BAB 16

5.3K 88 2
                                    

Aira melihat keadaan bilik yang sudah berkemas. Dia risau jika ada barang yang tertinggal. Sekejap lagi dia akan meninggalkan rumah abangnya itu. Entah bila pula dia akan kembali dia sendiri tak pasti.

Beberapa hari yang lalu, keadaan agak tegang dengan masalah rumahtangga abangnya. Nak masuk campur, dia sendiri pun tak mampu nak pertahankan rumahtangganya.

Dia pun tak sangka abangnya Reyhan boleh terpengaruh dengan Andika. Ingatkan dah insaf, rupanya masih lagi nak merosakkan hidup orang lain.

Aira rasa lega kerana perang dingin Reyhan dan Aisyah berakhir dan tidak berpanjangan. Syukurlah ada khabar gembira yang jadi penyelamat.Memang betul orang kata, anak adalah penghubung kasih ibu bapa.

Kalau bukan sebab Aisyah mengandung, agaknya lagi panjanglah drama merajuk kakak iparnya itu. Nasib baik merajuk manja sahaja, kalau dibuatnya minta cerai macam aku ni, nauzubillah.

Cukuplah dia sahaja yang ikutkan rasa amarah dan jiwa muda. Mungkin kalau dia lebih kuat dan sabar dengan perangai tak semenggah Andika, hari ini Sofia tentu tahu siapa ibunya. Tak perlulah anak itu membesar dengan didikan ayahnya sahaja.

Namun begitu, ada juga hikmah di sebalik perpisahan itu. Andika lebih bersikap bertanggungjawab menjaga segala keperluan Sofia.

Kalau dulu, jarang Sofia dapat bersama papanya. Sibuk memanjang dengan urusan kerja. Dia pula sampaikan lupa terus niat bekerja dan sambung belajar demi menjaga Sofia.

Dia tahu, Andika seorang ayah yang baik. Bagaimana pula dengan dia? Seorang ibu yang baik tak akan meninggalkan anaknya membesar tanpa mengenal siapa ibunya.

Aira tak mahu lagi menyesali apa yang telah terjadi. Dia berjanji setahun dua lagi dia akan jelaskan semuanya kepada Sofia. Anak itu masih terlalu kecil untuk memahami erti perceraian.

Aira menutup pintu bilik lalu menarik beg pakaiannya. Kemudian dia berhati-hati menuruni anak tangga. Sampai di ruang tamu dia lihat ahli keluarganya sudah menanti. Allah sahaja yang tahu betapa berat hatinya untuk pergi.

"Tak ada barang yang tinggal?"

“Tak ada mak... Kalau ada pun, hati anak mak aja yang tinggal kat sini" jawab Aira.

Zawiyah memeluk dan mencium pipi anaknya itu. Begitu juga dengan Aira.
"Jangan lupa call mak. Jangan senyap aja macam dulu" Pesan Zawiyah.

Tak pernah sehari pun dia tidak risaukan Aira semenjak anak itu meninggalkan keluarga.

"Mak, terima kasih selalu jenguk Sofia. Aira minta maaf sebab tak dapat penuhi kehendak mak dan abah. Aira masih tak boleh terus tinggal kat sini."

Kalau ikutkan hati tak mahu Aira melepaskan dakapannya. Dia menahan airmata yang mula bergenang. Dia tak mahu menangis lagi.

"Tak apa nak... Bila cuti  kamu baliklah ke sini. Mak tak marah kamu lagi dah. Asal kamu bahagia dan ingatkan mak dan abah...ingat abang-abang kamu... Pergilah sejauh mana pun"

Zawiyah meyakinkan anaknya. Sekarang, hatinya sudah berasa lega kerana sudah tahu anaknya di mana.

"Abah mana mak?"

Aira tercari-cari kelibat abahnya di ruang tamu.

"Ada di luar sana. Dia pergi ambil Sofia. Abah fikir, kamu tentu nak jumpa Sofia sebelum bertolak. "

"Aira, biar abang bawakan beg tu"

Reyhan segera bangun lalu mengambil beg di tangan Aira. Aisyah turut menemani Aira keluar dari rumah itu.

Hari itu Aira akan kembali ke Cibubur. Walaupun berat hati mereka sekeluarga melepaskan Aira pergi tapi mereka perlu terima keputusan Aira dengan berlapang dada.

Seindah Tujuh Warna PelangiWhere stories live. Discover now