TEASER-Dendam Tengku Shamil😡

1.3K 23 0
                                    

🌷KERANA DIA MANUSIA BIASA🌷
"Awak, arah kiblat kat mana?" Nurin Aira memberanikan diri bertanya.Lelaki itu masih senyap dan mata masih lagi memandangnya.
           Tengku Shamil bangun lalu mengambil sejadahnya yang disidai dan menghamparkan sejadah itu ikut arah kiblat.
          "Terima kasih"
           Tengku Shamil kembali duduk di birai katil.Hatinya berasa sakit apabila melihat wajah lembut itu.Serta merta kejadian ragut kembali terlayar di ruang matanya. Bagaimana Aisyah ditolak sehingga dilanggar kereta lain.Itu semua tidak mungkin dia lupakan sepanjang hidupnya.Hatinya sakit apabila mengingati peristiwa itu.Dia mengenggam kuat cadar katilnya.
            Kau masih nak balas dendam kepada Nazim? Tapi dia dah meninggal.Kakaknya sekarang ada depan mata kau.Kau tak rasa ke apa yang terjadi selama ini akan memudahkan kerja kau.Mudah sikit kau nak seksa hidup wanita itu.
          Lupakan semua tu.Dia sekarang isteri kau.Dia dah tolong kau.Selamatkan kau.Mujur dia nak kahwin dengan kau kalau tak pasti mama tak akan mengaku kau anak dia lagi.Kau sepatutnya ucapkan terima kasih pada dia.
          Isteri tetap isteri.Dendam tetap dendam.Mesti keluarga perempuan tu pun akan melakukan perkara yang sama jika tidak pasti mereka akan berasa malu.Jadi,tiada istilah perempuan itu selamatkan kau.Dua-dua pihak pasti nak tutup malu.Takkan kau nak lepaskan dia macam tu je.Ingat bagaimana terseksanya Aisyah,diragut,dilangar, kemudian dia koma.Takkan kau dah lupa kut?
           Kau jangan seksa dia.Ingat,tu isteri kau.Dia tanggungjawab kau.Lupakan semua dendam kau tu.Kau dah lupa ke yang Aisyah sendiri minta kau cari pengganti dia bila dia dah tak ada.
           Tengku Shamil meraup mukanya beberapa kali.Arghhh...seksanya hidup dalam keaadaan macam ni.Dendam harus dibalas.Itu pasti. Dia akan seksa hidup Nurin Aira atas kasalahan arwah adiknya Nazim Azwan yang menyebabkan kematian isterinya Aisyah.

*Novel sudah terbit. Berminat untuk dapatkan boleh pm Makcik Karyaseni untuk pembelian. Ada dis RM 3 & free postage😍.

KERANA DIA MANUSIA BIASAWhere stories live. Discover now