TEASER : Shamil hina Alia?

1.3K 23 0
                                    

Aku tengok kau macam baik tapi kenapa kau sanggup buat benda terkutuk? Kau tak kesian ke kat Alia nanti bila dia tahu kerja kau?"

"Kalau saya cakap dengan awak, banyak benda yang saya tak faham daripada faham. Apa maksud awak?" Janganlah dia bergaduh lagi dengan lelaki itu.

"Alia tu anak halal ke? Anak sebelum kahwin atau selepas kahwin?" Selamba sahaja lelaki itu melontarkan soalannya. Langsung tidak dijaga perasaan Nurin Aira.

Nurin Aira hanya tersenyum. Dalam hatinya kembali teringat kata-kata Halil. Halil menipu aku ke? Kononnya Tengku Shamil menghormati wanita. Huh... Pergi jalanlah.

"Saya tak tahu apa yang ada dalam fikiran awak itu. Tapi apa yang saya nak beritahu awak, Alia anak halal. Saya dah penat bila awak selalu nak siasat tentang status Alia itu. Saya tak tahu apa yang awak tahu tentang saya dan Alia. Tapi, tolonglah percaya. Alia, dia kecil lagi. Saya tak nak dia tertekan dengan benda macam ini."

Tengku Shamil diam. Tak tahu ingin mempercayai kata-kata penyiasatnya atau Nurin Aira sendiri.

"Awak, saya nak tidur. Tolong tutup lampu nanti." Nurin Aira terus mencapai kain batiknya lalu menyelimuti badannya. Dia tak mahu membahaskan tentang isu ini lagi.

Tersentuh hati Tengku Shamil melihat Nurin Aira tidur di atas sofa. Dia bukan lelaki kejam yang tergamak berbuat begitu kepada seorang insan yang bergelar isteri. Nurin Aira tak pernah pun melawannya malah wanita itu terima dengan hati terbuka sahaja. Hatinya seperti terpikat dengan sikap sabar Nurin Aira. Kenapa wanita sebaik ini perlu menjadi mangsanya? Nurin Aira tidak bersalah.

Ah... Kenyataan tetap kenyataan. Dia kakak kepada pembunuh Aisyah. Tengku Shamil mencapai alat kawalan jauh dan menekan punat merah. Serta-merta biliknya itu menjadi gelap-gelita. Hanya ditemani lampu di balkoni. Dia menekup mukanya dengan bantal supaya bayangan kisah lalu hilang.
.
.
*Jangan lupa komen dan vote⭐️

KERANA DIA MANUSIA BIASAWhere stories live. Discover now