BAB 7

5.6K 95 5
                                    

“ Jadi selama ni kau ada di Indonesia?”

Zara bertanya sebaik saja Aira selesai bercerita tentang ke mana dia menghilang selama ini.

“Macam aku ceritakan tadilah. Aku tak rancang untuk tinggal kat sana pun. Semuanya secara kebetulan. Kalau Allah tak temukan aku dengan Yuliana. Aku pun tak tahu hala tuju aku”

Aira memerhatikan Sofia yang sedang bermain tidak jauh dari wakaf tempat dia berbual dengan Zara.

Tetamu yang datang ke kenduri perkahwinan abangnya juga kelihatan semakin ramai.

“ Semua poskad yang aku terima tu, kau kirim masa kau bercuti dengan Yuli?”

“Aku jumpa Yuli masa aku melancong di Thailand. Kemudian dia ajak aku ikut dia balik ke Indonesia. Aku pun belum pernah ke Cibubur, jadi aku ikut dia balik. Tak sangka pula ibu dia Bunda Sholeha offer aku kerja di rumah anak-anak yatim yang dia uruskan.”

“Kau terima macam tu aja?”

“Taklah. Aku balik dulu ke Malaysia. Aku tinggal tiga bulan di rumah sewa kat KL. Selepas urusan visa pekerja dan semua keperluan selesai, aku kirim surat kat kau.”

“Hmm.. itu surat terakhir aku terima daripada kau. Aku ingat lagi surat tu ada cop Kuala Lumpur. Walaupun dalam surat tu kau tulis kau dah dapat kerja dan minta sesiapapun jangan cari kau lagi, aku tetap beritahu pada Abang Rey. Dia cari kau kat KL sana tau. Patutlah tak jumpa”

“ Masa kat Cibubur, aku teringin juga hantar khabar berita kat kau tapi aku rasa, lebih baik tiada siapa tahu aku kat mana. Aku pun tak nak menyusahkan Abang Rey cari aku.”

“Kenapa kau tak tulis surat kat keluarga kau? Dia orang risau tahu tak. Mak kau tu, boleh dikatakan setiap minggu call aku tanya ada terima surat kau ke tidak”

Aira tidak menjawab soalan itu. Kenapa emaknya nak risau pula sedangkan emak sendiri yang tak mahu dia tinggal dalam keluarga itu sekiranya bercerai dengan Andika.

“Kau merajuk dengan mak ayah kau kan?”

“Kalau mak terima aku balik tinggal dengan dia lepas aku bercerai, aku tak pergi jauh ke tempat lain. Tinggal seorang diri di negara orang dan menumpang kasih sayang keluarga lain, kau fikir aku tak rindukan keluarga aku sendiri?”

Zara hanya mampu memandang simpati.

“ Tapi kau boleh tinggal dengan abang Rey kan? Lagipun, Marah mak pada kau tak lama mana pun. Abah kau pun, tiap kali aku jumpa dia asyik cakap dia rindukan kau”

“ Zara... Masa aku bercerai, ada dua perkara yang aku risaukan. Bagaimana aku nak mulakan hidup baru kalau aku masih di tempat yang sama. Andika akan gunakan anak aku untuk dapatkan aku balik”

“ Balik aja pada dia kalau kau susah nak lupa...”

“Kalau aku nak balik dengan dia buat apa aku bercerai. Aku dah bagi peluang banyak kali kat dia Zara sampai akhirnya dia dah tak ada nilai pada mata aku. Itupun, aku terpaksa lepaskan anak aku pada dia sebab dia ada segala-galanya sedangkan aku tak ada apa-apa”

“ Tapi dia besarkan Sofia dengan baik, Aira. Bukan senang jadi bapa tunggal apatah lagi kau langsung tak balik jenguk anak. Kau cuma bercerai dengan Abang Andi bukan dengan anak kau sekali”

“Aku akui dia ayah yang baik sebab tu aku tak risau tinggalkan Sofia dengan papa dia...”

“Sayangnya... dia bukan suami yang baik bagi aku”

Aira segera menyeka airmata yang mahu tumpah. Hati mana yang tak sakit apabila dicurangi dan ditipu berkali-kali. Cukuplah!

“Assalamualaikum. Apa yang rancak sangat dibualkan sampai tak peduli orang sekeliling”

Seindah Tujuh Warna PelangiWhere stories live. Discover now