan pula sama nama dengan ibu aku. Dia baik la. Selalu bagi nasihat dekat aku. Yang peliknya, dia selalu muncul masa aku ada masalah dengan Adam. Aku tak tahu la kebetulan jugak ke apa, tapi tulah macam sesuatu pun ada juga. First haritu aku jumpa waktu aku tengah tunggu kau datang ambil aku dekat mall tu. Kau nampak tak?" soal Sumayyah.

"Hmmmmmmmm tak ingat la. Macam tak nampak apa-apa je' jawab Maisarah.

"Musykil kan? And semalam lagi bertambah pelik. Aku jumpa dia dekat belakang blok fakulti aku. Aku lepak situ lepas mamat tu marah-marah tak tentu pasal tu. Lepastu tiba-tiba dia muncul. Dalam kawasan fakulti weh, macam tak logik. Tapi masa tu aku tak fikir apa la, aku serabut and rasa timing dia datang memang tepat sebab aku perlukan someone untuk luahkan. And everything yang dia cakap, macam relatable gila. Padahal aku tak cerita secara detail pun apa yang berlaku" tambah Sumayyah lagi.

"Lagi satu, aku baru perasan benda ni semalam. Everytime kami nak end conversation, dia mesti ulang ayat yang sama." sambung Sumayyah.

"Apa dia?" tanya Maisarah yang khusyuk mendengar sejak tadi.

"Makcik doakan hubungan kamu berdua bahagia selamanya" jawab Sumayyah.

Maisarah terdiam. Tidak tahu mahu respon bagaimana.

KALAU DAH JODOH (complete)Where stories live. Discover now