03| KAMU

1K 93 3
                                    

   
   SMK ELIT DIRAJA menjadi sebuah sekolah yang cukup terkenal oleh semua sekolah yang lain. Tahap pretasi pelajarnya yang bergitu tinggi dan cemerlang itu menjadi ketakutan pada semua sekolah. Tambahan pula dengan pelajarnya juga bergitu clever dan aktif dalam semua bidang.

Program yang diadakan di sekolah itu juga akan turut disertai oleh semua pelajar dan antaranya ialah Ayra dan juga Harash. Ayra selalunya akan mendapat tempat pertama dalam acara seperti bulan bahasa, pantun dan sebagainya. Kadang kala cikgu juga turut berbangga dan kagum dengan kebolehannya.

Harash pula mahir dalam acara sukan seperti ragbi, bola sepak, bola tampar dan sebagainya. Harash juga merupakan atlet sekolah. Rakan sahabatnya juga berkebolehan dalam bidang sukan.

Acara merentas desa diadakan awal tahun. Kejohanan balapan dan padang juga akan berlansung tidak lama lagi. Sememangnya yang mana ada jawatan akan sibuk dengan hal-hal yang perlu diuruskan untuk acara tersebut.

"Miera, dengar cerita ada budak baru nak masuk kelas kita dan katanya lelaki tu handsome? "Liya yang berada di sebelah Miera terus memandang ke arah Ayra yang bertanyakan tentang itu. Miera juga turut memandang ke arah Ayra.

"Eh betul lah tu Ayra. Lelaki tu handsome gile! " balas Liya dengan teruja sambil menepuk tangan. Miera dan Ayra berpandangan antara satu sama lain.

"Hello, jangan gedik depan aku boleh tak? Sakit mata aku"ujar Miera dengan jelingan. Liya terus memasamkan muka. Ayra sudah menggelingkan kepala. Sudah masak dengan perangai sahabatnya yang kadangkala masuk air tu.

"So, ada berita apa² lagi? Ye lah kau pengawas of course tahu " ujar Miera sambil mengemaskan buku-buku yang berada di atas mejanya.

"Erm ada! Aku rasa mesti korang akan teruja punya"balas Ayra sambil menjongketkan kening kanannya. Liya dan Miera berpandangan lalu memandang ke arah wajah Ayra yang putih mulus bak sutera tu.

"Apa dia? "Jawab serentak Liya dan Miera

"Acara kejohanan balapan dan padang tinggal beberapa minggu sebelum periksa di mulakan, so korangkan naib pengerusi and Setiausaha, mesti busy kan? Jadi tak dapat lah aku nak belanja korang shoping lagi"Ujar Ayra sambil tersengih lalu bangun dan beredar dari tempat mereka. Manakala Miera dan Liya sudah ternganga. Pasti yang Ayra sedang mengenakannya. Tahula Ayra tu anak orang kaya, belanja demi kawan pun sanggup .

.
.
.

Sementara itu, Ayra dipanggil oleh guru kelasnya kerana ada perkara nak dicakap. Yang peliknya kenapa dia dan bukan ketua kelas and penolong kelas? Mungkin cikgu lebih percaya dengan dirinya maybe?

"Cikgu tadi panggil saya kan? "Ujar Ayra setelah masuk ke dalam bilik guru dan kelihatan cikgu Sarah sedang duduk di sofa dan bersama seorang pelajar lelaki. Pandangannya di abaikan dan hanya memfokuskan ke arah cikgu Sarah.

"Ayra, cikgu nak kamu bawa dia masuk ke kelas kamu. Cikgu tak sempat nak bawa dia ke kelas sebab kejap lagi ada mesyuarat jadi semua guru terlibat. Lagi satu jaga kelas supaya tidak bising sangat. Faham? " Ayra mengangguk tanda mengerti. Lelaki itu nampaknya sedang menulis sesuatu di dalam kertas mungkin borang.

"Sudah? "Soal cikgu Sarah. Lelaki itu mengangguk lalu menyerahakan kertas itu kepada cikgu Sarah. Lelaki itu mendogak lalu memandang ke arah Ayra yang sedang berdiri di tepi sofa. Ayra terkedu. Pandangannya yang agak memukau. Lelaki itu tersenyum lalu memandang ke arah cikgu Sarah di hadapannya .

"Cikgu dah boleh masuk kelas?" soal lelaki itu.

"Erm sudah. Kamu boleh ikut Ayra ke kelas kamu"balas cikgu Sarah lalu bangun diikuti dengan lelaki itu lalu Ayra dan lelaki itu keluar dari bilik guru itu. Dalam perjalan ke kelas, Ayra hanya diam sahaja. Lelaki yang di belakangnya tidak senang hati.

