HF : 13

6.6K 262 0
                                    


Mataku mula mengantuk yang amat aku lihat Noah disebelah dah 5 kali menguap. "Mengantuknya." Dia berkata perlahan. Kami berdua masih bertapa dekat butik pengantin ni dari pukul 10 pagi tadi dan sekarang dah pukul 4 petang.

Mummy dan Julia masih berunding dengan wedding planner untuk majlis aku. Sebenarnya aku kalau boleh nak simple je yelah aku bukan nak pun kahwin dengan lunatic sebelah aku ni pun.

Aku pandang Noah yang dah tersengguk dari tadi. "Mummy, kak Julia, dah lama sangat dah kita duduk sini, taknak balik ke?" Aku soal.

"Bukan mummy taknak balik tapi takde design lawalah Anith." Mummy memuncung dan duduk disebelah aku.

"Noah dah separuh mampus dah tu. At least bagilah kitorang keluar makan dulu ke?" Aku berbisik ditelinga mummy.

Mummy berfikir sejenak dan menghela nafas ringan lalu mengangguk. "Ok fine."

Aku pun mengejut Noah untuk keluar dari butik seketika dan makan. "Nanti kalau mummy nak balik, just call me I'll tell Noah to drop me here." Pesanku. Mummy hanya mengangguk.

Kami berdua keluar dan masuk kereta menuju ke One Utama yang terletak dalam 10 minit memandu.

Suasana sepi membuatkan aku tak berapa selesa. "So uhm how's Wardina?" Soalku tiba tiba. Punat radio ditekan berkumbang lagu Bad Guy nyanyian Billie Eilish

Noah sedikit tersentak. "Em. Dia okey. Kenapa?"

"You ada bagitau ke pasal kita?" Soalku perlahan.

Noah menggeleng. "I tak tau bila. I tak nak bagitau dia pun. Since this is kinda temporary." Suaranya mengendur di ayat terakhirnya.

Aku tersentak dan senyuman pahit diberi. Entahlah aku sendiri keliru dengan perasaan aku sendiri. Apabila sampai, kami menuju ke Kyochon yang berdekatan dengan Texas Chicken.

Walaupun mulutku mengunyah, pemikiran aku masih teringat kata kata Noah tadi.

"Since this is kinda temporary."

"Kenapa tak makan?" Kata Noah menyedarkan aku dari lamunan aku.

Aku menggeleng dan tersenyum pahit.

"So lepas our wedding kita duduk mana?" Aku soal.

Noah berfikir sejenak. "I pun tak sure lagi. Kemungkinan duduk dengan mama I."

Sebut mamanya, aku teringat aku baru berjumpa dengan ibunya sekali sahaja. Tak silap aku mamanya itulah yang memberikan idea supaya aku berkahwin dengan lunatic ni. Macam manalah rupa dia eh?

HARI WEDDING

"Weh kau rasa betul ke keputusan aku ni?" Gusar aku tanya pada Lydia yang khusyuk makeup kan muka aku.

"Apa ni Al? Jangan tanya benda macam tu boleh?" Ujar Laura di hujung katil. Tangannya sibuk mengemaskan gubahan hantaran sebanyak 3 dulang itu.

Aku mengeluh. "Takdelah, aku cuma entah, aku rindu Adam weh." Kataku perlahan.

"Adam dekat luar, dia wakil keluarga Noah. Dia redha kau kahwin dengan kawan baik dia." Kata Sofea pula.

"Aku tak tau kenapa mak dia ngan parents aku sibuk nak kahwin kan aku dengan dia. Padahal dia dengan Wardina is like the couple of the century." Sinis aku berkata.

Kepalaku diketuk oleh Lydia dengan berus makeup ditangannya. "Kau ni kan Al! Cakap tu biar cover sikit boleh tak?" Kata Lydia geram.

Setelah siap makeup, kami berempat keluar dan menuju ke ruang tamu. Dimana aku akan bernikah dengan, Noah. Aku lihat ayah pun berada di sebelah Noah. Dan dia berseorangan.

Huluran tangan tok kadi disambut oleh Noah dan kata kata keramat itu akhirnya keluar dari bibir Noah.

"Aku terima nikahnya, Anith Alissa binti Amiruddin dengan mas kahwinnya 1000 ringgit tunai." Suasana hening seketika dan tiba tiba air mataku jatuh ke pipi.

Aku dah jadi milik Noah. Milik Noah. Kata kata itu bagikan berputar dalam kepalaku.

"Anith. Noah tu nak sarung cincin." Mummy menghentikan lamunanku dan aku kembali menghadap Noah. Tangan kiri aku dihulur dan sebentuk cincin bertahtah berlian sebanyak 3 biji terhias jariku.

"Salam." Kata mummy dan aku hanya mengikut. Noah membalas dengan mencium dahi aku.

"Jangan nangis." Bisiknya perlahan.

Suaranya bagaikan memberi aku ketengangan dan aku tenang balik. Aku lihat di bahagian kiri ruang tamu, Aizat, Adam dan Joshua yang segak memakai baju melayu. Aku tak berapa kenal dengan Joshua sebab aku dengan dia tak pernah bercakap. Mungkin kerana dia kelas lain, ambil science + accountings.

Selesai majlis akad nikah, kami berdua naik ke atas untuk bersiap kerana malam tu kami ada majlis resepsi belah aku yang hanya dibuat di rumah dan tak ramai yang dijemput selain kawan kawanku, kawan Noah, ayah aku serta keluarga Noah.

Aku duduk di birai katil dan membuka bobby pins yang ketat tersemat di rambut aku. Perlahan aku cabut satu persatu pin dan membuatkan aku rasa bebas. Takdelah macam kena tarik rambut! Dari hujung mata aku lihat Noah baru keluar dari bilik walk in closet aku.

"Al, we have to talk." Katanya berjalan kearah ku.

Aku menjongketkan kening tanda, 'apa?'

"Nanti lepas majlis kita tidur rumah ni tapi isnin balik sekolah kita pindah rumah mama."

Aku tersentak. "Kenapa you nak buat keputusan tak tanya I apa apa?" Keras suara aku bertanya.

"Tak sekarang kenapa you nak marah I? Benda betul kot? Takkan I nak duduk dekat rumah ni?" Suaranya seakan terkejut mendengar suara keras aku.

"Tell me one reason kenapa I nak kena duduk dekat rumah you? Kenapa? So that you can go on dates with Wardina easily?"

"You ni kenapa?! Asyik Wardina, Wardina, Wardina. Memanglah I akan go on dates dengan dia, dia girlfriend I. At least kalau I keluar, you're safe with mama. Tu je." Suaranya mengendur.

"Noah, kalau you nak express sayang you pada Wardina, jangan depan I  boleh? I ni isteri you tau tak? Walaupun hubungan kita macam ni, it doesn't mean I don't have feelings Noah!"

Dia ketawa sinis. "Baru sekarang you nak bagitau yang you tu isteri I? Since when? And you know what, lepas ni kalau you nak ada hubungan dengan Adam pun I tak kisahlah!" Terus Noah meluru keluar dari bilik dan pintu dihempas kuat.

Setelah itu, aku tertidur dan sedar apabila Julia mengetuk pintu bilik aku supaya aku bersedia. Sungguh hati aku dah lama mati dengan benda macam ni. Malam tu kalau boleh aku memang taknak pandang langsung Noah. Dia pun macam nak avoid aku. Eleh kau! Kisah apa aku!

Hi guys, dah lama tak update 😂 sorry if the chronology doesn't really make sense sebab cerita ni takde perancangan rapi pun. Anyway, vote !!

Her Fate | COMPLETEDजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें