Kerana Dia Manusia Biasa

11.9K 116 6
                                    

UPDATE 23.1.2018
KERANA DIA MANUSIA BIASA akan diadaptasi menjadi drama. InsyaAllah akan ditayangkan di tv 3 untuk slot samarinda. Lakonan emma maembong, shukri yahaya dll. Atas permintaan, saya akan update beberapa bab lagi😘 Kalau nak baca penuh boleh dapatkan novel KDMB dgn penerbit Karya Seni. Harga RM 29 😍
Selamat membaca & jangan lupa vote😀💋

Assalam semua.Ini post prtama saya di wattpad.Jadi sy akan letakkan dulu sinopsis nvel saya yang bertajuk KERANA DIA MANUSIA BIASA.
Novel ini sudah ada dipasaran dan jika berminat boleh dapatkan dikedai buku y berdekatan.Terima kasih.

SINOPSIS..
Disebabkan kesilapan orang lain,Nurin Aira terpaksa menanggung derita.Berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali bukan mudah untuk dia lalui.Apatah lagi, lelaki itu sering kali melukakan hatinya.Tapi bila teringatkan Alia iaitu anaknya dia harus cekal.. Status Alia sering kali menjadi punca pergaduhan mereka.

"Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi,paling kesian akulah.Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni.Kau anak kau sama je." -Tengku Shamil

"Walau apa pun yang awak cakap pasal Alia,Alia itu anak halal.Saya tak pernah buat kerja terkutuk tu."  - Nurin Aira

Sakit,perit itulah yang dirasakan.Tapi itulah pengorbanannya untuk menyelamat seorang insan daripada bergelar anak derhaka.Nurin Aira pasrah. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka.

Tengku Shamil tidak akan menerima wanita yang sudah menyebabkan dia kehilangan orang tersayang.Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya. Dendamnya makin membara,apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita.Itu tekadnya.

"Kau jangan risaulah,aku tak akan sentuh kau sebab nak pegang kau pun aku dah geli tau.Aku benci dengan keturunan pembunuh macam kau."-Tengku Shamil

"Kenapa awak panggil saya perempuan kotor?"-Nurin Aira

Sehebat mana dendam yang ada,Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta.Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya.

"Apa yang aku luahkan pada kau petang tadi itu memang lahir daripada hati aku sendiri.Aku ikhlas." Tengku Shamil

Ikhlaskah Nurin Aira menerima lelaki yang banyak melukakan hatinya? Saat hati mula bahagia dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang.Rumah tangganya bergoncang.

"Penipu.Kau tahu tak kau penipu.Aku dah jadi bodoh sebab percayakan kau.Ini yang kau balas kat aku.Aku punyalah sayang kau,tapi kau senang-senang curang depan aku. Kau ni perempuan jenis apa?"-Tengku Shamil

"Habis abang nak Aira buat apa? Sujud kat kaki abang,macam tu?" -Nurin Aira

Mampukah Nurin Aira menerima Tengku Shamil setelah hatinya disakiti buat kali kedua? Adakah dendam dihati Tengku Shamil akan hadir semula? Mampukah,Nurin Aira meleburkan dendam yang membara dalam diri leleki itu?

Saat mereka sudah menerima kehidupan yang sebenar terbongkar satu rahsia besar antara dia dan Tengku Shamil.Siapa sebenarnya Alia dalam kehidupan Tengku Shamil?

Siapa sebenarnya Alia dalam kehidupan Tengku Shamil?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KERANA DIA MANUSIA BIASAWhere stories live. Discover now