HF : 8

7K 316 5
                                    

"Hey! Watch out!" Kedengaran suara asing yang memanggilku. Lenganku ditarik kuat membuatkan aku hampir terjatuh ke jalan.

Aku mendongak dan lihat Adam yang memandangku dengan mukanya yang risau. Adam? Risau? Selama ni mana aku pernah tengok mukanya berperasaan, selalunya wajah beku atau mengejeknya yang ditayang. Cepat cepat aku sedar dari lamunanku.

"Thanks, Adam." Aku senyum kecil dan mengutip bukuku yang berterabur. Cepat cepat aku melangkah pergi. Tak mahu jantungku yang menggila ni membuatkan aku sesak nafas. Kurang ajar punya Audi. Kereta je mahal tapi otak takde. Aku menyumpah serenah pemandu itu didalam hati walaupun aku sendiri pun tak tau tu siapa.

PINGGAN makanan yang terhidang didepanku aku lihat tanpa nafsu. Seketul daging wagyu Jepun didepanku ini langsung tidak membangkitkam selera aku. Kami sekarang di restoren mewah di sebuah hotel untuk menunggu Kak Juliana sampai di KLIA. Dah nak dekat sejam lah jugak aku tenung seketul daging mahal ni didepan aku.

"Kenapa Anith? Tak suka ke? Nak mummy tukar dengan yang baru?" Prihatin suara mummy. Laju aku menggeleng.

"Takdelah mummy ok je, cuma takde mood sangat." Kataku jujur. Pada aku kenapa aku nak berselindung dengan mereka kan?

Mereka berdua mengangguk. Aku yang dah habis mencekik steak mahal aku terus membuka aplikasi Instagram. Aku terus search kumpulan sidang redaksi Flora High, yang diberi nama Flora'sInsider dan aku ternampak post baru mereka tentang perkhemahan yang akan diadakan lagi 2 bulan bertempat di Port Dickson.

ANNUAL CAMPING OF FLORA HIGH

*Terbuka kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja, harap maklum.

Venue : Pantai Klebang, Melaka
Tarikh : 1 Jun 2019
Tempat terhad kepada 50 pelajar sahaja !!!

Jika anda berminat sila beritahu Miss Clarin dengan bayaran sebanyak RM 150 sebelum  15 mei 2019

Apa apa maklumat lagi sila talefon
012 3456789

Mata ku bersinar. Perkhemahan? Laju aku mesej Laura dan Sofea. Ternyata mereka berdua berminat dengan perkhemahan ni.

Sofea ❤️
camping ? i ok je !!!

Laura 😛
Bitch im in! Dah lama i tak pergi camping !

Aku tersengih apabila mereka berdua bersetuju dan aku membuat keputusan untuk berjuma dengan Miss Clarin esok.

"Anith." Suara mummy menegur aku. Aku mengangkat kepala menghadap wanita itu.

"Yes mummy ? Anything ?"

Mummy memandang daddy seketika. "Um, Anith ada teringin nak kahwin tak?" Soalan Mummy kedengaran sangat random kepadaku. Kahwin? Serta merta wajah Noah menghiasi minda ku. What the hell.

"Kahwin?" Aku ketawa kecil. Mula serius mummy dan daddy kupandang.

"Wait. Are you serious ?" Aku menyuapkan sepotong daging kecil ke mulutku.

Laju mummy mengangguk. Aku menelan daging itu cepat cepat karang tercekik haru aje kena duduk kat wad.

"Anith kalau boleh taknak kahwin tapi kalau mummy dan daddy nak Anith kahwin. I can do that but probably not now. I have ambitions to achieve. Even so, I'm still very young. I'm only 17." Panjang lebar aku berkata. Mata mummy aku tenung. Inilah insan yang sudi mengambil aku di tepi jalan setelah dibuang oleh ayah.

"Lagipun, Anith tak boleh buat apa. If mummu and daddy memang nak Anith kahwin, I can't do anything then. After all i'm not really your daughter." Ayat terakhir itu aku perlahankan suara. Aku tau yang mummy dan daddy memang pantang jika aku berkata begitu.

"Anith.." garau suara daddy menegur aku tanda tidak suka. Aku senyum pahit. Kami menghabiskan makanan dengan laju dan beredar ke KLIA untuk menjemput Julia.

💞💞

"MISS CLARIN ADA?" Aku menegur seorang anggota Flora'sInsider. Dia memandang belakang.

"Cari Miss Clarin? Untuk camp eh?" Dia menegur dengan senyuman. Senyumannya aku balas. Kepala dianggukkan tanda ya.

"She's inside. Masuk je." Setelah aku berterima kasih aku memasuki bilik guru yang bernama Teacher's Lounge

"Miss. I Anith Alissa dengan Laura Kim dari kelas 5Galaxy nak masuk perkhemahan tu. Sofea Ilham dari kelas 5Aplha nak masuk jugak." Duit kuhulurkan kepada Miss Clarin.

Selesai berurusan aku keluar dari bilik dan melangkah keluar untuk balik ke rumah. Kereta sudah tunggu diluar menunggu aku. Tiba tiba aku rasa bahuku disentuh lembut. Adam. Dia tersenyum melihat aku yang mukanya sedikit terkejut.

"Comelnya you ni." Hidungku dicuit oleh Adam. Aku tersengih malu.

"Ish apa you ni." Kami berdua berjalan bersama sama keluar. Sesampai dikereta, aku melambai kepadanya dan dia berlalu masuk ke kereta Audi TTnya. Pintu kereta dibuka. Julia memandangku dengan senyuman misteri.

"Hai Al, dah ada pakwe eh." Sakatnya sengih. Aku menggeleng laju.

"Takdelah Kak, we're just friends." Butang radio kutekan dan bergema lagu Boy With Luv oleh BTS.

"ABANG RASA PATUT KE KITA BUAT NI?" Hati ibunya tak sampai hati untuk melepaskan Alissa pergi.

"Ya, Mah. Bukanny saya tak sayang dengan Anith, tapi saya nak tengok dia bahagia. Kita nak kena bersedia untuk apa aje yang jadi nanti." Dia sedar walaupun anak sulungnya, Julia masih tidak berkahwin walaupun sudah 25 tahun. Dia rasa keputusannya untuk mengahwinkan Anith dengan anak Tan Sri Halim merupakan satu keputusan yang tepat.

Iphone dikeluarkan dari poker seluar. Nombor seseorang didail.

"Hello. Aku nak jumpa kau sekarang."

Hello guys. Sorry lama dah tak update 😂 busy sangat lol. So i dont really know whos the hero yet. Mula nak buat Noah hero, as per usual tapi I suka character Adam lagi. So idk yet. Noah is still jahat sampai nak pijak tapi Adam ni caring and sweet orangnya. - starrgalaa

BTW THANK YOU FOR 500+ VIEWS I MEANS ALOT TO ME 😘

Her Fate | COMPLETEDWhere stories live. Discover now