TEASER : Kerana Jasamu

1.3K 22 2
                                    

🌷KERANA DIA MANUSIA BIASA🌷
(Versi novel)
   "Apa???" Nurin Aira terkejut.
           "Kamu jaga saja anak Kak Nora kamu tu." Ulang Mak Cik Halimah bersungguh-sungguh.
          "Mak!" Terjerit kecil Nurin Aira dengan keputusan mendadak emaknya.
           "Kan kamu cakap.Nora tu ada masalah, lepas masalah dia selesai dia ambillah balik anak dia.Bukannya kamu jaga anak dia seumur hidup."
           "Yelah, tapi tak tahu berapa lama." Rungut Nurin Aira
           "Tapi, apa yang pasti, dia akan ambil balikkan anak dia?" Tegas  suara Mak Cik Halimah.
           "Haah,"
           "Kamu jaga jelah anak dia."
           "Mak ingat senang ke anak jaga budak? Budak tu bayi lagi." Nurin Aira tidak mahu mengalah.
          "Ye mak ta..."
            Nurin Aira memotong percakapan ibunya.
          "Nak jaga budak, nak belajar lagi.Aduh! Bukan benda senang mak." Dahinya ditepuk beberapa kali.
          "Kalau Aira tak nak jaga, suruh  Nora bawa balik anak dia kat Terengganu ni.Biar mak jaga."
            "Makkk..."
           "Mak, serius ni Aira. Alah, sepanjang kamu kenal Nora, tak pernah sekalipun dia minta tolong kamu.Kamu je yang asyik menyusahkan dia.Dan lagi satu, dia pernah selamatkan nyawa kamu. Ingat tu!" Mak Cik Halimah mengingati Nurin Aira tentang perkara itu.
              "Ya, Aira ingat.Tak pernah lupa."
              "Mungkin dia betul-betul ada masalah, habis je masalah dia, dia ambillah balik anaknya. Takkanlah nak tinggalkan kat kamu sampai anak dia besar.Dia seorang ibu. Takkan tergamaknya,buat anak dia macam tu.Mak faham perasaan dia."

*Novel sudah terbit. Berminat untuk dapatkan boleh pm Makcik Karyaseni untuk pembelian. Ada dis RM 3 & free postage😍.
*Teaser versi belum edit. Andai ada typo, Jie mintak ampun🥰

#keranadiamanusiabiasa
*Jangan lupa vote⭐️

KERANA DIA MANUSIA BIASAWhere stories live. Discover now