HF : 20

6.9K 256 0
                                    


Mama memeluk tubuhku kejap bagai taknak lepaskan aku. Dicium pipiku berkali kali. Aku pun redha jelah.

"Hati hati eh Alissa, Noah. Noah, kamu jangan nak buat benda pelik pelik eh dekat sana. Nanti mama call Alissa, dia cakap kami merapu masa tu juga mama tempah tiket balik Malaysia." Mama memberi amaran kepada Noah kerana dia tau anaknya tu bukannya boleh pakai sangat. Ada kemungkinan dia tinggal aku kat situ sorang sorang.

"Mama jangan risau. Al takkan bagi Noah buli Al." Aku ketawa kecil. Walaupun Noah statik berdiri disebelah aku, aku buat bodoh je pada dia. Aku masih bengang dengan hal semalam.

"Eh takpe sayang nanti I kacau you." Kata Noah dengan muka miangnya.

Aku? Aku pandang muka dia pun tak. Masih melihat sekeliling KLIA yang mula ramai orang. Lantak kau lah anak Halim, kau cakap lah sorang sorang. Tak hingin aku nak beramah mesra dengan miang sebelah aku ni!

Flight pukul 10 tapi pukul 7 mama dah gerak ke KLIA. Dia kata baik cepat dari lambat. Masalahnya awal 3 jam kot. Entahlah sebenarnya ni kali pertama aku naik kapal terbang. Walaupun sebelum ni, banyak kali arwah mama ajak ayah naik kapal terbang.

Tiba tiba aku rasa macam nak mesej ayah walaupun sebelum sebelum ni dia message aku, aku tak balas pun.

Ayah
Salam ayah, ni Al. Al tengah otw nak naik flight pergi London.

Tujuan aku mesej dia bukan apa, cuma nak bagitau je. Tak lama selepas itu mesej aku dibalas.

Ok Al. Have a safe flight. Ayah sayang kamu.

Aku menyimpan kembali talefon dan melangkah ke Starbucks. Luggage dekat Noah sebab aku suruh dia check inkan beg. Kisah apa aku.

"Give me iced americano and a croissant."

"That will be RM 15, miss." Balas pekerja itu.

Setelah memberi duit aku ke meja dan duduk.

"Alissa!" Panggil pekerja tadi.

Aku bangun dan ke kaunter kembali. Tray diambil dan aku jalan ke meja.

"Hey you pergi mana tadi Al? I cari you merata tau?" Tiba tiba kedengaran suara Noah.

Tapi aku tak berapa nak dengar sebab suasana KLIA bising yang amat dan aku berjalan dengan muka bodoh.

"Anith Alissa! I tengah cakap dengan you!" Noah menarik bahuku membuatkan aku hilang imbangan dan tray terjatuh.

Habis croissant dan iced americano yang aku baru beli tadi. Aku pandang sekeliling dan semua mata melihat aku dan Noah bergaduh di tengah tengah Starbucks ini.

Kemarah aku tak boleh dibendung.

"You piece of scum!" Aku tengking Noah.

Muka Noah yang selamba itu aku tenung dengan riak marah. Terbang RM 15 aku!

"Alah 15 ringgit je. I boleh beli sepuluh lah!" Katanya dan ke kaunter memesan makanan aku.

Dengan rasa bengang aku menapak ke tempatku kembali. Kurang ajar punya jantan! Kenapa aku masih bergaduh dengan dia? Ni semua pasal semalam dia sanggup bawa aku ke Sunway Piramid semata mata nak tengok makwe dia jalan atas pentas jadi 'model' terngiang kembali apa yang aku dan Noah cakap semalam.


"ALISSA TUNGGULAH I!" Jerit Noah seraya merentap tangan kananku.

"Apa masalah you ni? You ajak I datang sini untuk apa? You nak sakitkan hati I jeke?!" Balasku kembali. Suasana di basement yang sunyi itu membuatkan suara aku bergema. Aku bengang betul dengan mamat ni, sanggup dia paksa aku balik dengan dia dari rumah mummy semata mata dia nak tengok makwe dia atas pentas tu? Dia ingat aku ni mainan Nintendo Switch dia ke?

"Alissa, I'm sorry ok. Bagilah I explain please." Dia meraih tangan kiri ku pula.

