BAB 2

7.2K 72 0
                                    


"Adik nak bertolak sekarang atau nak sarapan dulu? Baru pukul 8.00 pagi ni"

"Tak apalah kak. Kita bertolak sekarang aja. Saya dah sarapan"

"Okeylah kalau macam tu"

Aira sekadar senyum tawar lalu terus masuk ke dalam teksi. Dia tak sangka pula pemandu teksi yang disewanya perempuan. Bagus juga. Tak adalah dia rasa tak selesa sepanjang perjalanan pulang ke kampung. Rasa lebih selamat kalau dia tertidur kerana perjalanan itu memakan masa hampir tiga jam.

Sebenarnya sejak semalam dia sudah tiba di Kuala Lumpur. Entah kenapa sebaik menjejak kaki di lapangan terbang, rasa berdebar makin menjadi-jadi. Dia hilang keyakinan diri lantas mengambil keputusan untuk menginap di hotel sahaja.

Malam tadi pun dia masih tak dapat tidur lena walaupun dia sudah menelefon syarikat perkhidmatan teksi dan membuat tempahan untuk perjalanan keesokan hari.

Sekarang, dia sudah berada dalam teksi pun dadanya masih kuat berdetak dan Aira lihat jemari menggigil. Sungguh dia gementar untuk menjejakkan kaki di kampung yang sudah tiga tahun ditinggalkan tanpa khabar berita.

" Adik okey ke?"

"Huh? Okey.. Saya okey kak"

Aira senyum dan tertawa kecil. Agaknya kakak yang sedang memandu itu perasan tingkah lakunya melalui cermin pandang belakang.

" Kalau nak ke tandas ke apa beritahulah. Akak boleh berhenti. Kita pun jauh lagi perjalanan ni"

Wanita berpakaian seragam putih dan bertudung rona yang sama itu agak peramah.Senyuman tak lekang dari bibirnya. Wajah yang tanpa solekan itu nampak seperti kepenatan. Mungkin kurang tidur kerana penat bekerja.

" Datang KL ni kursus ke?"

Tanya wanita itu lagi. Masih tak berputus asa untuk memancing Si Cantik yang menyewa teksinya itu. Orangnya berkulit putih melepak dan pipinya kemerah-merahan entah kerana memang pemalu atau semula jadi begitu.

" Tak... Saya baru sampai dari Indonesia kak"

"Oh... Baru balik bercutilah ni..." Teka wanita itu.

"Tak ..."

Aira geleng. Terkebil-kebil matanya yang berbulu lentik semulajadi itu memandang ke arah cermin pandang belakang. Pemandu itu ketawa sambil memandang juga cermin yang sama. Begitulah cara komunikasi mereka.

"Bukan juga...habis tu kamu buat apa kat sana?"

"Saya kerja kat sana kak" Aira mula selesa nak berbual. Wanita itu tetap tekun memandu dan berhati-hati walaupun mereka saling berbual.

"Kerja kat sana... Eh, orang sana berebut datang kerja kat sini, adik pula kerja kat sana? Kerja apa?"

Soalan itu bernada hairan.

"Err... Saya buat banyak kerja. Saya guru di panti asuhan.. maksud saya, cikgu di rumah anak yatim. Hari minggu saya jadi pemandu pelancong sebab tempat saya tinggal tu antara wisata tumpuan pelancong..biasanya saya guard pelancong dari Malaysia"

"Oh..." wanita itu angguk tanda faham.

" Indonesia di belah mana?"

"Cibubur.."

"Dah berapa lama kerja kat sana?"

"Kurang lebih tiga tahun kak"

"Lama juga... Tapi bercakap masih loghat Malaysia ya? Tak ada bunyi telo seberang pun. Tu pasal akak ingat adik ni kursus aja di KL ni"

Seindah Tujuh Warna PelangiWhere stories live. Discover now