prolog :)

2.9K 128 2
                                    

Selamat datang ke story yang seterusnya dari author dan author harap korang enjoy dengan jalan cerita ni OK!
_______________________

.
.
.

Kelihatan seorang murid perempuan sedang menangis teresak-esak. Aiskrim yang dibelinya di kantin tadi telah terjatuh di atas lantai. Murid-murid yang sedang lalu di situ hanya memandang sekilas lalu pergi meninggalkannya. Sehinggalah ada seorang murid lelaki datang menghampirinya sambil menghulurkan aiskrim coklat.

Budak perempuan itu yang menyendari ada benda yang sejuk melekat di pipinya mula menganggkat wajah dan memandang ke arah murid yang datang menghampirinya.

"Aiskrim?"soal budak lelaki itu. Budak perempuan itu mendiamkan diri lalu bangun perlahan-lahan.

"Awa...awak siapa?"soal budak perempuan itu dengan sedikit esakkan. Budak lelaki itu tersenyum nipis.

"Saya Rash "balas budak lelaki itu sambil menghulurkan tangan ke arah budak perempuan itu.

"Saya Ayra"balas budak perempuan itu lalu menyambut tangan yang dihulur oleh budak lelaki itu. Mereka membalas senyuman.

"Jangan nangis lagi ok?  Ni saya dah belikan awak Aiskrim"balas budak lelaki itu.

"Terima kasih...Rash"balas budak perempuan itu. Lalu Mereka berehat bersama sehinggalah lonceng rehat telah tamat.

"Awak kelas apa?"soal budak lelaki itu.

"Saya kelas 4 bunga"balas budak perempuan itu.

"Ouh Saya kelas 4 mawar. Nanti kalau ada masa lagi,kita jumpa ok? "Ujar budak lelaki itu. Budak perempuan itu tersenyum lalu mengangguk.

"Janji?"soal budak perempuan itu sambil mengeluarkan jari telingking untuk berjanji.

"Janji"

+++

Sudah masuk seminggu mereka berkawan. Kehidupan Rash atau dikenali sebagai Harash semakin gembira. Sebelum ini, dia sedikit pendiam kerana tiada siapa yang mahu berkawan dengannya sehingglah dia berjumpa dengan Ayra. Keakraban seorang kawan menjadi semakin rapat sehinggalah menjadi persahabtan yang menjalani hidup susah senang bersama.

"Janji kita akan bersama dalam susah senang sebagai sahabat sejati? Dan kita tak boleh ada persaaan lebih dari seorang sahabat " Soal Ayra sambil tangannya mengeluarkan jari telengking. Harash mengangguk lalu tangannya menyambut perjanjian antara mereka.

Adakah persahabatan mereka akan kekalAdakah satu hari nanti mereka akan melanggar perjanjian antara mereka?

Kata Akhirmu
Bersambung
 

[C]Kata Akhirmu✓ Where stories live. Discover now