06| KAMU

777 77 1
                                    

Ayra pov

    Aku berlari keluar dengan pantas dari bilik Harash. Katanya dia haus dan aku lihat dia pun macam terlalu haus. Sebaik sahaja aku keluar dari bilik Harash. Mika dan Haykal yang sedang berbual di depan bilik Harash memandang aku.

"Err aku nak keluar kejap beli air, korang tolong tegokkan Harash kejap ok? Bye-"aku terus berkata dengan laju dan diorang terdiam. Mungkin tak ada apa nak dicakapkan.

.
.
.

"Thank you"ucap aku kepada lelaki yang memberikan aku botol air mineral. Aku pantas berlari mengejarkan lift dan aku masuk ke dalam. Harash berada di tingkat 3. Setelah pintu lift hampir tertutup, tiba² ada tangan menghalang pintu itu dari terus di tutup. Aku terkejut.

"Ayra! Kenapa kamu ada kat sini? "Soal aunty Hani dengan sedikit terkejut. Aku bler... Kemudian pintu lift ditutup setelah mereka masuk ke dalam. Butang lift telah di tekan oleh uncle Azam.

"Ayra ok? Ni kenapa dekat bawah pulak ni? "Soal Uncle Azam dengan tenang. Ni yang aku suka ni... Cool jer bila bercakap

"Err Ayra beli air mineral untuk Harash. Dia kata dia nak minum, haus. " Kata aku sambil menunjukkan botol air itu kepada mereka. Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain lalu memandang aku.

"Ya Allah, Ayra aunty datang cepat sebab Mika telefon aunty yang Harash pengsan kat atas" ujarnya. Aku terkedu. Baru sekejap dia berbual dengan aku tadi. Tak... Harash mesti ok!. Saat itu pintu lift terbuka. Aku dengan pantasnya terus keluar berlari mendapatakan bilik Harash berada. Uncle Azam dan aunty Hani masih memanggil manggil nama aku tetapi aku endahkan. Yang penting Harash! Aku mesti jumpa dia.

End pov

"Ehhh Ayra stop! "Halang Haykal dengan mendepakan tangannya di depan pintu wad Harash. Ayra terberhenti dengan serta merta.

"Ayra tunggu dulu, doctor tengah check keadaan Harash kat dalam. Ok jangan risau." ujar Mika di sebelah Haykal.

"Korang apa jadi? Kan aku dah pesan kat korang tolong tegokkan Harash!? " marah Ayra. Setiba itu, Puan Hani dan Encik Azam pun datang.

"Sebenarnya masa kau dah pergi, kitaorang terus masuk ke dalam, nak tegok Harash. Then aku tegok dia dah terbaring kat atas katil dengan tak sedar diri. Lepastu aku terus panggil doctor and Mika call mak bapak dia" ujar Haykal. Ayra sedikit mengeluh.

"Agak² dia ok tak? Aq risau weh.Dia tu dah lah kawan rapat aku" ujar Ayra dengan lemah sambil duduk di kerusi hadapan wad itu.

"InsyaAllah dia ok Ayra" ujar Mika. Haykal mengangguk kecil. Puan Hani terus duduk di sebalah Ayra sambil memeluk Ayra.

"Ayra,Aunty anggap Ayra ni dah macam anak aunty dah, aunty tahu Ayra risau kan Harash. InsyaAllah dia ok. Sekarang ni baik Ayra pulang dulu bersihkan badan dulu and solat doa kan Harash cepat sembuh. Ok? "Ujar Puan Hani lalu tersenyum nipis.

"Tapi... "

"Ayra... Balik dulu nanti ajak mama sekali datang lawat Harash ok? "Ujar Puan Hani. Ayra akhirnya mengalah.

"Haykal boleh hantarkan Ayra? Nanti Haykal pulang lah dulu, pastu datang balik. Mika pun sama mesti penatkan? " Ujar Puan Hani sambil memandang mereka. Mereka berdua mengangguk lalu pulang bersama.

"Abang, agak² Harash kuat tak? "Ujar Puan Hani dengan lemah sambil mengelap air mata yang mengalir di pipinya. Encik Azam terus duduk di sebelah isterinya.

"Sayang... Kita kena redha kalau dia pergi. Sekarang ni kita kena kuat dan doakan dia supaya kuat" ujar Encik Azam sambil memeluk isterinya. Puan Hani tersenyum kecil.

"Saya... Tak nak kehilangan anak lagi bang"ujar puan Hani sambil menahan air mata yang terus mengalir. Baginya, cukup hanya lah kehilangan anak pertamanya yang juga pergi kerana sakit yang sama seperti Harash hadapinya sekarang. Dia benar² sayangkan anaknya dan biarlah hanya Allah sahaja tahu bertapa remuknya hati bila anak kesayangan pergi meninggalkan dia.

"Er... Maaf ni Encik Azam kan? "Soal Doktor yang baru sahaja keluar dari bilik Harash. Puan Hani yang sedang menangis terus mengelap air matanya di pipi. Encik Azam terus bangun menghadap Doktor Ariel yang sememangnya adalah Doktor peribadi Harash.

"Ya ni saya Doktor Ariel. Macam mana dengan Harash? Dia baik² jer kan? " soal Encik Azam. Doktor Ariel memandang ke arah Puan Hani yang baru reda dari menangis.

"Erm  Encik, baik kita bincang di bilik saya sebentar. Puan Hani boleh masuk ke dalam untuk melihat Harash. Alhamdulilah dia bertambah okey tapi sekarang dia tengah berehat dan biarkan dia tidur dahulu." ujar Doktor Ariel sambil tersenyum kecil. Puan Hani mengangguk lalu bergerak masuk ke dalam bilik Harash. Manakala Encik Azam dan Doktor Ariel meneruskan perbincangan di dalam bilik Doktor tersebut.

+++

"Mama... Dah siap? Cepat lah ma, Ayra risau kan Harash ni" laung Ayra di ruang tamu. Encik Hisyam yang juga sudah bersiap untuk ke hospital bergerak ke luar untuk menghidupkan enjin kereta.

"Ya ya... Mama dah turun ni"ujar Puan Mardhia sambil segera menuruni anak tangga rumahnya. Mereka bergerak ke hospital setelah pintu rumah telah dikunci.

"Ayra, macam mana Harash boleh masuk hospital ni? "Soal Puan Mardhia.

"Haykal kata dia pengsan kat sekolah. Pastu cikgu bawa dia ke hospital then Ayra lawat dia . Dia kata dia haus masa tu dia nak air, jadi Ayra keluar untuk beli air. Sampai² jer dia pengsan lagi. Nak cakap dia sakit, dia tak share pulak kat Ayra mama" jelas Ayra. Encik Hisyam yang sedang memandu kereta hanya mendengar cerita dari anaknya. Puan Mardhia hanya mengangguk kecil. Tidak tahu mahu menyoalkan apa lagi.

Kata Akhirmu
Bersambung

[C]Kata Akhirmu✓ Where stories live. Discover now