HF : 31

6.5K 220 4
                                    



Suasana koridor bagaikan senyap seperti tanah perkuburan. Semua mata memandang aku dan Noah macam kami ada buat salah. Ada rupa penyangak ke aku ni?

"Alissa! Rindunya kau! Kau sihat tak?" Jerit Laura dari hujung koridor. Dari jauh aku nampak dia berlari ke arah aku. Orang sekeliling hanya melihat Laura dengan wajah tak terkejut.

Dia mendepakan tangan lalu memeluk aku.

"Hing... rindunya kau! Seminggu weh kau tak pergi sekolah!"

Aku gelak kecil. Benar. Hampir seminggu aku tak ke sekolah. Selepas peristiwa aku dengan Wardina itu, aku langsung tak menjejak kaki ke sekolah. Aku dengar, sebaik sahaja aku dilaporkan hilang, diorang semua di bawa pulang ke sekolah balik. Serta merta lawatan itu terbatal. Tipu lah kalau aku cakap aku tak rasa bersalah langsung.

"Jumpa nanti!" Aku kata kepada Noah kerana dia perlu pergi ke kelas melukisnya manakala aku kelas mula pukul 9 nanti. Sekarang baru pukul 7 pagi.

"Nak balik call tau." Pamit Noah sebelum menghilang masuk ke bilik lukisan.

Semalam habis aku kena marah dengan dia. Nak buat macam mana? Aku terpaksa, dia yang tak nak support aku nak jumpa ayah aku sendiri. Sekarang, Airis menumpang di rumah mama Noah dan harini dia akan ke hospital ditemani oleh Haikal. Mula mula mama yang nak bawa, tapi si Haikal tu sibuk.

Ayah? Dia masih di balai memberi penerangan. Kesian sungguh aku dengan ayah. Masa perkahwinan pertamanya dengan ibu Airis, diorang bercerai sebab ibu Airis curang dengannya dan meninggal ayah untuk lelaki lain. Selang beberapa tahun, dia berkahwin dengan mama aku. Tapi tak lama sebab mama meninggal akibat kemalangan jalan raya. Sekarang, nyawa Firza bagai di hujung tanduk. Bila bila masa dia boleh di jatuhkan hukuman dan masuk ke dalam jail.

Impian ayah cuma satu. Nak membima sebuah keluarga yang bahagia. Malangnya, rancangannya tak membuahkan hasil.

"Al kau nak makan kat cafeteria tak?" Tanya Laura kepadaku.

Aku mengangguk setuju dan kami berdua ke cafeteria. And still orang pandang aku macam aku ni pesalah dah kenapa? Aku ada buat salah ke?

Berhenti di hadapan kaunter, kami diberi pilihan nak ambil ham sandwich atau garden salad. Aku membuat keputusan dan mengambil ham sandwich. Aku dan Laura mencari tempat duduk dan kami duduk semeja dengan Aizat, Sofea dan Adam.

"Weh apehal semua orang tenung aku?" Aku menyuarkan rasa bimbang.

Mereka berempat pandang sesama sendiri dan menolak-nolak siku masing-masing.

"Kaulah bagitau dia." Suruh Laura kepada Aizat.

"I pula?" Aizat menjegilkan biji matanya.

"You lelaki ke tak?" Ugut Laura.

Aizat mengeluh dan dia menyuap sedikit demi sedikit makanannya ke dalam mulut.

"Al. Semua orang pandang kau sebab kau dengan Noah." Dihujung kata Aizat ketawa besar.

Fuh ingatkan benda lain. Wardina hilang ke apa ke. Rupanya benda remeh ni. Aku pula yang rasa lucu.

"Korang ni lawaklah. Sebab aku dengan Noah je? Tenung aku macam nak telan!" Aku kini berlapang dada. Ingatkan ada benda tak elok jadi.

"Koranglah. Acah macam musuh sangat. Sekarang nak bersweet depan aku, memang aku pukul kau. Aku single tau?" Laura mencebik dan menyuapkan sandwich kedalam mulut.

"Single my foot. Haritu ada orang tu confess, kau pergi friendzone orang tu." bidas Sofea lalu menjeling Laura.

Aku ketawa besar melihat muka cemberut Laura yang geram dengan Sofea itu. Wajah Aizat pun dah blushing.

Her Fate | COMPLETEDWhere stories live. Discover now