TEASER : Aisyah jumpa Alia

463 6 0
                                    

🌷KERANA DIA MANUSIA BIASA🌷
Teaser versi novel ( Scene Aisyah peluk Alia)
"HAI"
"Hai...aunty." Sahut Alia lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman. "Nama saya Alia.Tapi mama panggil Lia je." Petah
"Oh, Alia namanya ya.Nama aunty, Aisyah." Ujar Aisyah sambil mengusap kepala Alia.Dari tadi dia memerhatikan tingkah anak kecil itu.Tingkah Alia yang manja dan sopan itu berjaga menarik perhatiannya.
Tanpa disedari,perlahan-lahan kakinya melangkah ke arah anak kecil yang sedang bermain buaian seorang diri.Dia tidak dapat menahan diri untuk menegur kanak-kanak itu.Bagai ada sesuatu yang menariknya untuk berbual-bual dengan Alia.
"Oh...Aunty Aisyah" ujar Alia sambil mengangukkan kepalanya.
Aisyah hanya tersenyum manis.Tangannya mengosok-gosok kepala Alia.
"Aunty buat apa kat sini?"
"Oh...aunty saja je duduk kat sini.Ambil angin." Jawab Aisyah sambil tersenyum. Senang hatinya dapat berbual dengan Alia.
"Anak aunty mana?"
Senyuman di bibir Aisyah terus mati.Lidahnya kelu.Hatinya berdebar-debar.
Tiba-tiba, tanpa diduga Aisyah menarik Alia daripada buaian lalu memeluknya erat.Serta merta air mata wanita itu tumpah.Alia terkejut.
"Puan Aisyah?" Panggil Suraya.Pelukan terlerai.Alia terus berlari ke arah Nurin Aira
Nurin Aira terus mendukung Alia yang menangis.Mungkin Alia terkejut dengan tindakan Aisyah yang mendukung dirinya secara tiba-tiba.
"Suraya?" Aisyah terus mengesat air matanya.Dia sendiri tidak faham kenapa dirinya begitu lembut dengan Alia.
"Haah...puan buat apa kat sini?" tanya Suraya.Pelik melihat isteri majikannya berada di taman permainan.
"Tak...tak buat apa-apa.Saja je saya datang sini." Jawab Aisyah sambil matanya memerhati wanita sebelah Suraya yang sedang memujuk Alia.Siapa wanita ini? Kenapa macam pernah jumpa sahaja? Tapi kat mana? Arghhh...
"Siapa ni?" Tanpa dapat ditahan,Nur Aisyah terus bertanya akan wanita yang sedang mendukung Alia itu.
Suraya mengerling ke arah Nurin Aira di sebelahnya.
"Saya Nurin Aira.Mama Alia." Beritahu Nurin Aira.Suraya hanya mengangguk.
Aisyah terkejut.Mama?
"Kenapa,puan? Alia ada buat apa-apa ke dengan puan?" Nurin Aira pelik dengan tingkah wanita di depannya.
"Em...tak...tak.Alia budak baik."
"Kenapa puan peluk Alia?" Nurin Aira bertanya.Dia bukan marah tetapi dia terkejut melihat tindakan wanita ini.Tindakannya itu telah membuatkan Alia takut dan menangis. Wanita itu bukan ada hubungan dengan mereka,tetapi kenapa berani benar wanita ini memeluk Alia.
Pertanyaan Nurin Aira benar-benar menyentap naluri Aisyah.Dia tiada jawapan untuk persoalan itu.Sungguh. Dia tidak tahu kenapa tiba-tiba sahaja dia ingin memeluk Alia.Dia terasa bahagia dan tenang apabila memeluk Alia tadi.

*Jangan lupa vote⭐️
#keranadiamanusiabiasa

KERANA DIA MANUSIA BIASAWhere stories live. Discover now