Tanpa sebarang kata aku merentap kedua belah tanganku dan mengundur. Aku taknak balik dengan dia!

"Noah you kalau nak dengan Wardina I tak kisah tau tak? We had a deal kan. Tapi what's the point you bawa I pergi sini?" Suaraku mengundur.

"Dahlah Noah I nak balik sendiri." Aku memusingkan badan dan berjalan menghala ke pintu masuk balik.

Derapan langkah yang laju itu kedengaran kuat dengan suasana yang sunyi ini.

"Al dengarlah apa yang I nak explain ni!" Suaranya berubah kasar.

Aku gelak sinis. "Wow sekarang ni you nak marah I pula? Tak sedar diri ke you ni? Bawak isteri you datang sini?! Walaupun I tak suka you, you tu siapa nak buat I ni macam mainan?!"

Noah mengeluh dan mengundur dariku.

"Well Alissa. Kalau itu yang you nak. I bagi you balik sendiri. Jumpa dekat rumah nanti." Noah berdecit dan mengeluarkan kunci keretanya.

Aku masuk kembali ke Sunway Piramid tapi aku terdengar bunyi derapan kasut. Kuat tapi tak berapa kuat? Macam bunyi kasut tinggi pun ada. Tapi aku buat bodoh je dan masuk ke lif.

Bodoh punya Noah! Aku ingatkan dia nak pujuk aku sekali dia biarkan je aku? Kurang ajar betul! Yang paling tak patut ialah mangkuk ayun tu boleh bawa aku pergi sini teman dia tengok makwe dia menggelek kat pentas? Dasar jantan tak guna!

Sedang aku membebel seorang diri, aku rasa aku seperti diikut dari belakang. Walaupun aku cuba nak hilangkan rasa ni tapi perasaan tu kuat mencengkam.

Aku jalan setapak, aku rasa diikut. Aku jalan dua tapak, dia jalan dua tapak. Dengan secebis keberanian yang aku ada aku pusing belakang dengan perlahan.

Aik? Takde siapa pun?

"Hello? Anyone there?" Kataku. Aku sedang jalan di kawasan Asian Street dan suasana amat senyap dan kelam. Sebab kedai semua dah tutup.

Aku sedang cuma menutup rasa gagap dengan berjalan laju dan tangan menaip alamat di app Grab. Aku nak kalau boleh aku sampai je kat pintu driver tu dah ada.

Malang tak berbau, aku tersadung. Fuck! Aku dengar derapan kaki menghala aku dan aku lantas bangun menuju ke escalator.

Nasib baiklah plan aku nak driver tu sampi di depan tepat masanya menjadi. Tanpa sebaranf kata aku masuk ke kereta Produa Myvi itu.

"Cepat bang! Cepat." Aku menggesa pemandu itu. Pemandu tu blur kejap namun tetap menekan minyak.

Tepat pukul 11.30 malam aku sampai ke rumah dan aku terus masuk ke bilik tanpa bertegur dengan Noah yang sedang menonton tv di ruang tamu bilik.

"Dah balik?" Soalnya sambil mengunyah kerepek pisang dalam mulut.

Aku menggumam tanda ya lalu terus ke katil dan tidur tanpa menukar baju terlebih dulu.

LAMUNANKU terhenti apabila terdengar announcement flight aku. Gate 12, iaitu gate yang aku akan pergi dah dibuka.

Tanpa menunggu Noah aku lantas mengambil beg tangan dan keluar dari Starbucks.

"Hey wait for me."

Aku dan dia masuk melalui gate 12 dan apabila sampai ke kapal terbang, kami disapa oleh seorang pramugari yang serius cantik haha.

"Welcome." Dia menyapa dan menunduk.

Kami menuju ke seat dan aku dapat rasakan ini akan menjadi percutian yang paling lama aku akan hadapi. Oof!


Hi guys. Sorry lama dah menyepi 😂 adalah dalam seminggu juga lol sorry. I semalam nak update tapi idea kering gila and on top of that i busy tengok produce x 101. Tbh tak berapa nak satisfied dengan the line up but its ok walaupun Yuvin, Jinhyuk and Yunseong takde 😭 #teamyuvin🤣

So vote guys! Thanks for 4.6k views and 122 votes! Jom kita up to 130!! ❤️❤️

Her Fate | COMPLETEDWhere stories live. Discover now