11|KAMU

670 61 1
                                    


"Awak lagi?? " ujar Ayra sedikit terkejut. Kat sekolah jumpa kat sini pun tak kan jumpa lagi? Haih

"Erm korang buat apa kat sini? " soal Izz Naufal iaitu ketua pengawas di sekolahnya. Liya dan Ayra sudah berkerut dahi kerana melihat Miera sudah memandang ke arah mereka

"Er sorry, kita orang ada hal sikit bye! " ujar Liya lalu pantas menarik tangan Ayra yang blur di situ nasib kek itu tidak jatuh. Izz Naufal hanya menghantar pandangan ke arah mereka berdua sambil berkerut dahi. Tanpa membuang masa dia melangkah pergi

.
.
.

"Surprise!!! " ujar Liya dan Ayra setelah tiba di ruang meja yang telah pun di duduki oleh kawannya yang lain.

"Happy birthday Haykal! " ucap mereka semua. Haykal yang lagi tadi terkejut tersenyum lebar dan tersengih

"Thanks korang! " ucap Haykal. Tanpa membuang masa mereka menyambutnya dengan nyanyian dan sedikit makanan yang dibelinya. Nasib rancangan ini berjaya buat mereka

+++

Surat yang terletak di bawah meja Ayra ditenungnya dengan lama. Pelik Ayra dibuatnya. Setiap minggu pasti ada saja surat itu ada di bawah mejanya. Lalu di ambil dan dibacanya. Waktu itu Ayra tiba ke sekolah dengan awal jadi tiada lagi yang melihat waktu itu

"Kepada Ayra Qaisarah, aku sudah jatuh cinta padamu by ulat buku "

Mata Ayra sudah membulat. Siapakah yang berani bagi surat macam tu? Dia harus mencari siapa yang selalu menghantar surat ini.

"Hyy morning, awal datang? " soal Harash setelah masuk ke kelas. Ayra terus menyembunyikan surat itu agar Harash tidak nampak.

"Erm biaslah aku pengawas kena tunjuk sikit sifat kerajinan itu" jawab Ayra selamba

"Tch- ye lah tu" balas Harash lalu duduk dimejanya. Setelah beberapa minit ramai pelajar sudah datang

Waktu rehat

Ayra, Miera dan Liya berehat di pondok sekolah yang telah tersedia. Miera dan Liya pergi ke kantin untuk membeli makanan. Ayra sudah meminta tolong belikan makanan untuknya kerana dia terlalu taksub dengan novel di tangannya.

Harash dan yang lain  rehat di tempat lain sebab nak usha perempuan katanya.

Sambil Ayra sedang leka membaca novel itu, satu ketukan di hadapannya. Ayra terus memandang ke arah itu.

"Yes? " soal Ayra hairan apabila seorang lelaki cina memberi senyuman kepadanya dan satu surat di hulur olehnya

"Surat apa ni? " soal Ayra sambil mengambil surat itu

"Nama saya Guan Lin, erm awak Ayra kan?  Ini saya cuma sampaikan saja. Nice to meet you" ujar lelaki itu dengan senyuman yang mampu meragut hati para wanita

"Huh? Nanti. Selama ni awak ke yang hantar surat ni? " soal Ayra. Lelaki itu mengangguk kecil.

"Siapa yang suruh awak buat ni? Boleh bagi tahu ?" soal Ayra lagi.

"Erm dia tak kasik saya bagitahu itu. Nanti awak baca awak tahu lah. Saya pergi dulu" ujar Guan Lin lalu beredar pergi .

Ayra menyimpan surat itu dan menunggu kawannya datang itu. Dia tidak sangka yang lelaki cina itu selalu di suruh hantar surat itu.

+++

Izz Naufal pov

Aku memerhatikan seorang perempuan yang selalu mencuri hati aku. Ya sudah tentu Ayra Qaisarah. Cara perwatakannya menarik perhatianku. Sejak asyik terlanggar hari tu, dapat aku melihat wajahnya secara dekat. Kulitnya yang putih mulus tiada cacat cela di wajahnya katakan. Tapi penghalangnya untuk berdekatan dengan dia menjadi punca untuk aku berjauhan

Kerana...

Seorang lelaki yang selalu berada disisinya. Pergi, balik dan rehat kadang kala pun sama-sama. Mungkin melalui surat aku dapat katakan yang aku suka dia? Ya sebenarnya aku jenis pemalu

"Izz kau kenapa ni?  Asyik termenung jer aku tengok lagi tadi. Anything problem? " soal Haykal. Aku yang tersadar dari lamunan terus mengawal reaksi muka .Buku latihan di hadapan aku segera di tutup.

"Haykal aku nak tanya something " soal Aku. Aku perlu mengorek rahsia sedikit darinya kerana dia rapat dengan mereka.

"Apa? " soalnya

"Ayra. Dia dah berpunya ke?  Maksud aku err dia jenis macam mana? " soal aku tergagap. Aduh!  Apa ni Izz?

"Ha?? "Haykal seakan terkejut. Dalam beberapa saat dia kembali ketawa

Lawak ke?

"Okok, erm kenapa kau tanya macam tu? "Soal Haykal. Aku sudah mengerut dahi

"Erm aku saja nak berkenalan dengan dia? " jawab aku berbentuk soalan

"Really? " soalnya. Aku mengangguk kecil

"Okey, kalau kau nak tahu si Ayra ni dia rapat dengan kawan dia like Liya and Miera tu dan termasuklah aku dan Mikael. Tapi paling rapat dengan dia Harash. Sebab dia kawan dari kecik. So yah tu yang aku tahu dan pasti " jelasnya. Aku mengangguk faham

"Tapi siapa Zafran?  Aku tak kenal sebab kelas lain kan so aku malas nak amik tahu" ujar aku bersahaja . Sebenarnya aku ternampak juga sorang laki ni dekat juga dengan Ayra. Bila ditanya orang lain Zafran namanya.

"Dia just classmate kitaorang. Kalau dia suka kat Ayra tu aku tak pasti. Asal kau tanya macam-macam ni?  Kau suka dia ehhh,  ha!  Baik ngaku cepat. Aku bagi tahu mak long kalau tak~" ugut Haykal. Aku dah cuak

"Weh tak yah arh adu kau ni. Sepupu tak guna lah " ujar aku geram melihat dia dah tersengih-sengih cam kerang busuk.

"Hahaha okk apa-apa pun aku tak ganggu hidup kau .ok? " ujar Haykal tenang

"Bye aku masuk lu lapar. Kau dok lah sini ngan nyamuk biar habis darah kau" ujar Haykal lalu berlari masuk bersama buku di tangannya

Aku hanya menggeleng melihat dia

Ayra... Jampi apa yang kau pakai ni? 


Kata Akhirmu
Bersambung

[C]Kata Akhirmu✓ Where stories live. Discover now