TEASER : Janji Shamil

1.2K 17 0
                                    

🌷KERANA DIA MANUSIA BIASA🌷
"Abang..."Aisyah memanggil lembut setelah keadaannya kembali stabil.Dia perlu menyatakan sesuatu kepada Tengku Shamil.Dia perlu kuat.
"Ya,sayang."
"Abang tolong berjanji dengan Sya.Apa-apa yang akan berlaku pada Sya nanti abang akan terima dengan redha,Syy....Abang janji ya dengan Sya,"Aisyah menghalang Tengku Shamil yang ingin memotong percakapanya itu.
Tengku Shamil diam.
"Abang,tolonglah,janji dengan Sya."
"Kenapa Sya cakap macam ni? Sya nak tinggalkan abang ke? Dah tak sayang abang lagi ke?" Bertalu-talu soalan Tengku Shamil.
Aisyah hanya tersenyum.Dia perlu pandai mengawal perasaannya ketika ini. Tengku Shamil dalam keadaan emosi.
"Abang...tolong ya, Demi Sya.Abang kena terima dengan redha apa pun yang akan berlaku. Sya tak nak abang berdendam."
Tengku Shamil mula tidak sedap hati.Mata Aisyah mula dipenuhi oleh air mata.
"Okey, abang janji." Tengku Shamil melafazkan dalam keadaan terpaksa. Terasa berat hatinya untuk melafazkan ucapan itu.Tapi,demi Aisyah dia sanggup.
Aisyah mengukirkan senyuman di bibirnya.Lega hatinya mendengar kata-kata suami tersayang."Abang,ada lagi satu Sya nak abang berjanji dengan Sya.Ini yang paling penting,dan Sya harap sangat abang mampu tunaikan."
Tengku Shamil mula tidak senang duduk.Dia dapat rasakan yang permintaan Aisyah kali ini agak keterlaluan dan berat.
"Abang,kalau Sya dah tiada nanti.Abang...dengar dulu apa yang Sya nak cakap," Aisyah menegur suaminya yang ingin memintas percakapnya. "Abang akan cari penganti Sya, ya.Wanita yang boleh menjaga abang.Wanita yang akan abang cintai sepenuh hati abang. Seperti abang cintakan Sya,"
Tengku Shamil sangat terkejut dengan kata-kata Aisyah. Tak menyangka yang Aisyah sanggup berkata sebegitu.Tengku Shamil terus bangun dan meninggalkan wanita itu sendirian. Dia malas mahu melayan percakapan Aisyah.Semakin mengarut.
Aisyah bingkas bangun.Dia berlari mengejar langkah suaminya.
"Abang...abang." Aisyah memanggil kuat suaminya.Tangannya sempat memaut tangan lelaki itu.Tetapi ditepis oleh Tengku Shamil.
Aisyah menghentikan langkah.Tiba-tiba,dia kecil hati dengan tindakan suaminya. Sungguh,dia ingin mendengar daripada mulut suaminya sendiri yang akan mencari mengganti dirinya.
Tengku Shamil memperlahankan langkahnya.Dia memusingkan badan untuk melihat Aisyah.Dia pelik kenapa Aisyah tidak mengejar dirinya? Tidak inginkah wanita itu memujuk dirinya?
Alangkah terkejutnya dia melihat Aisyah duduk atas pasir putih sambil menangis teresak-esak.Pantas dia berlari menuju ke arah Aisyah tanpa mempedulikan mata-mata yang sedang memerhatikan mereka.
Aisyah terus mencapai tangan kasar suaminya.Dicium tangan itu berkali-kali sambil menangis teresak-esak.
"Abang tolong janji dengan Sya. Abang akan terima dengan redha kalau apa-apa yang akan berlaku pada Sya.Abang akan mencari pengganti Sya.Abang akan mencintai wanita itu sepenuh hati abang,seperti abang cintakan Sya.Abang...tolong bang.Janji dengan Sya." Lirih suara itu memohon.Air mata Aisyah sudah lebat membasahi pipinya.
Lidah Tengku Shamil kelu.Permintaan itu sangat berat untuk dirinya penuhi.

Permintaan itu sangat berat untuk dirinya penuhi

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

#keranadiamanusiabiasa
*Jangan lupa vote ⭐️

KERANA DIA MANUSIA BIASATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang