Mai
*online*

Aku dah sampai ni
Kau jangan lambat

Ahhhh sabar lah
Sumayyah ajak aku buat kerja sama-sama
Kau ni potong betul la

Ah kau
Apa aku nak cakap ni lagi penting
Hidup dan mati tau

"Okay Bad. Aku pergi dulu" balas Sumayyah dan terus berlalu.

Bad berasa sangat terkilan. Dia berasa seperti terlepas satu peluang yang sangat besar.

'Apa sangatlah yang penting Mai nak cakap ni'

Fikiran Bad memutarkan soalan yang sama sejak keluar kelas tadi sehinggalah kakinya mula melangkah ke dalam perpustakaan.

''Dia ni pun bukan nak bagitahu duduk area mana.''

''Ingat library ni kecil macam sekolah dia punya ke''

"Hoi.. Kau bebel apa ha?" tegur Maisarah daripada belakang.

"Err.. mana ada apa-apa. Kau nak apa?" tanya Bad mengubah topik. Takut juga kalau Maisarah terdengar rungutannya tadi. Maisarah boleh tahan gangster juga bagi dirinya.

"Duduk la dulu. Gelojoh" marah Maisarah tanpa sebab.

Maisarah memang sering berlagak garang dan bengis apabila berhadapan dengan orang asing. Kerana dirinya bukan jenis yang suka bersosial tanpa sebab sejak dahulu lagi  Nasib sahaja Sumayyah terlebih peramah menegur dirinya dahulu, kalau tidak mungkin dia tidak mempunyai rakan sehingga kini.

"Apa yang penting sangat tu? Kan dah ada nombor aku, whatsapp jela." kata Bad yang masih terkilan kerana terpaksa menolak pelawaan Sumayyah.

"Tak boleh. Aku nak tengok dengan mata kepala aku skala kejujuran kau." balas Maisarah bersahaja.

Bad pelik. Pelbagai kemungkinan sudah bermain-main dalam kotak fikirannya. Bad memandang Maisarah berulang kali selepas Maisarah diam beberapa minit.

'Macam serius je'

"Kau suka Sumayyah?" tanya Maisarah memulakan bicara. Gayanya tak ubah seperti menyoal siasat pesalah di lokap.

"Err.. Emm.. Soalan apa kau tanya ni?" balas Bad teragak-agak dan berasa sedikit segan untuk menjawab soalan cepumas itu.

"Kau pekak ke bisu? Jawab jela" paksa Maisarah.

"Perempuan baik macam Sumayyah tu siapa je tak suka." jawab Bad menyelamatkan diri.

"Kau tak payah nak berbunga-bunga sangatlah ayat tu" balas Maisarah pula.

"Pernah keluar sama? Dating? Tengok movie? Belanja makan?" sambung Maisarah lagi dengan soalan yang bertalu-talu.

"Hmmm belanja macam setakat makanan kafe tu pernah la banyak kali. Keluar sama pulak, kalau dalam fakulti tu selalu la. Lepak buat assignment sama-sama. Luar fakulti pun pernah juga la, sekali. Kitorang pergi macam uptown dekat bandar sana. Kenapa?" jelas Bad pula

"Kau rasa dia happy dengan kau? kau rasa dia suka kau?" tanya Maisarah lagi.

"Aku tak boleh jangka sebab dia tak pernah cakap. Kau tahu jelah, Sumayyah kan? Hati keras sikit. Tapi so far kitorang lepak together, dia happy je. Dia selesa je. Nampak la perbezaan daripada awal-awal dulu dia jenis cold je dengan aku. Tapi after aku approach ajak dia keluar malam tu, kitorang makin rapat and ya, happy mungkin" balas Bad begitu yakin.

Maisarah kemudian menggeleng-gelengkan kepala. Dia tidak tahu macam mana nak berterus-terang. Dia tak nak lelaki di hadapannya itu kecewa kerana Maisarah nampak akan keikhlasan Bad semasa dia menceritakan setiap bibit-bibit kenangan dia dengan Sumayyah walaupun pada Maisarah perkara itu kelihatan kecil sahaja, tapi Bad hargai segalanya.

Maisarah buntu sekarang. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia beria sangat mahu berterus-terang dengan Bad sedangkan tugas itu sepatutnya digalas sepenuhnya oleh Sumayyah. Sumayyah yang harus jelaskan semuanya. Tapi Maisarah yang mulakan, jadi dia juga harus selesaikan perkara ini.

"Sumayyah dah bahagia dengan orang lain. Adam nama dia" kata Maisarah sambil memandang tepat ke wajah Bad seolah-olah mengalirkan semangat dan kekuatan kepada Bad untuk menerima kenyataan yang dijelaskannya itu.

Bad terdiam. Dia tidak tahu siapa Adam tetapi dia faham apa yang Maisarah ingin sampaikan.

KALAU DAH JODOH (complete)Where stories live. Discover now