07| KAMU

769 74 3
                                    


   Kedengaran gelakkan suara yang kuat dari bilik wad Harash. Ayra yang baru balik dari tandas tersenyum di depan pintu. Mana tidaknya, Harash sudah sedar. Sejak sampai ke hospital bersama dengan keluarganya, Harash masih salam ketiduran. Sampai lah Ayra keluar untuk pergi ke tandas.

"Assalammualaikum"ujar Ayra sebaik sahaja menolak pintu itu. Mereka menjawab salam . Harash yang sedang minum air terhenti dan letak kembali air itu ke sebelah sisi mejanya. Bibirnya tersenyum melihat Ayra. Ayra terus duduk di sisi Puan Mardhia. Nampaknya, Encik Hisyam, Encik Azam, Puan Hani dan Puan Mardhia rancak berbual. Ayra mengambil kesempatan untuk bercakap dengan Harash di hadapannya.

"Harash" panggil Ayra. Harash menoleh ke arah Ayra. Keningnya terangkat sebelah.

"Herm"balas Harash.

"Kau ada sakit ke? "Soal Ayra. Lagi tadi dia asyik memikirkan tentang hal itu. Harash tersenyum nipis.

"Mana ada... Lagipun, esok aku dah boleh balik. Kau jangan lah risau aku ok jer lah.Aku penat sikit jer" balas Harash. Ayra terdiam seketika.

"So esok kau tak sekolah lah kan? " Soal Ayra. Harash menggeleng.

"Aku boleh jer sekolah tapi ayah aku tak kasik" balas Harash. Ayra menganguk kecil.

"Harash, kami balik dahulu eh,sebab ada banyak hal lagi nak diuruskan" ujar Encik Hisyam. Harash menganguk lalu memberikan senyuman.

"Dady,awalnya?" soal Ayra. Ye lah baru dapat jumpa Harash dah ajak balik.

"Ayra,dady ada banyak kerja sayang" balas Encik Hisyam. Ayra mengangguk kecil lagi. Harash tergelak kecil di dalam hatinya apabila melihat muka monyok Ayra. Bentuk wajah Ayra di simpan rapi di sudut lubuk hatinya, yang tiada siapa akan tahu apa isi sebenarnya kecuali Allah s.w.t yang maha pencipta.

+++

Keesokkan harinya, pelajar belajar seperti biasa. Liya dan Miera berbual dengan rancak sekali, maklumlah cikgu yang mengajar subjek sn tidak masuk ke kelas lagi. Ayra masih fokuskan dirinya dengan membuat homewrok yang ditinggalkan oleh Sir Rizuan sebentar tadi.

"Hii" tegur seseorang. Ayra memandang ke sebelah kanan. Zafran. Ayra memandang kembali ke arah bukunya. Zafran mengeluh kecil.

"Assalammualaikum" ujar Zafran. Dan kali ini Ayra menjawab salamnya. Zafran mengukir senyuman.

"Boleh berkenalan dengan kau? " ujar Zafran setelah duduk di kerusi sebelahnya yang kosong itu.

"Kau dah tahu kan nama aku? Buat apa nak berkenalan lagi? "Soal Ayra tetapi matanya fokus melihat buku tulisnya.

"Erm itu dari segi luaran jer bukan secara dalaman" ujar Zafran sambil melihat Ayra yang masih membuat homework.

"Maksud kau? "Soal Ayra sambil mengalihkan pandangannya ke arah Zafran. Hatinya sedikit terkejut kerana wajah Zafran betul² di hadapannya ketika itu. Mata dia, Mulut dia cukup membuat hatinya cair. Bagi dirinya, bukan dia tidak suka bergaul dengan Zafran tapi dia lebih suka berkawan dengan Haykal, Mika, Harash dan dua peneman dia iaitu Miera dan Liya. Tanpa sedar Ayra terenungkan wajah Zafran ,Lama–

"Puas tenung aku? "Soal Zafran tiba² dan membuatkan lamunan Ayra tersentak. Pipi Ayra sudah mula naik merah apabila sedar akan kelakuannya. Malu!

[C]Kata Akhirmu✓ Where stories live. Discover now