10| KAMU

730 70 4
                                    


Kehadiran cikgu baharu iaitu cikgu Melisah amat digeruni oleh semua pelajar kelas 5 Gold. Seminggu sudah berlalu dan banyak latihan yang perlu di buat untuk menghadapi SPM nanti. Harash yang semakin pulih telah pun hadir ke sekolah seperti biasa.

"Semua bangun, saya nak soal kamu semua dengan soalan kbat! " arah cikgu Melisah dengan tegas. Mana tidaknya, ramai latihan yang dihantar banyak tidak betul. Padahal subjek Agama ni adalah paling utama harus ditekankan dalam kehidupan kita kerana kitakan agama islam?

"Cikgu jangan bagi soalan yang susah" ujar salah seorang pelajar di dalam kelas itu. Miera dan Liya sudah tergaru² kepala kerana melihat pelajar lain sudah gelisah. Ya kelas mereka bukan lah 'budak pandai' dan hanya pelajar biasa sahaja yang perlu di terapakan dengan ilmu.

"Jangan takut, tak susah pun. Yang mana dapat jawab soalan saya, saya bagi keluar rehat awal. Boleh? " ujar Cikgu Melisah sambil tersenyum.

"Ok soalan pertama, mengapa Allah suruh menghormati ibu bapa?" soal cikgu Melisah. Masing² terus mengangkat tangan

"Sebab syurga terlatak di bawah telepak kaki ibu! "

"Oi habis tu ayah macam mana pulak? "

"Oi aku nak jawab dulu lah"

"Sebab mereka telah menjaga kita"

"Kerana ibu telah melahirkan kita"

Masing² mengeluarkan jawapan agar dapat keluar rehat. Jawapan masing-masing macam darjah satu. Kelas tersebut mula bising. Kecuali Harash yang mendiamkan diri sahaja.

"Ha,yang kat belakang tu kenapa diam sahaja?ada masalah ke?"soal cikgu Melisah. Harash sedikit tersentak dan mula tersengih.

"Er..saya ...saya...." susah nak diluahkan oleh Harash kerana dia rasa sekarang ini adalah BOSAN.

"Saya..saya apanya?"tekan cikgu Melisah lagi. Rakan sekelas yang lain mula memandang Harash bergitu juga dengan Ayra. Pelik bagi mereka kerana Harash semakin banyak berubah. Dulu dia sangat peramah.

KRING!!

Satu hembusan lega di lepasakan oleh Harash. Mika dan Haykal berkerut dahi.

"Hari ini cikgu bagi lepas rehat. Sebab apa? Kesian" ujar cikgu Melisah. Yang lain hanya tersengih

"Harash nanti jumpa saya di bilik guru" pesan cikgu Melisah lalu keluar dari kelas tersebut. Mereka mula bising.

"Weh kau ok tak? Asal macam lain jer hari ni? Kau ada masalah ke?" Soal Mika bertubi-tubi.

"Tak da apa-apa lah,aku cuma bosan jer" balas Harash.

"Hek elehhh ingatkan apa lahh,kau ingat kau sorang jer? Aku pun sama" balas Mika lalu ketawa kecil bersama Haykal.

Ayra hanya menggeleng kecil melihat gelagat Harash lagi tadi.

+++

"Mian awak! Eh er sorry saya tak sengaja langgar awak" ujar Ayra sedikit risau dan mulalah sebutan korea muncul. Lelaki yang di langgarnya menggosok sedikit lengannya yang dilanggar oleh Ayra

"Sokey" balasnya. Ayra memandang ke arah empunya suara. Jelas sedikit terkejut. Lelaki itu hanya melakukan riak biasa walaupun hatinya sudah lain sekarang ni

"Er saya pergi dulu" ujar Ayra lalu pantas pergi meninggalkannya. Lelaki itu hanya menghantar pandangan pada perempuan itu. Senyuman kecil terukir di bibirnya

"I see you again Ayra"

+++

[C]Kata Akhirmu✓ Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora