BAB 8

5.5K 91 0
                                    

Suasana di luar rumah yang riuh rendah dengan suara ahli keluarga tidak dipedulikan oleh Aira.

Dia sedang menyuap nasi ke mulut Sofia. Malam itu semua ahli keluarga makan malam di luar rumah setelah penat mengemas lewat petang tadi.

“Aira, jom kita makan sekali kat luar.”
Ajak Zawiyah yang sedang menatang dulang berisi beberapa biji gelas minuman sejuk.

“Tak apalah mak. Aira makan dengan Sofia dekat sini aja. Lepas ni, Aira nak temankan Sofia siapkan kerja sekolah dia”

Aira menolak pelawaan itu.

“Iyalah. Kalau macam tu mak ke depan dulu ya”

Zawiyah berlalu pergi.

“Auntie... Lepas siap kerja sekolah, Pia nak mewarna boleh?”

“Boleh sayang...Pia nak warna gambar apa?”

“Gambar pelangi!”

Anak itu menjawab dengan penuh rasa teruja.

"Pelangi ada berapa warna?"

Saja Aira menguji kepintaran anaknya itu.

"Tujuh!... Merah, jingga, kuning,hijau,biru,indigo, ungu!"

bukan main riang anaknya menjawab.

“Pandai....Pia suka pelangi ya? Auntie pun suka juga”

“Yeay! Nanti kita warna sama-sama okey, Auntie?”

“Okey... Dah, duduk elok-elok. Makan tak boleh banyak bercakap nanti tercekik”

Sofia hanya ketawa. Ketika itu Aisyah muncul di dapur.

“Amboi... budak kecik ni... sukanya dia makan dengan Auntie Aira. Dah lupa kat mama Aisy la tu...”

Aisyah mencubit pipi tembam Sofia. Dia seronok melihat anak itu gembira. Andai Sofia tahu Aira sebenarnya adalah ibu kandungnya...

“Buat apa tu?”

Tanya Aira kepada Aisyah yang sedang membuka laci kabinet.

“Nak buat kopi untuk abang sayanglah..”

“Serius? Sejak bila dia minum kopi?”

Aira ketawa. Aisyah turut rasa senang hati mendengar tawa Aira. Sejak tiba di rumah itu, susah benar nak tengok Aira tersenyum apatah lagi ketawa.

“Entahlah... Ini Abang Rey sendiri yang request. Siap suruh letak madu kelulut pula tu. Macam-macam aja kehendaknya tu”

“ Nak bermanja dengan Aisy la tu...”

Usik Aira. Selesai membancuh kopi, Aisyah berlalu pergi. Aira juga sudah selesai makan bersama Sofia. Selepas mencuci tangan dan mulut Sofia, dia menuntun tangan Sofia ke ruang tamu.

Aira mengambil beg sekolah Sofia di atas meja. Beg itu Sofia bawa ke situ petang tadi. Disebabkan semua orang sibuk, tidak ada yang dapat melayan Sofia. Jadi, Andika menyuruh anaknya itu mewarna saja buku-buku warna yang dibelinya supaya Sofia ralik.

Aira menghulurkan beg itu kepada Sofia. Anak itu pantas mengeluarkan sendiri buku pelajaran dan alat tulisnya. Aira hanya memerhati Sofia menyiapkan kerja sekolah. Jika anak itu bertanya dan tidak memahami soalan barulah dia membantu.

“ Mana papa, Auntie?  Pia tak nampak papa pun. Kenapa papa tak makan dengan kita?”

Sempat pula Sofia bertanya sambil menulis pada buku kerja.

“Err.. Papa makan kat luar dengan Tok Bah dan nenek...” Jawab Aira.

Malas betul dia nak fikir pasal Andika.

Seindah Tujuh Warna PelangiWhere stories live. Discover now