HF : 24

7.5K 261 0
                                    


This chapter contains mature contents. Read at your own risk!

Sebulan telah berlalu dan aku bagaikan tak percaya hubungan aku dan Noah bertambah baik dengan mendadak. Antara Noah dan Wardina? Aku yakin lah juga diorang memang dah putus. Walaupun separuh hati aku tak yakin sebenarnya.

Berita tentang aku dan Noah as a couple yang tengah dating memang sedang hangat diperkatakan. Semuanya gara gara gambar yang diupload oleh Noah di Instagram. Tapi nasib baik orang lain tak syak aku dan dia sebenarnya pasangan suami isteri.

"Best cuti?" Tegur Laura sebaik sahaja aku membuka pintu loker.

Mataku mencerlung memandangnya. "Kau nak apa minah?" Kataku tanpa memandang mukanya lagi dan mengeluarkan buku prinsip perakaunan dari loker.

Laura mengangkat keningnya kepadaku dan tersengih. "Aku rindu kau lah."

"Rindu? Baru cuti 2 hari dah rindu. Jijik betul." Balasku selamba.

"Kau ni... taulah dah ada orang lain yang rindu kau selalu." Dia mencebikkan bibir.

"Eh eh kau. Banyak cakap pula."

"Ceritalah kat aku, macam mana life kau lepas dia confess dekat Paris haritu? Dahlah dia confess dengan Eiffel Tower! Romanticnya!" Jerit Laura kuat sehinggakan menarik menarik perhatian pelajar lalu lalang.

Tanpa amaran aku mencubit lengannya kuat. "Eh diamlah gila! Yang kau jerit macam unta lemas ni dah kenapa?!" Kataku keras.

Laura menyerangi kesakitan. "Aduh sakitlah Al! Alah aku tanya je kan!"

"Oklah. Kitorang cam dulu juga. Sama je. Yang lain dia hari hari suruh aku kiss, hug and he will say I love you like everyday. Kitorang pun dah tak gaduh teruk macam dulu." Ceritaku dengan mata bersinar-sinar. Teringat akan perangai Noah yang semakin hari semakin gedik. Tapi comel!

"Ek eleh! Dulu kemain Laura! I hate him so much! Macam mana si tasteless Wardina boleh minat dekat dia? Takde mata ke?!" Laura mengajuk kata-kataku tempoh hari.

Baru sahaja aku mahu menjawab, Laura memotong cakap aku dahulu.

"Wait. Don't tell me you didn't do THAT thing yet!" Kata Laura dengan suara kuat.

"Eh babi perlahanlah sikit suara tu!" Terlepas babi dekat kawan aku ni hah!

"Jadi betullah?!" Laura menekup mulutnya terkejut.

Aku tidak membalas soalannya lalu aku melangkah laju memasuki SBC Akaun di hujung koridor.

Tak cukup tanah Laura mengejar aku. Cepat cepat dia duduk disebelah aku. Memang masa yang sesuai sebab Miss Clarin belum sampai!

"Kau ni otak kuning betullah!" Marah aku pada Laura.

"Weh kalau kau tak TU macam mana kau nak ada junior Al dengan tut." Makin lancang mulut Laura berkata.

Buat kali ke tiga aku mencubit lengannya. Aku rasa dia pun dah imun.

"Kitorang hampir haritu dekat Paris. Tapi aku period pula." Teringat aku tentang adegan itu. Yang peliknya, selepas kejadian itu, Noah tak pernah pula tanyakan aku tentang itu mahupun memintanya.

"Bapak semak do period kau tu!"

Baru sahaja aku mahu membalas, Miss Clarin dah masuk ke kelas diikuti oleh Noah, Adam dan Aizat di belakang.

Noah nampak aku dia mengenyitkan mata kepadaku. Dan aku? Tersengih gatal lah!





"PERHATIAN kepada pelajar yang telah memberi nama dan membayar duit perkhemahan kepada Miss Clarin, sila berkumpul di basketball court nanti pukul 3 petang selepas sekolah." Bunyi pengumuman berbunyi semasa pelajar semua di cafeteria.

Her Fate | COMPLETEDWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu