TEASER-Rahsia Tengku Shamil

1.7K 30 0
                                    

🌷KERANA DIA MANUSIA BIASA🌷
"KAU ni kan kalau bab-bab termenung bagi kat kaulah.Memang kau juara." Tengku Shamil duduk di sofa tunggal dalam biliknya itu.Nurin Aira hanya memandang lelaki itu dengan pandangan kosong.Tiada mood untuk berbual waktu itu."Takkan kau merajuk sampai tak nak turun makan tadi? Boleh pulak kau tahan rasa lapar tu."
             Nurin Aira masih lagi senyap. Tangannya bermain-main dengan telefon.
             "Oit...kau ni tak ada mulut ke? Elok sangatlah aku tanya kau senyap.Karang bisu betul-betul baru kau tahu."
             "Saya tak merajuklah.Saya memang tak lapar.Saya dah makan sebelum makan malam itu.Mama pun tengok."
             "Habis yang kau termenung macam tengah fikir masalah negara ni kenapa?"
             "Awak ni,saje je buat tak tahu kan? Kenapa awak senyap je tadi? Kenapa tak bantah keputusan mama?"
           "Aku pulak yang kau salahkan.Aku pun terkejut dengan keputusan mama.Aku nak pergi sana sebab nak tengok syarikat yang ada masalah bukannya nak pergi honeymoon. Mama tu yang memadai." Tengku Shamil menyalahkan mamanya pulak. Padahal, dalam hati dia ingin mengucapkan terima kasih kepada mama kerana membantunya. Sekurang-kurangnya dapat jugalah dia mengenali Nurin Aira dengan lebih dekat apabila mereka di sana.
              "Saya bukan nak salahkan awak tapi sekurangnya awak tu bukaklah mulut tolong backup saya.Ni tak senyap je.Entah-entah awak sendiri yang nak saya pergi kan?"
             "Kau jangan nak tuduh aku pulak.Buat apa aku nak bawa kau? Nanti tak pasal-pasal menyusahkan aku je."
               "Saya tak tahu apa yang ada kat hati awak tu.Mulut cakap lain hati kata lain."
               Tengku Shamil senyap.Macam mana Nurin Aira tahu apa yang ada dalam hatinya itu?       
               "Saya tak sanggup nak tinggalkan Alia kat sini.Kenapa mama papa tak bagi nak bawa Alia? Bukannya Danish dan Dania ikut pun.Nak bawa Alia sorang pun tak boleh. Dahlah saya tak pernah berenggang dengan dia.Kali terakhir masa dia ikut Suraya pergi hari keluarga.Tapi itu pun tak lama.Dia balik sebab saya deman."
             Tengku Shamil ketawa kecil mendengar kata-kata Nurin Aira.Dia ni buat lawak ke apa?
                "Kau ni.Benda macam ni pun tak leh fikir.Sah-sah kalau Alia ikut nanti akan ganggu kita.Sebab tu mama tak bagi ikut."
                "Awak senanglah cakap.Kalau saya deman kat sana rindukan Alia, awak nak hantar saya balik ke?"
                 "Kau kenalah belajar tinggalkan Alia itu.Kalau kau ada seminar? Kau nak bawak Alia ke? Tak kan."
                  "Awak senanglah cakap.Alia tu bukannya anak awak.Jadi awak tak rasa apa-apa. Lagipun awak tu bukannya ada anak sendiri pun.Awak tak akan rasa apa yang saya rasa." 
               Tengku Shamil tersentak apabila mendengar kata-kata Nurin Aira itu.Dia memandang Nurin Aira seketika.Hatinya tiba-tiba kembali sayu apabila teringatkan kata-kata yang baru dilontarkan oleh Nurin Aira.Nurin Aira tak tahu apa-apa.Aku tak boleh marah kat dia.Benda tu dah lama berlaku.Aku kena lupakan peristiwa itu.Aku kena redha.

#keranadiamanusiabiasa

*Jangan lupa komen dan vote⭐️

KERANA DIA MANUSIA BIASAWhere stories live. Discover now