BAB 9

5.5K 89 16
                                    

“ Cikgu, kenapa kita tak balik lagi? Kita tunggu papa Pia ke?”

“Taklah... Papa Pia tak boleh ambil Pia hari ni. Dia ada banyak kerja”

Zara menjawab pertanyaan Sofia yang duduk di sebelahnya. Selepas mengunci pintu kelas dan bilik guru, mereka berdua duduk di astaka di halaman sekolah Tadika.

Murid-murid lain semua sudah pulang ke rumah selepas waktu persekolahan tamat.

“Kalau macam tu, cikgu tolong hantar Pia pergi kedai Papa Is”

Sofia menggosok mata. Kasihan pula Zara melihatnya. Agaknya Sofia sudah mengantuk kerana bosan menunggu di situ.

“Tunggulah sekejap sayang. Sekejap lagi ada orang nak datang ambil Pia.”

Pujuk Zara. Sebenarnya, Andika memang tak dapat ambil Sofia tengah hari itu dan memintanya menghantar Sofia ke kafe adiknya Iskandar tetapi dia mendapat panggilan daripada Aira yang bertanyakan tentang Sofia.

Apabila mendapat tahu Andika sibuk dengan kerjanya. Aira yang sedang dalam perjalanan pulang dari kampung orang tuanya di Johor berhasrat mengambil Sofia.

Memandangkan Aira ibu kandung Sofia, tidak wajar jika dia melarang, apatah lagi Aira kawan baiknya.

“Siapa?” Tanya Sofia dengan mukanya yang comel tapi mata semakin layu itu.

“Adalah... Orang tu rindu sangat kat Pia..”

Zara senyum melihat Sofia yang sudah berkerut dahinya.

Tidak lama kemudian, sebuah Audi Q5 masuk ke perkarangan sekolah.

“Aik? Itu kereta Papa Rey... tapi papa Rey dengan Mama Aisy mana ada kat rumah”

Omel Sofia. Zara ketawa kecil. Memang betul Reyhan dan Aisyah tiada kerana pasangan pengantin baru itu telah seminggu berada di negara Balkan untuk berbulan madu.

“Memanglah bukan dia orang. Itu kan Auntie Aira” Beritahu Zara.

“Yey! Auntie Aira datang ambil Sofia?”

“Iya sayang... Dah, Jom cepat kita jumpa Auntie Aira”

Zara mengambil beg galas Sofia. Kemudian dia menuntun Sofia menuju ke arah Aira yang baru keluar dari kenderaan.

“Kau tak beritahu Abang Andi kan?”
Tanya Aira selepas mereka berpelukan seketika. Zara menggeleng.

“Kau jangan risaulah. Biasanya dia tak pernah telefon aku sebab dia tahu yang aku memang akan hantar Sofia ke kafe. Dia akan jumpa anak kesayangan dia ni sebaik saja dia balik ke rumah.”

“Okeylah kalau macam tu. Jadinya, aku ada banyak masa dengan Sofia”

“ Aku balik dululah ya”

“Terima kasih Zara”

“Sama-sama”

Zara berlalu pergi meninggalkan Sofia bersama Aira.

“Auntie nak hantar Pia pergi kafe papa Is ya?” Tanya Sofia sebaik saja masuk ke dalam kereta.

“Iya... kita makan aiskrim dengan kek kat kafe dulu lepas tu Pia teman Auntie pergi shopping boleh?”

“Boleh”

Anak itu angguk. Aira memakaikan tali pinggang keledar demi keselamatan Sofia.

Kemudian dia mencium pipi tembam anaknya itu kerana terlalu rindu. Sudah dua minggu dia balik ke rumah mak ayahnya. Lepas perbalahan kecil antara dia dan Andika tempoh hari, dia ambil keputusan untuk menjauhkan diri.

Seindah Tujuh Warna PelangiWhere stories live. Discover now