BAB 10

5.5K 97 10
                                    

Aira menolak troli sambil matanya memerhati Sofia yang meletak beberapa bungkus biskut dan coklat yang diambilnya di rak.

" Ada lagi?" tanya Aira. Sofia angguk.

" Pia nak buku warna"

"Ada jual kat sini ke?"

"Ada... Kat sana tu" tunjuk Sofia ke satu arah.

Tak sempat Aira nak bertanya lagi Sofia sudah berlari ke arah bahagian alat tulis. Pasar raya itu memang luas.

Pada awalnya dia berniat nak pergi ke mini market sahaja tetapi Sofia beriya pula mengajak ke pasar raya milik bekas suaminya itu. Dia bimbang jika terserempak dengan Andika tapi sudah 30 minit dia dan Sofia berada di situ namun kelibat Andika tidak kelihatan.

Aira hampir mentertawakan diri sendiri. Agak mustahil Andika berada di situ kerana lelaki itu bukan supervisor mahupun pengurus pasar raya bahkan bukan juga pekerja biasa yang sering berlegar di segenap pasar raya.

Dia pemilik pasar raya ni Aira oi.. Paling tak mestilah lelaki itu berada di bahagian pejabat. Tapi manalah tahu dia turun padang tengok pekerja. Nampak pula aku kat sini dengan Sofia.. Apa aku nak jawab?

" Auntie Aira... Sinilah cepat!"

panggil Sofia. Cepat-cepat Aira menolak troli yang agak penuh dengan barangan dapur.

Memandangkan Reyhan sudah lama meninggalkan rumah, tentu tiada lagi barang basah di dalam peti ais. Walaupun rutin ahli keluarganya makan di rumah Kak Yam, tapi dia selalunya mengelak untuk makan bersama-sama melainkan dia yakin Andika tak ada satu meja dengannya.

Dia tak mahu dekat dengan lelaki itu sebab dia tahu, aura negatif antara mereka terlalu kuat. Asal dekat aja nak bertengkar. Baik tak payah jumpa terus lagi baik.

"Hai Aira!"

Terkejut Aira apabila suara garau menegurnya. Kus semangat... Nasib tak luruh jantung aku! Ingatkan abang Andi tadi.

Aira mengecilkan mata sambil lama memerhati lelaki yang menegurnya itu. Orangnya tak begitu tinggi dan berkulit sawo matang. Mukanya ada banyak kesan parut jerawat. Pakaiannya segak dan formal. Siap pakai tali leher warna biru laut sama rona dengan baju kemejanya. Rambutnya pula rapi disikat belah tepi.

" Dah tak kenal abang ke?"

Lelaki itu bertanya sambil senyum kambing. Aira masih berfikir. Siapa ya? Siap gelar diri abang pulak tu! Seingat Aira yang selalu dia panggil abang sahaja cuma abang kandungnya Reyhan dan Iskandar.

Dulu, masa dia masih isteri Andika, memang lelaki itu dipanggil abang yang memang menjadi kebiasaan panggilan untuk suami dalam budaya masyarakat Melayu.

Masalahnya, lelaki di depannya ini yang masih tersengih-sengih gatal bukan Andika. Memang jauh panggang dari api.

Andika kalau senyum boleh gugur jantung. Bawa sampai ke malam pun masih boleh teringat senyuman membunuh tu. Tapi itu dulu, masa zaman remaja dan dia terlalu naif untuk mengenali hati budi seorang Andika.

Kalau sekarang ni, senyumlah sampai ke telinga pun Andika takkan lagi mampu meragut jantungnya. Menyampah lagi ada!

"Lama sangat fikir tu... Ini abang Farouklah... Tak ingat? Kawan baik Andika"

"Oh... Encik Farouk... Patutlah"

Aira tersenyum. Patutlah macam kenal aja senyuman gatal tu!

"Apa yang patut?"

"Err..tak ada maksud saya patutlah tak cam. Dah lama tak jumpa Encik Farouk"

"Apa pulak panggil encik... Abang saja cukup"

Seindah Tujuh Warna PelangiWhere stories live. Discover now