HF : 10

7.8K 296 10
                                    

Jari aku yang terhias inai itu aku tenung dalam dalam. Aku masih tak percaya benda yang jadi padaku. Bukan! Bukan tak percaya! Aku memang taknak percaya benda ni jadi? Aku nak lari! Lari dari hidup aku sekarang! Tapi kemana aku mahu lari? Dibuang keluarga, dikutip tepi jalan, mustahil aku tak bersyukur. Tapi kenapa benda tak baik selalu jadi pada aku?

Aku menyembamkan muka aku ke bantal peluk Doraemon aku menghamburkan tangis. Talefon aku yang sedari tadi berbunyi aku ambil dan dibaca notification.

@safinasass : congratulations for your marriage! Mohon sampai ke jannah hehe!
@noahaikal : welcome adik ipar! 🤪
@laurakim : congrats beb! Buat anak banyak banyak eh!
@sofeahaniiee : al! Congrats doo!!!

Bila dibaca message yang flooding Instagram aku membuatkan aku menangis. Aku sebenarnya menunggu message daripada Adam. Aku nampak riak mukanya tadi yang kecewa dan sedih. Mahu saja aku memeluknya tapi aku tak mampu. Memang aku sayangkan dia lebih daripada seorang kawan tapi entahlah. Aku pun keliru dengan perasaan aku.

Sedang aku melayan perasaan, pintu bilikku dibuka perlahan. Berkeriuk bunyinya. Aku bangkit dari pembaringan dan memandang pintu. Secara automatik perasaan marah yang tadi surut mencanak naik. Bantal Doraemon dikatil aku, aku balinh padanya.

"You nak apa? Kau keluar sekarang! I don't want to see your face, Noah!" Aku memang benci menatap wajah yang membuatkan masa depan aku gelap balik.

"Hey jangan marah I ok." Riak selambanya ditayang. Makin bencilah aku pada dia.

Aku terus bangkit dari duduk dan menentang matanya. "You kata apa? Jangan marah you? Macam I tak tau ke? Ni semua plan you nak perangkap I kan? Apa yang I dah buat pada you? Masa depan I dah gelap sebab you tahu?" Suaraku yang tadi meninggi mula mengendur sedikit. Aku rasa sakit sangat.

"Look I'm sorry for everything i did. But trust me perkahwinan ni bukan kehendak I. Lagipun I dah ada Wardina and I love her." Kenyataan yang keluar dari mulutnya membuatkan aku rasa macam nak mati.

"You sayang Wardina then why you terima cadangan mak you tu?" Suaraku turut sama naik. Bukan aku tak tau, ibunya, Puan Sri Maria yang mengusulkan aku berkahwin dengan anak gilanya itu. Mummy yang serba salah pun terima aje. Bila mummy dah terima, apa choice yang aku ada? Aku meramas rambutku sehingga serabut. Kepala aku dah semak dengan masalah ini! Aku pandang Noah yang selamba menanggalkan bajunya memperlihatkan badannya yang aum.

Menipulah kalau aku kata aku tak tergoyah tapi aku sekarang benci dia! Dan itu sahaja! "Yang you ni kenapa nak tukar baju depan I? Takde bilik air ke?"

Dia ketawa kecil. "Kenapa Al? You tergoda ke?"

Aku mendengus lalu ke katil dan menyelimutkan badan dengan gebar. "Hmph! Memang taklah jijik je I tengok. Dah I nak tidur! You tidur tempat lain! Jangan you berangan nak tidur dengan I." Sehabis aku berkata aku terus melelapkan mata tapi aku tak tidur pun.

Perlahan lahan aku rasa katil diduduki seseorang dan perlahan Noah mengusap usap ubun ubunku. "Al, I'm sorry tapi for now I can only be your friend. Because I still love Wardina. I'm sorry." Selesai dia berkata kata terus dia bangkit dan ke bilik air.

Terkebil kebil aku bila terdengar apa yang dia kata tadi. Tolonglah Noah! Aku takkan sesekali jatuh hati pada kau! Aku nak Adam bukan kau! Tekad hatiku dan aku cuba untuk melelapkan mataku tapi aku memang tak boleh. Aku bangun dari perbaringan dan berubah kedudukan. Aku berteleku diatas katil. Aku teringat tentang arwah mama aku.

Mama. Mama meninggal semasa aku 15 tahun. Waktu tu, kami berdua tengah beli barang dapur dekat Tesco, aku tengah seronok dengan aiskrim ditangan. Tanpa aku sedari ada sebuah lori pasir yang dipandu laju. Mama terkorban apabila menolak aku ketepi jalan dan mama tak sempat nak berlari ke sebelah jalan bersamaku. Sehingga sekarang aku masih ingat bagaimana muka pemandu lori itu dan laju meninggalkan tempat kejadian.

