HF : 19

6.6K 282 7
                                    


Masuk sahaja dalam kereta, aku mengeluh bosan.

"Asal cepat sangat kita balik dari rumah mummy? Nak bergosip pun tak sempatlah!" Aku memuncungkan bibir.

Bayangkan, datang rumah mummy pukul 1 petang balik pukul 5 petang. Pale hotak dia! Aku nak bermanja dengan mummy pun tak sempat. At least tunggulah daddy balik dengan Julia dari beli barang tunang dia dengan Izzat. Ni tak, baru duduk sekejap, dah "Alissa jom balik nanti jam." Menyampah aku!

"You ni dengan gosip lah apa lah, macam takde talefon!" Dengus Noah.

Aku mencebik dan menekan punat radio. Berkumbang lagu Sumpah nyanyian Naim Danial.

"Andai rembulan tidak lagi mampu bercahya, terangilah gelapku walaupun dalam gelita, dengarkanlah ku-" belum sempat aku menghabiskan nyanyianku, Noah terlebih dahulu mematikan radio.

Tangan Noah aku pukul. "Apa masalah you ni? I nak nyanyi tak boleh, nak jumpa mummy tak boleh? Apa je I boleh buat?" Tanyaku geram.

"Nyanyi pun macam katak kena sunat ada hati nak nyanyi." Kata Noah pendek sebelum kembali mengfokuskan pandangan pada jalan raya.

"Hello, suara I ni macam Siti Nurhaliza tau tak?"

Noah ketawa besar. "Siti Nurhaliza? Puih macam Sajat pun ada. At least Sajat ada peminat. You?"

Aku terus mendiamkan diri dan menghadap talefon buka Instagram. Aku tengok story Vivy Yusof tentang anaknya Sarah. Alahai comelnya. Huwaa. Bilalah nak ada anak ni? Aku mengerling Noah disebelah yang diam selepas bertikam lidah dengan aku tadi.

"Noah, Noah." Panggiku seraya memukul lembut pehanya.

Tanganku ditepis oleh Noah. "You nak apa lagi ni?" Mukanya frust sebab sekarang tengah jam.

"Uhm.. you nak ada anak tak?" Soalku tiba tiba.

Noah tersentak. "Kenapa you tanya I tiba tiba ni?" Dia mencuri pandang kepadaku sambil membawa kereta.

"Taklah, tengok ni." Aku menunjuk nunjuk talefon ku kepada Noah. Story Vivy Yusof tentang Sarah tadi.

Noah menepis aku lagi. "Alissa! I'm driving!"

Aku menarik balik talefon ku. "Ni ha anak Vivy Yusof. Comel gila ok. Bila lah nak ada anak sendiri ni?" Gumamku sendirian.

Noah ketawa. "You nak ada anak ke?"

Tanpa aku sedar, aku mengangguk. "Mestilah nak. Sekali comel macam Sarah ni. Oh my god."

"Siapa nak jadi bapa anak you tu?" Tanya Noah lagi. Mukanya kelihatan gembira sangat tengok aku yang jawab tanpa aku sedar.

"Entah tapi nak yang handsome, charming, berbudi bahasa." Aku dah terbayang bayang wajah 'bakal-bapa-kepada-anak-aku'

Sekali aku dengar Noah ketawa terbahak bahak. Aku berdecit geram. Ish kena main lagi lah aku ni. Aku memukul lagi peha Noah.

"Aduh Al sakitlah!"

"Padan muka! Main main lagi kan!" Mukaku merah padam. Yelah aku dengan dia tak pernah cakap pasal benda yang melibatkan hal anak-anak ni. Sekali dah cakap macam awkward pulak.

"Taklah, kalau you nak anak I boleh bagi." Noah menayang muka miangnya.

"Dah! Dah! Pandang depan tu and jangan cakap dengan I lagi. I nak tidur." Aku memusingkan tubuhku kekiri dan menutup mata.

Tiba tiba aku terdengar talefon aku berbunyi daripada aplikasi Whatsapp. Ayah? Aku dah berdebar semacam.

Ayah
Al, ayah rindu kamu. Baliklah jenguk ayah bila bila.

Her Fate | COMPLETEDWhere stories live. Discover now