BAB 14

2.4K 34 0
                                    

NURIN AIRA memandang laut yang terbentang di hadapannya dengan bermacam-macam perasaan.Hatinya sangat tenang kini.Emaknya sudah menjalani pembedahan dan pembedahan itu berjaya.Ketika itu,hanya air mata yang mampu keluar sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran.

            Hatinya lega seolah apa yang dilakukan olehnya berbaloi.Emaknya ada bertanya kenapa dia dan Alia pulang menaiki bas? Tapi Nurin Aira hanya senyap.Belum sampai masanya lagi untuk bercerita tentang perkara sebenar.

           Petang ini,dia dan adik-adiknya ke pantai  di Lagun Kuala Ibai.Alia yang beria-ria ingin ke pantai.Emaknya dijaga oleh adik lelakinya Nazim Azwan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.Hanya menunggu masa sahaja untuk dibawa pulang.

            "Kakak" panggil Aima pantas melabuhkan punggungnya di sebelah kakaknya.Dia meninggalkan Aiza yang sedang bermain dengan Alia.

            "Ada apa?" Nurin Aira tersenyum manis melihat adik ketiganya sambil mengesat peluh di dahi gadis itu.

          Aima diam.Matanya masih leka melihat gelagat Alia yang masih bermain kejar-kejaran dengan Aiza.Dia ingin bertanyakan sesuatu tetapi takut kakak sulungnya marah.Semenjak kakaknya pulang beberapa hari lepas,Mak Cik Hasnah tidak habis-habis mahu mengfitnah kakaknya lagi.Kakaknya dikatakan mengandung anak luar nikah iaitu Alia. Emaknya sudah menceritakan perkara sebenar tetapi cerita itu dikatakan rekaan semata-mata.

           "Aima nak tanya pasal Alia ke?" Nurin Aira meneka.

          Lambat-lambat Aima mengangguk.

          "Huh...akak kalau boleh tak nak dengar dah cerita pasal Alia ni.Akak tak kisah orang nak cakap apa? Janji akak tahu siapa Alia." Nurin Aira meluahkan perasaanya.Dia sangat sayangkan Alia.Sampai ingin meninggalkan Alia kepada Suraya pun tidak tak sanggup.

          "Kak Nora mana kak?"

          Tersentap seketika dia mendengar nama itu.Terus terang, jika Kak Nora ingin mengambil Alia daripadanya, dia tidak akan benarkan.Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan Alia.

          Nurin Aira tersenyum sinis.

        "Entah,akak pun tak tahu.Masalah dia tak selesai lagi kut.Lepas dia serah Alia kat akak,akak dah tak dengar apa-apa berita pasal dia.Entah-entah dia dah tak ingat kat anak dia."

        "Akak tak tahu dia pergi mana?"

        "Tak"

          "Akak,apa kata kita pergi rumah keluarga Kak Nora.Akak mesti kenalkan. Alah, bukannya jauh sangat.Kat Bukit Payung je.Mesti keluarga dia tahu kat mana dia sekarang,"

           Nurin Aira tersenyum.Betul juga idea Aima tu.Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Wajahnya kembali muram.

          "Kenapa kak,"

          "Akak tak boleh pergi.Akak dah janji dengan Kak Nora" lirik Nurin Aira bersuara.

          "Janji apa?"

          Nurin Aira memandang wajah  Nurin Aima.Dia lebih rapat dengan Aima berbanding Aiza.

           "Akak tak boleh pergi rumah keluarga dia.Keluarga Kak Nora juga tak boleh tahu tentang kewujudan Alia.Lagipun,keluarga dia kan dah berhijarah ke Melaka.Mak Kak Nora kena tukar kat sana.Mak dia kan cikgu."

            "Apa" hampir terjengil biji matanya.Jadi selama ini keluarga Kak Nora tak tahu tentang Alia?

          "Jadilah,Aima.Tak payahlah cakap benda ini.Kak Nora kalau sayang kat anak dia, pandai-pandailah dia cari akak balik.Pergi panggil Aiza dan Alia.Kita balik.Nanti nak pergi tengok mak lagi," suruh Nurin Aira lalu dia bangun.Dia menyapu-yapu pasir pantai yang melekat di skirt labuh berwarna coklat yang dipakainya.

KERANA DIA MANUSIA BIASAWhere stories live. Discover now