Mama dan aku memang rapat. Ayah pun memang rapat dengan aku. Tapi semuanya berubah selepas mama meninggal dunia. Ayah kahwin dengan aunty Firza tak lama selepas mama meninggal. Mana aku tak marah! Aunty Firza pun lepas kahwin dengan ayah, apa entah dihasutnya ayah tu sampai aku dengan dia bagaikan strangers dah tak bertegur sapa.

Kak Airis pulak, dia cuma anak Ayah sebelum ayah kahwin dengan mama dan adanya aku. Kiranya Airis tu kakak tiri akulah lebih kurang. Ayah, dah lama aku tak jumpa dia tup tup dia muncul di hari perkahwinan aku dengan Noah tadi. Kali terakhir aku jumpa dia ialah masa mummy, daddy dan dia bincang pasal wedding aku. Firza dan Airis pun ada namun aku tak endahkan mereka. Walaupun dari jauh aku nampak muka si witch nama Firza tu macam jealous dengan aku. Yalah, kena halau lepastu kahwin dengan anak billionaire pula.

Aku sebenarnya musykil apa sebenarnya yang membuatkan Ayah menghalau aku dari rumag dulu? Aku keluar dengan jantan? Jantan mana? Hilman ke? Aku pun takde jawapannya. Tadi pun mereka hadir sebab aku jemput diorang. Adalah si Hilman tu tanya siapa Sofea. Memang kena tunjal terus dengan aku.

Adam, aku rindukan dia. Ya! Perasaan aku pada dia bukan sekadar kawan. Aku dah mula sayangkan dia kerana dia selalu ada untuk aku. Bukan macam makhluk nama Noah ni! Buat sakit hati aku je! Walaupun ramai tadi yang datang, tak semua yang tahu aku dah berkahwin dengan Noah selain kawan Noah dan kawan kawan aku serta keluarga kami berdua.

Sedar tak sedar dalam 2 jam jugalah aku termenung sendirian. Noah pun tak sampai sampai lagi. Dah pukul 1 pagi kot. Ish dahlah Al! Biarkan je dia memadu kasih dengan Wardina tak betul tu!

TEPAT jam 8 pagi, aku bangun dari tidur dan terus mengemas katil. Noah? Semestinya dia tak balik dari malam tadi. Lantaklah mamat tu nak pergi mana sekalipun! Baru kahwin dah tinggal aku sorang sorang! Kurang ajar betul.

Tanpa mandi, aku turun ke bawah untuk makan. Malam ni ada majlis resepsi belah lelaki di Golden Palace Hotel tapi majlis tertutup dan tak ramai yang dijemput. Kerusi ditolak dan pandangan Julia pada aku tidak dihiraukan.

Mihun goreng itu disuap perlahan. "Mana Noah?" Tanya mummy.

Aku sekadar menjongketkan bahu. "Malam tadi dia keluar and tak balik sampai sekarang."

Wajah daddy dan mummy berubah namun disorok. Aku rasa dia tau Noah ke mana semalam. Ah! Malaslah aku nak hairan apa apa.

"Mummy, daddy, nanti Al nak pergi kubur arwah mama Al." Ujarku.

Mummy dan daddy sekadar mengangguk. "Takpe mummy, daddy, nanti Ju hantarkan Al." Julia menawarkan diri untuk menghantarku.

Siap makan, aku naik dan bersiap memakai jubah hitam serta selendang hitam yang aku selimpang malas. Tak lupa juga senaskah Yasin. Baru sahaja aku mahu keluar, pintu dikuak dari luar. Terjengul kepala Noah. Dia masuk ke bilik.

"You nak pergi mana?" Tegurnya.

"Kubur." Jawabku pendek. Beg tangan kecil serta talefon kuambil.

"Buat apa?" Dia masih berminat nak bercakap dengan aku walaupun aku memang malas nak layan makhluk halus tu.

"Mestilah melawat kubur takkan nak memancing pula!" Aku menyindir dan mahu berlalu.

Tanganku direntap Noah dan aku terjerit sakit."Apa you ni Noah?! Sakitlah!"

"You jawab serius boleh tak? I tanya elok elokkan? You pergi kubur nak buat apa?"

"Lepaskan I Noah! I nak pergi melawat arwah mama I lah!"

Tanganku yang direntap tadi dirungkaikan. "I ikut." Jawabnya pendek dan mengambil hoodie yang dipakai tadi lalu dipakai balik.

"Eh siapa suruh you ikut?"

"Nobody." Dia menarik tanganku keluar dan masuk ke kereta Julia. Julia memandang aku dengan wajah keliru dan aku hanya menjulingkan mata keatas tanda menyampah. Perlahan Mini Cooper Julia keluar dari perkarangan rumah dan menghala ke tanah perkuburan islam Klang.

Thanks guys for almost 1k reads! Even cerita ni bosan and kind of all over the place, yall still baca 😂😂 thanks alot!! Vote okey❤️🤣- starrgalaa

Her Fate | COMPLETEDWhere stories live. Discover now