14| KAMU

660 66 1
                                    

Pejam celik pejam celik, bulan puasa pun sudah tiba. Bagi semua umat islam sudah tentu akan melakukan amalan yang baik-baik sahaja

"Ayra tolong mama belikan telur ayam boleh? " soal Puan Mardhia apabila melihat anaknya itu berlalu ke dapur

"Erm ok" balas Ayra.

.
.
.

"Terima kasih makcik" ujar Ayra setelah selesai membeli

"Haish panasnya lah hari ni" keluh Ayra. Nasib sekarang bulan puasa kalau tidak berbotol lah dah habis di minumnya. Sedang Ayra ingin mengayuh basikalnya ,satu suara menyapa lembut di telinganya

"Hii" pantas Ayra menoleh empunya suara itu

"H.. Hii"balas Ayra sedikit tergagap. Mana tidaknya, orang yang menyapa itu ialah lelaki iaitu Izz Naufal!

"Baru beli barang dapur ke? "Soal Izz sambil tersenyum manis

"Lebih kurang lah. Er kau buat apa kat sini?" soal Ayra. Sebenarnya tak ada topik nak dibualkan.

"Nak balik. Tu motor aku" ujar Izz sambil memuncungkan mulutnya di sebelah basikal Ayra berada. Ayra mengangguk faham

"Er Ayra aku nak tanya something boleh? " soal Izz

"Apa? " balas Ayra

"Yang pasal surat tu–"

"Ehh sorry Izz aku kena cepat ,mama aku mesti dah lama tunggu tu" ujar Ayra tiba-tiba dan segera beredar pergi. Sebenarnya ,dia tidak mahu bercerita pasal itu. Cukup hanya sekadar situ perbualan itu.

Izz Naufal menghembus nafas pasrah. Dia harus pastikan perasaan Ayra terhadapnya baru lah hatinya akan tenang.

+++

"Sayang, kenapa ni? " Soal Puan Hani. Risau melihat perangai anaknya ini semakin berdiam diri. Kalau tidak pasti peramahnya tidak pernah habis

"Tak ada apa"balas Harash. Kertas lukisan di hadapannya segera digulung. Mood untuk melukis hari ini seakan menghilang. Wajah ibunya dipandang sekilas lalu memberikan senyuman tawar dan pergi dari ruang beranda itu. Puan Hani hanya mampu memerhati tindakkan anaknya itu

Sampai sahaja di biliknya, pantas merebahkan tubuhnya di atas katil yang empuk itu. Tangan kanannya di letakkan di atas dahi . keluhan di keluarkan juga. Memikirkan tentang hal orang yang tersayang pasti rumit untuk di teruskan.

"Aku akan rindukan kau satu hari nanti Ayra. Aku pasti akan ramai orang lain mampu bahagiakan kau bila aku pergi nanti" ujar Harash di dalam hati

Selepas beberapa minit, tubuhnya segera duduk bersila di atas katil. Lukisan yang telah di gulungnya tadi segera di buka. Kini terselarlah wajah Ayra yang separuh di lukisnya. Terukir senyuman kecil di bibirnya. Pantas Harash menghabiskan kerjanya itu

+++

Waktu berbuka telah pun tiba. Ayra bergitu selera makan dengan banyak sekali. Mana tidaknya, lauk yang di masak oleh Puan Mardhia sudah tentu sedap belaka. Selesai sahaja berbuka, Ayra segera menolong mamanya mengemas tempat makan. Setelah itu bersiap untuk ke masjid terdekat untuk solat tarawih

.
.
.

Selesai sahaja solat tarawih,Puan Mardhia, Encik Hisyam dan Ayra segera pulang dengan berjalan kaki sahaja kerana rumahnya tidak lah jauh

"Mama, kalau Ayra nak buat kuih untuk berbuka esok boleh tak?  Sebab nanti dah habis cuti sekolah, dah tak ada masa nanti" ujar Ayra.

[C]Kata Akhirmu✓ Where stories live. Discover now