HF : 33

5.8K 240 6
                                    



"Janganlah nangis lagi, sayang. Benda dah lepas." Noah cuba memujukku.

Aku masih menangis teresak esak. Ayat doktor tadi sangatlah tajam aku dengar. Menusuk kalbu.

"Anak awak... maafkan saya, saya dah cuba sedaya upaya tapi Allah lebih sayangkan dia." Doktor itu menunduk tidak mahu bertentang mata dengan sesiapa.

Terduduk Datin Lila mendengar khabar berita yang disampaikan oleh doktor sebentar tadi. Dia meraung menangisi pemergian anak perempuan tunggalnya itu.

"Doktor, tell me. Anak saya rogol ke?" Penuh kepayahan Datin Lila mengeluarkan kata.

Lambat lambat doktor itu mengangguk. "Tapi tu hanya berdasarkan apa yang saya nampak lah. Tapi kalau nak request autopsy, boleh je. Nanti saya inform doktor bahagian tu." doktor itu cuba mahu memberi cadangan kepada Datin Lila dan dia hanya menyetujui cadangannya.

Pelbagai kata muncul dibenakku. Apa jadi kalau aku datang cepat sikit? Apa jadi kalau aku tak perasankan Wardina tadi? Ya allah. Aku cuba menghilangkan pemikiran begitu.

Aku rasa bahuku disentuh lembut. Noah tersenyum pahit merenungku. "Jom balik. Dah lambat dah ni." Katanya. Aku hanya akur dan ikutnya balik.

Selepas menghantar Aizat dan Laura dengan kereta yang dipandu oleh Uncle Zali. Sedar tak sedar, kami telah sampai kerumah dan aku masih tidak mengelurkan sebarang kata walaupun mama dan papa ada mengajakku makan.

"Kenapa ni, Alissa?" Tanya Airis. Aku sedang duduk diatas buaian luar rumah merenung langit gelap. Nak hujan kot nanti.

"Eh kak. Duduklah." Aku mengesot sedikit dan memberi ruang untuk Airis duduk.

Perlahan lahan Airis duduk disebelah aku. "Kenapa monyok je ni Al? Noah pun diam je tadi Haikal tanya."

Aku tahu Airis hanya mahu memdengar masalah aku. Tapi aku tak tau aku boleh luahkannya ke tak. Bayangan Wardina tadi sangatlah menyesakkan kepalaku.

"Entahlah kak. Tak ada apalah. Al Ok." Itu sahaja balasan yang aku mampu cakap.

"Ni mesti pasal budak tu kan? Wardina?"

Aku tersentak. "Macam mana akak tau?"

"Tadi mama dengan papa bincang pasal ni tadi makan. Hal ni semua orang dah tau." Balasnya.

Aku menjongketkan kening. Aik ada apa ni?

"Mama dengan papa kak? Bila ni?" Aku gelak.

Sedar akan kesilapannya, pipi Airis memerah. "Janganlah usik! Tadi diorang yang suruh akak panggil diorang macam tu."

"Ooo yeke?" Aku masih mengusiknya.

Airis pun ketawa sama. "Suka akak tengok kau ketawa. Tak macam tadi. Monyok je."

Aku ketawa pahit. "Kak, jomlah masuk. Kesian karang baby sejuk. Esok akak kena pergi check-up kan?" Aku bangkit dari duduk dan menghulurkan tangan kepada Airis.

Aku dan Airis masuk ke dalam rumah dan aku memimpin Airis sampai ke bilik tidurnya yang terletak di tingkat bawah.

"Goodnight baby..." Aku mencium perut memboyot Airis dan keluar dari bilik itu.

"Teringin nak baby ke?" Tegur satu suara dari belakang dinding.

Terkejut aku. "Hish Noah! Terkejutlah I!" Kenal sungguh aku dengan suara itu.

"You buat apa dekat bilik kak Airis?" Tanyanya dan memunculkan diri disebalik dinding sambil menyisip air dari tumbler Starbucks nya.

"Saje. Tadi I dekat luar berbual dengan dia." Aku mendekatinya dan memeluk lengan Noah. Sedapnya bau dia lepas mandi huhu.

Her Fate | COMPLETEDWhere stories live. Discover now