HF : 32

5.9K 214 1
                                    


"Weh bosanlah!" Aizat mengeluh.

"Kan? Korang lah ni! Bergaduh aje! Aku dahlah lapar ni weh!" Jeritku pula.

Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Bayangkan, dari pukul 1.30 petang tadi kami berempat duduk di dalam stor sukan ni. Semuanya kerana kami didenda oleh Mr Vlad tadi dan disebabkan oleh makhluk nama Laura dan Noah yang bergaduh macam budak tak cukup IQ.

"Kau marah aku? Kau tanya budak sebelah aku ni! Kalau dia tak mencelah kita cakap tadi..." Laura melanggar Noah disebelahnya menggunakan bahunya.

Tertolak ketepi Noah dibuatnya.

"Aku pula? Kalau kau tak berbual dengan Alissa tadi, takdenya aku mencelah kau tau?" Tak mahu kalah, Noah membalas juga Laura.

Pening kepala aku tengok dua ekor manusia ni. Benda kecil pun gaduh macam masalah negara.

"Kau tuduh aku? Kau tak sedar ke diri kau tu, lahabau?"

Keluar dah perkataan Laura tu.

"Kau nasib baik aku tak pukul perempuan, kalau tak berbenjol dahi kau aku jentik!"

Mereka berdua masih bergaduh lagi dan membuatkan aku dan Aizat nak termuntah tengok diorang.

"Dahlah, diam!" Jeritku kuat dan akhirnya mereka senyap.

"Macam budak budak lah korang ni. Apa masalah?!" Jeritku lagi.

Diam menikus Laura dan Noah.

"Al dia ni ha..." Noah cuba mengadu kepadaku.

"Dah! I nak keluar ambil makanan I order tadi. Aizat, jom!" Aku mahu keluar dari bilik dan mengambil duit di bilik Noah yang terletak dalam 20 langkah dari stor sukan untuk mengambil duit.

Kelam kabut Noah meletak bola permainan bola keranjang ke lantai dan berlari mengejarku.

"Al! I nak ikut."

"Tak payah. Gaduh macam budak kecil!" Balasku sambil menyarungkan kasut dan keluar dari bilik itu.

Aku meninggalkan Noah dan ke bilik Noah bersama Aizat. Sampai di hadapan pintu, Aizat memasukkan tangan ke kocek seluar dan mencari kunci bilik.

Namun dia asyik mencari tapi tak jumpa.

"Kau bawa ke tak?" Ujarku bosan. Perutku mul berkeroncong tapi Aizat pula buat hal tak membawa kunci nak buka pintu.

Lambat-lambat Aizat menggeleng dan dia tersengih lebar. "Sorry, Al. Takpe aku pergi stor balik pergi ambil kunci. Kau pergilah depan dulu. Nanti aku datang."

Aku balas dengan anggukan. Aku pun mulakan langkah menuju ke guard house, tempat kami ambil makanan nanti. Disebabkan suasana yang panas terik dia jalan utama, aku membuat keputusan untuk lalu di bahagian belakang bilik Noah.

Di kawasan tersebut, suasana sedikit lembap dan sejuk kerana tiada pancaran mata hari. Aku pun jalan dengan berhati-hati dan tiba tiba telingaku tersengar sesuatu.

"Sss... tolong sa-saya..." Suara itu kedengaran mendayu meminta tolong.

Langkahku automatik terhenti dan aku cuba mentafsirkan bunyi itu. Siapa yang cakap dengan aku tadi? Aku menjongketkan bahu dan meneruskan perjalanan.

"Some-someone. P-please he-help m-me." Ujar suara itu tadi namun dalam bahasa inggeris.

Langkah aku terhenti lagi. Takkan hantu pandai cakap english kot? Dengan rasa ingin tahu, aku melangkah perlahan ke beberapa semak samun di situ. Walaupun aku memang takut, tapi aku cuba menguatkan hati.

Her Fate | COMPLETEDWhere stories live. Discover now