"Ohhh yeke.. Baru ingat nak ajak lepak dulu before aku blah. Flight aku 28." Sumayyah membalas.

"Boleh jeeee.. Pergi mana? Kau nak belanja aku buat kali terakhir eh?" Maisarah bergurau.

"Eh eh.. Tak cakap apa-apa pun! Jom lah petang after paper last kau tu. Dekat-dekat sini je." kata Sumayyah.

"Alright, noted!" balas Maisarah kemudian meneruskan pembacaannya.

Sumayyah kemudian membiarkan sahaja Maisarah fokus terhadap nota-notanya itu. Telefon bimbit dicapai kemudian mula menegur Adam menerusi aplikas WhatsApp.

ADAM
*online*

Adam

Why so serious

Sayang

Yasss my girl

Eeii ngada!

Dengan B sorang je
Why baby?

A day before balik
I nak lepak dengan Mai
Dont you mind if we cancel our plan
Pleaseee
It might be our last time together
I mean, Mai and me

Okay B..
As long as you selamat
Last time okay
After this
You are mine
Forever

Thanks sayanggg
You are great boyfriend

Dont forget i am your future husband too

Opss
Malas nak ingat
Byeeee

Tunggulah i cubit you nanti

Lariiiiiiii

Sumayyah gelak sendirian. Adam memang menggelikan hati. Dia punya cemburu memang tanda siapa boleh kalahkan.

-

"So apa plan kau after study?" Mai memecah kesunyian.

Di tasik itu sunyi sepi hari tersebut. Boleh dikira berapa ramai sahaja yang beriadah pada petang itu. Mungkin ramai student yang sudah pulang ke tanah air. Atau menghabiskan masa di bilik sahaja selepas berhempas pulas menjawab exam. Mungkin.

"Aku tak tahu lagi ni. Tengoklah macam mana. Mungkin kalau kerja pun, aku kerja dengan kawan abah aku je." balas Sumayyah.

"Tak pun aku kahwin je la nanti. Ramai dah beratur ni. Hahaha!" seloroh Sumayyah tetapi dalam masa yang sama dia memberikan hint kepada Maisarah.

"Wow besar cita-cita kau ni.. Muda lagi kot weh.. Lain la aku ni." giliran Maisarah pula tersengih.

"Kau pahal? Gatal nak kahwin jugak ke?" Sumayyah memerli.

"Asal? Tak boleh ke?" Maisarah membalas.

"Bolehhhh.. Teringin nak rasa nasi minyak kau!" balas Sumayyah pula.

"Jemput la datang nanti. Nanti aku bagi kad jemputan." balas Maisarah selamba.

"Uishhh dengan mamat mat saleh mana tu? Bad?" gurau Sumayyah.

"Yup, jemputlah datang eh.." Maisarah masih melayan Sumayyah.

"Wehh.. kau serious ke main-main ni? Sumpah lah?" soal Sumayyah terkejut. Dia ingatkan Maisarah hanya bergura sahaja.

"Serious la.. Kami dah bertunang few weeks ago. Lepastu cadangnya nak nikah bulan depan since both of us dah pernah ambil kursus kahwin dekat Malaysia dulu. Ntah, kebetulan kan? So ya tunggu la kad kahwin kami ye." jelas Maisarah serius.

"Pehhhh.. Jodoh kau sampai dulu la nampaknya.." kata Sumayyah sambil menepuk lembut bahu Maisarah.

"Aku pun nak jemput gak ni. hehe" tambah Sumayyah lagi.

"Kau?" Maisarah lagi terkejut.

"Adam?" soal Maisarah lagi.

Sumayyah mengangguk perlahan.

"Balik Malaysia ni kitorang bertunang. Lepastu baru nak pergi kursus kahwin, HIV test semua tu. Bila dah settle, terus nikah lah. Nikah dulu then baru decide bila nak buat majlis." terang Sumayyah.

"Diam-diam ubi berisi eh?" perli Maisarah.

"Kau tu yang diam-diam ubi berisi. Tiba-tiba je nak kahwin apehal? Dating pun tak pernah bagitahu aku?!" Sumayyah membalas.

"We keep it secret hihi relax la." Maisarah tersengih lagi.

"Tapi en, thanks do kau plan dengan Bad pasal dinner. Kau tahu lah kan, aku ego. Nak berbaik balik pun ego. Kalau tak ada dinner tu, mungkin Adam tak akan propose aku." jawab Sumayyah sedikit kecewa apabila mengingat kembali kisah duka dia bersama Adam.

"Takpe weh.. Apa guna kawan kalau tak tolong kawan kan?" Maisarah memeluk Sumayyah.

KALAU DAH JODOH (complete)Where stories live. Discover now