BAB 4

6K 86 5
                                    

Bunyi kicauan burung yang keluar mencari makan di waktu pagi semakin rancak. Remang cahaya pagi juga sudah semakin jelas kelihatan.

Aira membuka pintu laras dan mengikat tirai supaya keindahan suasana di luar lebih jelas kelihatan dari bilik itu.

Dia baru selesai mengemas pakaian di dalam almari. Sebaik saja dia sampai semalam, dia tidak berkesempatan untuk mengemas. Selain berbual agak panjang dengan abang- abang dan kedua-dua ibu bapanya, Aira hanya duduk berkurung saja di bilik itu.

Entah kenapa dia rasa agak malu dan keberatan untuk keluar dari bilik dan berbual dengan saudara mara yang sudah mula berkampung demi menjayakan kenduri perkahwinan abangnya.

Itupun mujurlah hanya beberapa orang saja yang menumpang tinggal di rumah Kak Yam.

Selepas solat subuh dia turun ke dapur. Niat di hati nak bantu maknya menyiapkan sarapan pagi tetapi dia disuruh pula oleh emak berehat saja di bilik. Lagipun, mak kata sudah ada bakal besannya, Mak Cik Suhana yang membantu di dapur.

Dia sudah diperkenalkan dengan kedua-dua ibu bapa bakal isteri abangnya, Reyhan. Cuma dia masih belum bertemu mata dengan tunang abangnya itu. Tak apalah.. Masih banyak masa lagi.

Aira mengikat rambutnya sambil melangkah keluar ke balkoni. Dia ingin menghirup udara segar kampung halaman. Walaupun dia tidak dilahirkan di situ tetapi dia pernah tinggal agak lama di kampung itu.

Mata Aira sekilas memandang rumah banglo yang tidak jauh dari rumah abangnya itu. Hati mula tertanya apakah isi di dalam rumah itu masih sama?

Dia tidak pernah lagi ambil tahu tentang bekas suaminya, Andika.
Mungkin suasana di rumah sana sudah jauh berbeza.

Barangkali surinya juga sudah diganti baharu. Dia dah tak kesah... Andika bukan lagi suaminya. Sama ada sudah beristeri baharu atau tidak, bukan lagi urusannya.

Cuma kadangkala, sesuatu yang sudah sebati dengan jiwa pasti dirindui. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat berumahtangga.

Agaknya, bagaimana keadaan Sofia Tihani? Anak itu ditinggalkan ketika berusia dua tahun! Baru saja putus menyusu badan. Ibu yang sanggup meninggalkan anak sekecil itu pasti menjadi kecaman ahli keluarga dan saudara mara.

Aira tahu, tindakannya tiga tahun lalu bukanlah yang terbaik. Apakan daya dia wanita yang tidak ada apa-apa. Baik dari segi pekerjaan dan pendapatan dia kalah dengan Andika yang serba serbi sempurna.

Bagaimana dia nak bawa Sofia bersama kalau diri dia sendiri pun tak ada apa-apa. Dia berkahwin ketika usianya 21 tahun. Tidak pernah bekerja dan hanya bergantung seratus peratus kepada suami.

Silapnya dia terlalu yakin dengan cintanya. Dia tak pernah terfikir yang Andika tidak akan pernah rasa cukup hanya dengan seorang wanita bergelar isteri.

Kalau dah namanya lelaki hidung belang, isteri sempurna bagaimana sekalipun tetap juga nak cari yang lain.

" uff... hentikan Aira! Buat apa kau nak ingat dia lagi?"

Aira marah dengan diri sendiri. Bila berjauhan mudah untuk dia lupa tapi kalau dah rumah lelaki itu di depan mata, segala yang pernah berlaku dalam rumah itu dia kembali ingat.

Itu belum lagi berdepan dengan tuan punya badan. Alangkah baiknya kalau dia dapat mengelak daripada Andika sepanjang dia di rumah itu.

Malangnya, kalau dah tinggal satu kawasan, bagaimana mungkin dia mampu mengelak?

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan pada pintu mengejutkan Aira. Segera dia masuk lalu menuju ke pintu. Dalam hati tertanya-tanya, siapa pula yang mengetuk pintunya seawal pagi begitu. Kalau mak, sudah tentu lepas ketuk terus masuk saja.

Seindah Tujuh Warna PelangiWhere stories live. Discover now