12|KAMU

691 63 2
                                    

   Seperti biasa Ayra dan Harash pergi ke sekolah bersama cuma kadang-kadang sahaja mereka tidak gerak saing. Sampai sahaja di sekolah, mata sekelilingnya mula menarik perhatiannya. Ayra berasa kurang enak dengan sambutan mata yang diterimanya. Harash disebelahnya hanya diam kerana dia tahu apa yang terjadi pada tempoh hari

"Err Harash ,asal aku macam ada buat salah? " soal Ayra yang sedang berjalan beriringan dengan Harash

"Memang kau ada buat salah pun" balas Harash selamba sambil kedua tangannya di masukkan dalam kocet seluar. Ayra memandangnya hairan

"Salah apa? Bagitahu lah aku! " paksa Ayra sedikit keras

"Kau dah buat orang lain jatuh hati gan kau. Tu kau kena tanggung sendiri lah sebab aku tak boleh tolong" balas Harash selamba dan terus bergerak sedikit laju dari Ayra

"What? Apa masalah diorang ni?" ujar Ayra dalam hati. Mata memandang di biarkan saja

+++

"Weh kau ok tak? " bisik Mika di sebelah Harash. Harash hanya mengangguk

"Harash" panggil seseorang. Harash mengangkat kepala melihat orang yang panggil itu. Zafran. Harash mengangkat tangan menandakan untuk dia tunggu sekejap. Buku² di atas meja segera di tutup

"Aku keluar jap dengan Zafran. Kau cakap kat cikgu yang aku gan dia gi tandas. Ha" ujar Harash lalu beredar pergi setelah memberikan pesanan pada Mika

.
.
.

"Dan aku tak rasa yang dia saja²" ujar Harash sambil memandang ke arah Zafran dihadapannya. Meja kosong ditepinya segera diduduki oleh Harash.

"Kalau betul dia suka kat Ayra apa yang kita nak buat? " soal Zafran. Risau.

"Herm, aku tak boleh buat apa. Walaupun aku suka kat dia, aku tahu dia mungkin ada suka dekat lain. Macam mana kau boleh gaduh dengan dia? " soal Harash hairan.

"Macam ni cite dia"

Flashback

"Aku nak bagi tahu kau yang Ayra tu aku punya. Aku tahu kau suka kat dia. Aku harap kau buang je lah angan² mak jenin kau tu" ujar Zafran sinis

"Ohh really?  Kau siapa nak arah kan aku?  Suka hati aku lah nak suka kat siapa pun" ujar Izz Naufal tenang. Jawatan sebagai ketua pengawas harus dijaga dengan baik. Dia harus pastikan tiada berlaku tumpah darah di situ walaupun hatinya sudah panas melayan Zafran di hadapannya. Zafran. Kenapa dia pulak yang munculBukannya Harash yang harus tegah semua ini?

"Aku tak nak hati Ayra akan terluka dengan apa yang kau buat satu hari nanti!" balas Zafran sedikit berang. Mana tidaknya, orang dihadapnnya hanya membuat muka minta penumbuk.

[C]Kata Akhirmu✓ Where stories live. Discover now