HF : 38

6K 263 22
                                    




"Alissa!" Jerit Noah dari luar rumah. Dia masuk berlari dan memeluk aku.

"Lepaslah Noah! Eeii you dahlah basah, lepastu nak peluk peluk pula." Gumamku. Senak aku rasa Noah peluk aku.

"Ala, sikit aje. Tadi I cuci kereta papa. Ni, I nak cakap I baru dapat surat yang I diterima masuk LSE. Al! I dapat masuk LSE!" Noah menjerit ditelingaku.

Aku menolak mukanya jauh dariku. Mahu pekak aku dengar si Noah ni jerit ditelinga aku. "Yelah! Tak payah nak jerit dekat telinga I!"

Noah ketawa. "I ada lagi 1 berita!"

"Apa dia?" Aku malas nak dengar dan khusyuk tengok tv.

"You pun dapat!" Surat dilayangkan dihadapan aku.

Aku terpana. Aku pun dapat masuk LSE? Seingatnya aku tak apply. Mataku mencerlung ke Noah, "You applykan untuk I eh?"

Noah mengangguk. "Haah."

Aku memukul bahu Noah. "You ni kan! Kalau I pergi LSE siapa nak jaga anak kita ni?"

"Alah, hantar nurserylah." Selamba balasan Noah.

"Apa apalah you ni. Nanti I fikirkan I nak ikut you ke LSE ke tak. I nak masuk lambat setahun lepastu I nak masuk Sunway College. Bukan LSE."

"Ikut I please?" Noah memujuk aku dan memeluk aku ketat.

Aku ketawa kecil. "Tengoklah macam mana eh?"











PERUT aku rasa sakit semacam dan aku rasa nak sesak nafas. Rasa nak terberanak pun ada. Aku mengejutkan Noah disebelah dan menggoncang tubuhnya.

"Noah, bangun. I... I rasa nak terberanak." Aku menahan sakit dan cuba bangun dari perbaringan.

"Hah?" Jawab Noah lalu dia tidur balik. Aku menggoncang lagi badan Noah.

"Noah! Wake up! I nak terberanak ni!"

Noah mencelikkan matanya dan ternganga. "Beranak? You baru 7 bulan kan?"

"Yelah! Mana I tau!" Aku bangun dan kami berdua bergegas turun. Noah memghidupkan kereta dan menderu keluar dari perkarangan rumah.











"PUSH LAGI." Kata doktor perempuan itu kepada aku. Aku mengeluh kuat dan menolak lagi sekuat hati aku.

Sampai sahaja kami di bahagian kecemasan hospital, aku dimasukkan ke wad bersalin, aku pun tak faham apa yang sedang jadi sebab kandungan aku masih 7 bulan.

"Argh!" Jeritku sekuat hati.

Noah disebelah aku tak habis suruh aku kuat dan bertahan. Aku tak tau aku mampu ke tak dengan situasi macam ni. Aku sejujurnya rasa nyawa aku bagai dihujung tanduk.

"Push lagi. Dah nampak kepala." Kata doktor itu lagi.

Lagi sekali aku meraung lalu mengumpul segala tenaga dan menolak sekuat hati dan ruangan wad bergema tangisan bayi. Akhirnya. Air mataku tumpah sebaik sahaja aku menghembuskan nafas aku. Aku memandang Noah dan dia mencium pipi aku.

"Thanks sayang." Penuh syahdu dia berucap.

Aku tersenyum lega. Tiba tiba aku rasa pening dan pandanganku berbalam. Mungkin ini hari terakhir aku pergi. Gamaknya.

"Noah, I tak rasa I akan bertahan. Jaga anak kita ya?"

"Alissa! You jangan main main! Al? Al!" Noah menjerit dan aku nampak dia dihalau keluar oleh doktor.

Her Fate | COMPLETEDWhere stories live. Discover now