Bab 1

8.7K 94 2
                                    

“Abang, bangun sayang...”

Suara gemersik itu umpama melodi indah yang menyapa pendengaran. Andika masih memejam mata. Dia senyum apabila dia terasa hembusan perlahan di telinganya.

“Bangunlah sayang...”

suara gemersik itu masih cuba mengejutkan dia daripada tidur.

Pap!

“Auw!!!”

Andika rasa pipinya pijar akibat ditampar. Suara gemersik hilang diganti pula dengan suara halus yang bising.

“Bangunlah papa! Bangunlah papa! Bangunlah!!

Andika segera membuka mata. Tangan kecil masih menampar muka dan lengannya.

“Sofia... kenapa tampar muka papa. Sakit tau”

Andika bangun dari baringan. Dia pandang wajah anaknya, Sofia Tihani yang berwajah cemberut sambil memeluk tubuh. Lagak gaya seperti seorang ibu yang marah anak lelakinya bangun lambat.

“Papa janji nak buat Pia sarapan... Mana lempeng Pia?”

Andika meraup wajahnya. Aduhai... dia tertidur pula selepas balik solat subuh di masjid.

“Dah pukul berapa ni Pia?”

“Manalah Pia tau, papa. Pia kan tak reti tengok jam”

Jawab anak kecil itu. Andika ketawa kecil.

“Sorry sayang... Papa lupa. Papa Juna mana?”

“Belum bangun...”

“Belum bangun?”

Andika geleng kepala. Bertuah punya adik. Sebelum pergi masjid  tadi aku dah gerak, sekarang pun dia tak bangun lagi? Entah dia solat subuh ke tidak tadi! Jaga kau!

Andika turun dari katil.

“Pia tunggu papa kat meja makan. Kejap lagi papa siapkan sarapan”

Dia mencium pipi gebu anaknya yang sudah berusia lima tahun itu.

“Papa busuk!”

Sofia menyapu pipinya dengan tangan. Andika ketawa besar sambil menggosok kepala anaknya itu.

“Okey sayang. Papa pergi cuci muka sekejap.. Pia, tunggu papa kat bawah”

Arah Andika. Dia mencapai tuala dan berlalu masuk ke bilik.

Andika buka paip air. Dia membasuh wajahnya, kemudian merenung wajahnya pada cermin. Ada keluhan kecil kedengaran. Dia masih dapat mengingati gemersik suara yang mengejutkannya daripada tidur tadi. Aira...

“Kenapa masih tak boleh aku lupakan kau Aira....”

Suaranya sedikit mengeluh. Dia benci dengan masalahnya yang satu ini. Sudah tiga tahun dan dia masih gagal mengatasinya.

Andika mencapai tuala dan mengeringkan wajah yang basah. Lebih baik dia segera ke dapur dan menyiapkan sarapan Sofia. Kalau dia terus berfikir tentang orang yang dah lama tiada depan mata, satu kerja pun tak jadi nanti. Hari itu ada banyak kerja yang perlu dilakukan memandangkan majlis perkahwinan sepupunya, Reyhan akan diadakan esok.

"Papa cepatlah! Pia dah lapar ni"

"Sabar,sayang...papa nak hidang la ni"

Andika segera menutup api dapur. Lempeng di dalam kuali segera diangkat lalu diletakkan di dalam pinggan. Kemudian segera dihidangkan di atas meja. Anak kesayangannya itu menjerit girang.

“ Yey, lempeng Pia dah siap!”

Andika ketawa melihat gelagat anaknya. Setiap pagi itulah rutin hariannya. Bezanya di hari minggu begitu dia turun ke dapur agak lewat kerana Sofia tidak ke sekolah.

Seindah Tujuh Warna PelangiWhere stories live. Discover now