"Er... Ayra"panggil lelaki itu. Ayra terus memberhentikan langkahnya lalu memandang ke arah lelaki yang berada di belakangnya.

"Macam mana kau tahu nama aku?" soal Ayra. Lelaki itu tersenyum. Ayra sudah semakin pelik dengan perangai lelaki di hadapannya. Gila ke apa senyum-senyum?

"Tadi cikgu Sarah panggil nama kau kan tadi?"Balas lelaki itu. Ayra terdiam sekejap. Hatinya mencarut.

"Bodoh betul lah aku ni, elok tadi cikgu Sarah sebut nama aku " Ayra hanya menjeling lalu memulakan langkahnya bergerak ke arah kelas.

+++

Harash dan rakannya baru sahaja selesai latihan di padang. Untuk mengekalkan juara rumah sukan kenalah berlatih kan? Harash dan Ayra adalah rumah sukan yang sama iaitu rumah hijau. Kebetulan agaknya. Selepas mereka masuk ke dalam kelas, keadaan kelas tersebut bising sedikit kerana cikgu tak ada.

"Penat siak lari kat padang tadi. Dah lah panas"rengek Mika sambil mengambil botol air di dalam beg sekolahnya. Haykal di sebelahnya hanya mengangguk kerana kepenatan. Harash hanya diam lalu mengambil buku tulis kecil dan mula mengipas ke arah dirinya. Harash yang perasan Ayra tiada di dalam kelasnya mula memandang isi sekelas. Tiada. Di pandangnya ke arah Miera.

"Miera" jerit kecil Harash yang tidak beberapa jauh dari Meira di hadapannya. Miera menoleh kebelakang lalu menjongketkan kedua keningnya.

"Mana Ayra? "Soal Harash

"Dia keluar kejap cikgu Sarah panggil" balas Miera lalu menoleh kembali ke hadapan selepas melihat anggukkan kecil dari Harash. Hatinya sekaan tidak sedap saat itu.

.
.
.

"Assalammualaikum"ujar Ayra setelah tiba di kelasnya. Harash di belakang tersenyum lega. Tetapi senyumnya mati setelah melihat ada seorang pelajar lelaki yang masuk mengikut Ayra dari belakang. Suasana kelas menjadi senyap dan pelajar perempuan mula membisik antara satu sama lain. Sekajap pandang lelaki itu sekejap menoleh ke kiri dan kekanan. Ayra sudah menjeling ke arah mereka. Nampak lelaki kacak sikit dah melenting. Kacak sangat ke dia? Apa? Kacak? Whatever

"Hari ni ada rakan baru masuk kelas kita. Ha kau cepat kenalkan diri dan nanti duduk kat tempat...situ k" matanya mengecil mencari tempat duduk kosong. Matanya tertumpu di bahagian meja yang kosong itu di sebelah tingkap. Lelaki itu memulakan pengenalan dirinya.

"Hi,Nama aku... Mohd Zafran Kyle dan boleh panggil aku Zafran"ujarnya dengan tenang beserta satu senyuman ke arah Ayra. Ayra yang perasan itu terus menoleh ke arah lain. Harash di belakang hanya sekadar memerhati tetapi hatinya mula merancang sesuatu.

Zafran duduk di tempatnya dan meletakkan beg di sebelahnya. Kebetulan yang dia memang duduk tak ada berteman.

"Er... Zafran, apa nama insta you? " Soal satu pelajar perempuan yang tiba-tiba datang menghampirinya. Zafran tersenyum.

"Nanti I bagi okey? "Balas Zafran. Perempuan itu sudah teruja sambil tersenyum. Dah nama pun perempuan gedik memang gitulah perangainya. Harash yang melihatnya terasa menyampah. Apa yang ada dekat lelaki itu pun tidak tahu lah.

Liya yang berada di sebelah Miera asyik menoleh ke belakang ke arah Zafran. Ni lagi sorang, gedik memanjang jer.

"Weh dia ada cakap apa-apa tak masa kau bawak dia ke sini? "Soal Liya kepada Ayra.

"Ada"balas sepatah Ayra. Dalam hatinya mula tersenyum senget.

"Ha? Apa dia? "Soal Liya dengan semangat. Ayra tersenyum lagi

"Dia cakap aku paling cantik kat dunia ni". Liya sudah memasamkan mukanya setelah melihat Ayra dan Miera sudah ketawa terbahak-bahak. Tahu dirinya di kenakan lagi. Haih– Apa lah nasib kau ni Liya.


Kata Akhirmu
Bersambung

[C]Kata Akhirmu✓ Where stories live. Discover now